Bukan niat di hati mencoret panjang kali ini. Sekadar teringat kisah adinda saya yang nun jauh di pisahkan oleh lautan.
Mari saya kongsikan cebisan celoteh adinda bongsu saya si Aliah Hana. satu hari adinda saya Arwa, pulang dari asramanya bercuti di teratak kami. Pada kebiasaannya kepulangan kami kakak-kakak daripada asrama sememangnya ditunggu-tunggu oleh adinda-adinda kecil comel ini. kenapa ya? BUAH TANGAN!! memang itu yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak rebina ni. Nak dijadikan cerita, kali ni adinda Arwa membeli satu bar coklat. Apalagi, menyeranglah angkatan kanak-kanak rebina ni. Nak tahu ape adinda bongsu saya lakukan?
hana: "kak awa, nak sikit coklat!"
arwa: "mana boleh!"
(nada bergurau sambil berpura-pura menyembunyikan coklat daripada hana) hana : "la yadkhulul jannah bakhilun!!"(tidak masuk syurga orang yang kedekut) arwa : tercengang dan terkebil-kebil macam ayam berak kapur lantas menghulurkan bar coklat pada hana. Hana tersenyum riang!
Semua adik beradik dan sanak saudara di ruangan itu terkesima sebentar dan akhirnya riuh rendah rumah kerana semuanya memburai ketawa melihat keletah hana dan Arwa yang sudah kelu tidak berbicara.
Mana tidak terkesima adinda saya dan semua yang ada, hana yang ketika itu baharu berusia lima tahun sudah pandai melantunkan sepotong hadis dengan begitu fasih. Namun, bagi saya begitu itu tarikan utama disebalik cebisan keletah adinda saya yang seorang ini. Saya ingin menyorotkan beberapa mesej utama di sini. Kisah tadi bagaikan tamparan yang cukup berbisa buat saya kerana dengan detik yang seringkas itu betapa membuatkan saya sedar dan bermuhasabah kembali. Betapa, Allah itu maha Kaya dan Maha Luas, begitu indah teguran daripada Allah, barangkali DIA mahu mengingatkan kita dengan wasilahnya seorang kanak-kanak kecil. Nah, kalian nilai sendiri, sesungguhnya berbahagialah kita jika melihat semua perkara dengan pandangan hikmah. kadangkala kita merasakan teguran yang baik mestilah dengan cara yang lembut dan berhemah sahaja, tapi pernahkan terfikir celaan, hinaan yang datang daripada musuh dan mana-mana insan yang kita fikirkan tidak layak untuk memberi teguran juga adalah salah satu yang perlu diniliai dan barangkali boleh diterima pakai. Bersyukur kita tidak dibiarkan leka. Belajarlah berlapang dada. Kelak ketengan pasti bertandang. Subhanallah. Subahnallah. Subhanallah....
p/s: Adinda Farah dan Amal, tahniah atas kejayaan kalian. Bersyukur dengan setiap ketetapan...
The morning light is by your countenance, And the splendour of the night by your plaits.
/> The master is a treasure of grace, The master is a treasure of mercy. He is the guide of the whole community, And the one who shows the way of the Sacred Law. They came upon the gesture of a finger, Stones from the Hijaz began to speak.
/> And the moon was split in two, By a single gesture of the finger On the night of the Ascension, The Archangel Gabriel came with tidings of God. Allah called him to the heavens, [And] bestowed upon him the honour of intimacy.
In The Name Of Allah The All-Merciful, The Ever Merciful...
"The parable of those who take protectors other than Allah is that of the spider, who builds (to itself) a house; but truly the flimsiest of houses is the spider's house;- if they but knew."
Salam bertamu. Lama benar pena saya tidak melakar bicara. Cuba mencari-cari kekuatan untuk menitiskan secebis rahsia. Namun, DIA yang lebih punya KUASA. Seperti biasa, saya menjadikan tarian jemari dan pencak fikiran saya untuk melorekkan kata.
Beberapa peristiwa yang dijejak saya sejak kebelakangan ini menimbulkan sesuatu di benak saya. 'Pembalikan Dimensi, Membongkar Paradigma'. Betapa besar cita-cita saya. Betapa melangit harapan saya untuk saya menghadam apa yang sedang saya fikirkan. Tapi, masa saya terbatas. Moga kesempitan masa ini bukan halangan.
Kembali. Selama ini kita begitu selesa menilai daripada sudut pandangan kita, dari tempat kita berada, daripada kondisi dan zon yang sedia ada. Pernah terfikir untuk sesekali menongkah arus dan menyanggah kebiasaan? Oh, sukar sekali. Tidak semudah seperti membalikkan sekeping kertas. Tapi, inilah suatu hakikat yang perlu diakui. Betapa kita tidak sedar kadangkala, skop pemikiran begini memberi natijah yang yang kadangkala sumbing dan penuh cacat cela. Kata orang, berfikir 'di luar kotak' itu menjadikan kamu optimis. Barangkali ada betulnya. Bukan tidak bersetuju, sekadar memanipulasikan kenyataan. Tidak sekadar 'di luar kotak' malah perlu mempelbagaikan dimensi pemerhatian dan penilaian.
Teringat kisah KATAK KECIL YANG PEKAK yang pernah dikongsi bsama guru tika usia kecil dahulu. Memang benar, Si Katak pekak berjaya ke puncak menara kerana fitrahnya yang pekak. Dia tidak dengar semua kata-kata peluntur semangat dan cerca hina daripada sekelilingnya. Tapi seperkara lagi yang kita terlepas pandang. Katak Kecil ini punya visi yang hebat kerana dimensi pemikirannya yang berbeza daripada katak-katak yang lain. Sudah jelas di hadapan mata, menara sememangnya tinggi, kudratnya tidak sekuat mana. Tapi binaan pemikirannya yang luar biasa.Natijahnya paradigmanya terbongkar. Daripada mundur kepada maju. Walaupun punya kudrat yang kerdil tapi, bukan itu jadi halangan bahkan itu satu kelebihan.
......................Teladan Sang Katak Kecil ...........................
Lihat, betapa besar dan pentingnya membuka dimensi pemikiran. Dimensi pemikiran dan pengamatan dari sudut yang berbeza bakal mengundang sesuatu yang 'luar bisa' biarpun kamu insan biasa.
Penyelesaian yang baik juga bagi yang mencari pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Barangkali jawapan untuk setiap persoalan dan permasalahan menemui jalan buntu. Bongkarkan semua jawapan dengan mengubah dimensi pemikiran. Untuk yang menyeru, barangkali seruan kamu tidak sampai pada yang diseru, kerana kamu sempitkan ikhtiar kamu. Ikhtiar itu sempit kerana pemikiran kamu yang tidak cukup luas.Barangkali.
Ingat, fitrah penciptaan manusia adalah 'mencari'. Carilah dimensi yang unggul untuk memberi seribu kepastian pada natijah yang hebat. Bagaimana caranya? Saya tinggalkan untuk kalian fikirkan.
"Dan sesungguhnya telah kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al-Qur'an) kepada mereka agar mereka mendapat pengajaran" Al-Qasos: 51
Saya tinggalkan kisah ini buat kalian. Mungkin ada sesuatu yang dapat kalian kaitankan.
Ada seorang lelaki membeli sebidang tanah. Kemudian si pembeli tanah itu menemui sebuah pundi-pundi yang berisi emas. Lalu dia bertemu dengan si pemilik asal tanah tersebut lalu berkata: "Ambillah emasmu ini, kerana saya hanya membeli tanah dan tidak membeli emasnya! Si penjual tanah berkata " Aku menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya" Akhirnya kedua-dua meminta keputusan hakim. Oleh itu, sang hakim pun bertanya kepada keduanya: "Adakah kamu mempunyai anak?" Si penjual tanah menjawab:"Saya mempunyai seorang anak lelaki" dan si pembeli tanah menjawab" saya mempunyai anak perempuan" Maka hakim itu pun memutuskan: "temukan dan kahwinkanlah kedua-kedua anakmu itu dan gunakanlah emas-emas itu untuk perbelanjaannya!" Kedua-duanya menerima keputusan hakim dengan senang hati.
Penilaian dan pemikiran anda yang luar biasa pasti mampu mencerna. ~pembalikan dimensi, membongkar paradigma, andai mata hati itu tidak mati....~ Nota jari: Saasatul Ibad berjaya membongkar paradigma saya. Terima Kasih Allah kerana mengilhamkan FT mencoretkan sesuatu seperti itu. Moga Allah melindunginya...
Jika ku palingkan seluruh cinta ini pada alam pasti ada dendam yang membungkam jika ku himpunkan rindu ini pada catatan silam pasti ada sesal yang terpendam
Namun, semua resah pasti membalam kerana derap semalam padanya ada ajaran kerana di sampingnya ada degup yang menyambung sejuta pengertian lintasan nokhtah dan jendela alam ada sambungan yang tiada hentian
ku panah birai sirah agar tidak jadi umat yang alpa tidak lupa pada erti titis darah yang merah jiwa raga pada lembar lama itu sudah tunduk pada titah mengapa sisipan baharu angkuh pada perintah?
Salam Aidil Adha Buat Semua Muslimin dan Muslimat. Kullu 'am wa antum bikhoir..
Pembacaan saya ke atas subjek fisiologi malam ini, membuatkan saya memikirkan tentang sesuatu. Baiklah, cuba amati baik-baik:
Barangkali tidak salah jika saya mengetengahkan Tindakan Hormon Parathyroid dengan penulisan kali ini. Hormon parathyroid telah ditugaskan Allah dengan keberadaannya dalam tubuh di dalam kelenjar parathyroid yang berlapuk di belakang pundak kelenjar thyroid untuk mengawal atur paras dan tahapan kalsium serta fosfat bukan organik. Peraturannya adalah :
“Peningkatan kalsium plasma dan Penurunan fosfat plasma= kalsium X fosfat = KETUMPATAN ADALAH TETAP dalam erti kata lain paras kalsium mesti ditinggikan dan paras fosfat mesti direndahkan”
Kesimpulan: tahap dan paras kedua-duanya sama sekali tidak akan mencecah paras yang sama selama-lamanya dalam tubuh badan melainkan akan mengakibatkan ketidaknormalan pada sistem dalam tubuh badan.
Satu lagi analogi yang saya larikan daripada kesaintifikannya tapi dihampirkan dengan logiknya akal yang kaitannya tetap rapat dan mirip kepada Tindakan Hormon Thyroid tadi.
Bayangkan ada air SIRAP dalam sebuah gelas. Jika ditambahkan susu ke dalam gelas yang berisi air SIRAP tersebut, maka dengan itu SIRAP itu bukan lagi SIRAP, tetapi AIR BANDUNG. Hal ini menunjukkan identiti asli segelas AIR SIRAP telah terjejas dengan wujudnya sesuatu yang asing dalamnya yang menukarkannya kepada AIR BANDUNG. Jadi, tidaklah sama nilainya segelas SIRAP dan segelas air BANDUNG.
Senada dengan itu, hal ini yang saya fikirkan:
Demikian jugalah dengan persoalannya pembinaan diri seseorang insan. Mana mungkin sesuatu kejahatan dapat dipadamkan dengan menambahkan kebaikan melainkan kejahatan itu terlebih dahulu mestilah disingkirkan.
Tidak boleh sama sekali sesuatu yang haq itu bercampur dengan kebatilan. Inilah yang cuba diketengahkan dengan analogi AIR SIRAP. Air Sirap yang bercampur dengan susu menggambarkan campur baur akan mewujudkan satu lagi suasana baru dalam gelas yang mungkin menimbulkan kekeruhan air.
Maka, cuba bayangkan bagaimana keruh dan celarunya jika sesuatu yang benar dan bersih bercampur dengan sesuatu yang ingkar dan keji. Dosa bercampur pahala. Maksiat bercampur kebaikan. Oleh hal yang demikian, jika benar kita ingin melakukan penyucian jiwa, hati dan amalan maka, perlu dan wajiblah dibersihkan dahulu segala gelap hitam yang bertapak dalam diri.
Manakala, analogi fungsi Hormon Parathyroid dalam tubuh manusia pula membawakan bahawa untuk memastikan kestabilan atau dalam erti kata yang lain, istiqomah (berterusannya) proses mendidik diri adalah dengan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan sebanyak-banyak kebaikan serta berusaha sedayanya meninggalkan sebanyak-banyak perkara-perkara yang membawa ke arah kemaksiatan dan terhimpunnya dosa-dosa hatta perkara makruh sekalipun.
Mungkin ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri jika berlaku percampuran material yang mewujudkan variasi yang indah. Tapi, tidak bagi perkara-perkara yang membawa pengabdian kepada Allah SWT. Yang HAQ tetap HAQ, tiada ruang untuk berlaku percampuran dengan KEBATILAN.
Hadis Baginda Rasulullah SAW ini mungkin dapat mewujudkan lebih banyak pencerahan kepada idea yang diketengahkan tadi.
“seseorang lelaki itu tidak akan mencapai tahap orang yang bertaqwa sehingga dia meninggalkan perkara-perkara harus kerana khuatir terjebak ke dalam perkara haram” (HR Ibnu Majah)
اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)
Atau kalam Saidina Ali ini lebih pedas membidas:
“Sudah cukup untuk engakau dikira pengkhianat apabila engkau menjadi orang yang setia kepada pengkhianat”
Ertinya di sini, seandainya diri masih setia menjadi hamba abdi kepada hawa nafsu yang mengabdi ke arah kemungkaran maka, kitalah pengkhianat kepada fitrah kebaikan yang Allah kurniakan.
Awasi dirimu daripada variasi dan campur aduk yang bisa memusnahkan identiti seorang HAMBA. Pencerahan pemikiran dan penyegaran niat perlu sentiasa dilakukan agar selamat jalan yang ditempuh dan benar bekalan yang dibawa.
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah memberikan rahmatNya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” Surah Al-Hadid:28
Alhamdulillah, bertambah lagi kaum kerabat Al-Hussin, Syifa' Lutfiah cahayamata ke-4 pasangan bapa saudara dan ibu saudara saya (Pak Tam Sani& Mak Tama Siti)merangkap cucunda ke-34 Nenda Husssin dan Nenda Aisyah selamat dilahirkan. Barangkali masih saya tidak terlewat melayarkan Kalam Tahniah Buat semua kaum kerabat di tanah air. Bertambah meriahlah teratak Wan Hussin=)
Dingin damai pagi ini membawa saya jauh mengembara di destinasi maya. Singgahan saya di sebuah teratak benar-benar mengesankan saya. Ingin berkongsi untuk renungan bersama. Moga ada manisnya dalam setiap denyut nadi yang di tasbihkan setiap saat untuk-Nya, Allahurabbul Jalil..
Amati sebaiknya wasiat As-Syahid Dr Abdullah Azzam ini. Moga segala ketempangan bisa disembuhi.....
As-Syahid menyeru:
Wahai kaum MUSLIMIN,
"Kehidupan kalian adalah jihad, kemulian kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad."
Wahai para PENDAKWAH,
"Tiada harga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menhadapi golongan toghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela. Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.Sesungguhnya kehebatan para dai'e (pendakwah), kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemulian umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah.Kejarlah kematian kerana ia akan memberikan kehidupan (yang hakiki). Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunnat yang kalian telah biasakan itu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar."
Wahai para ULAMA',
"Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan toghut (pemerintah) kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang mengahalang hubungan kalian dengan masyarakat."
Wahai kaum MUSLIMAT,
"Jauhilah kemewahan dunia kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban ayam yangmenunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula."
Wahai PEMUDA,
"Biasakanlah kalian dengan nyanyian dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat serta gegap gempita jet-jet pejuang dankereta-kereta kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah."
Wahai ISTERIKU,
"Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan dikasihi manusia. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah pada waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati. Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga Firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia ini."
Adapun kalian ANAK-ANAKKU,
"Sesunguhnya kalian tidak pernah bermesra dengan kumelainkan hanya sebentar sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat kuberikan pada kalian. Ya, aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian Namun apa yang dapat aku lakukan. Bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu melupakan anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku). Demi Allah aku tidak sanggup berperak dan berkurung di dalam sangkar bersama-sama kalian seperti ayam bersama dengan anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam. Aku tidak rela tinggal bersama-sama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak-rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras. Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian dengan limpahan kenikmatan diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari). Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan aqidahsalafus salih (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan jangan kalian menuruti hawa nafsu. Aku juga berpesan dan berwasiat pada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran, menjaga lidah (kata-kata), qiamullail (beribadah di waktu malam), berpuasa sunat, berkawan baik dan sama-sama bekerja dalam gerakan Islam. Namun begitu ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang daripada kalian berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah yang tidak bercirikan kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad"
~Wallahu'alam. Moga Allah Melimpahkn Ribuan Rahmat untuk Ummat seluruh alam. Moga Selamanya AGAMA Ku ini Di Julang Tinggi..
Ya, satu bedilan hebat untuk yang mahu berfikir. Buahnya sekarang adalah benak fikiran yang punya daya untuk mentaakul. Tandus masa? Satu pengingkaran yang nyata. Dua puluh empat jam tiada lebihan dan tiada pengurangan. Hujah itu sudah ampuh. Mengapa perlu ada dalih? Sumpah Tuhan Dengan Masa sudah dilupa?
Tandus kalam? Lembaran agung itu sudah terbentang. Mengapa tidak di singkap teliti? Sekadar menanti untuk diberi? Sia-sia! itu bukan ertinya sebuah hidup. Bukankah yang Terbaik itu yang mampu menerima dan memberi? Satu lagi pengingkaran yang nyata. Hakikat hamba bukan mengikut tuli tapi harus mengabdi!
Satu yang hampir kamu lupa! Tandus budi!Konon sudah lautan keringat dikorbankan. Konon seruan Ilahi kamu sebarkan. Sudah lupa budi bukan untuk dijulang bilang, tapi sisiNya Tuhan yang perlu direntang. Mahligai adabi lupa kamu singgahi. Hanya gemar budi manusiawi yang dikelit rapi. Tandus medan? Kompas hidup sudah matikah? Sehingga jarum sudah tidak mampu menunjuk laluan? ruang itu yang kamu sempitkan. sasaran itu kamu yang kecilkan. Sedangkan luas benar bumi Tuhan. Tidak cukup dengan tandusnya kebuk pemikiran kamu, Insan lain pula yang kamu seret ke situ. Kamu fikir kamu cukup perkasa? Atau kamu lupa ada yang lebih BERKUASA?
Tandus lagi? Bukan salah sumber alam! Telunjuk bengkok ke sisi! Kuku Besi atau Diktator Keji, pilihan itu di hati?
Tidak! Sumber Suci tidak TANDUS, Fitrah Insani Toriq adalah yang qudus!
Masih berkekalankah semangat dan keazaman untuk terus segar dan teguh setelah begitu hebat dugaan datang meribat dan merengkuh kegagahan diri? Sekadar merenung dan menerjah catatan alam yang benar-benar mengajar erti untuk memahami lumrah hidup. Pahit manis, suka duka hidup adalah corak yang benar-benar memberi warna warni keindahan helaian cindai kehidupan.
Teori mudah yang biasa dilontarkan: sudah tersungkur bangun kembali! Teori memang mudah diluncurkan. Tetapi realiti dan praktikalnya barangkali tidak semudah yang disangkakan. Biarkan batang tubuh sendiri yang menanggung. Jangan mudah menelan semua kalam yang dituturkan orang. Sepadat kata-kata ini, sepadat itu juga maksud yang mahu penulis hulurkan. Kelemahan dan kegagalan bukan ukuran, namun sejauh mana pergantungan pada DIA PENGGERAK ALAM SEMESTA itulah ukuran. Amati baik-baik bait-baik kalam Ibnu Atthailah ini, barangkali dapat meniup sedikit inspirasi dan menyegarkan kembali kegersangan jiwa.
“Tampilkanlah dengan sesungguhnya sifat-sifat kekuranganmu kelak Allah akan membantu dengan sifat-sifat kesempurnaanNya. Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu, nescaya Dia membantumu dengan kemuliaannya. Bersungguh-sungguhlah denga ketidakberdayaanmu kelak Dia akan menolongmu dengan kekuasaanNya, bersungguh-sungguhlah dengan kelemahan kelak Allah akan membantumu dengan kekuatanNya.”
Barangkali kalam suci ini lebih manis untuk dinikmati:
"dan musibah yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan kamu sendiri, dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahan kamu" 2:30
Ya! sudah ketemu jawapannya. Badai yang datang itu kunci segala. Jadilah penilai yang baik! dan hadamlah baik-baik semua perkara yang hadir menyapa diri. Andai tersungkur, terpulanglah untuk bangun atau terus duduk membisu. Kaku bukan bererti undur, cuma perlukan ruang untuk mengumpul daya dan kekuatan. Jangan terburu-buru untuk bangun, kerana mungkin bangkitnya kamu itu belum tepat pada masa dan ketikanya. Alam ini guru. Berhemahlah dengannya kelak pasti terbongkar segala rahsia!
Gema takbir itu menggamit hati Bungkam hati terlerai sendiri Disirna segala rasa kemegahan Khali di kota sakinah tembus ke ruang khashyah Balutan tarbiyah sang Ramadhan Menyisih sang tinta dusta Lembaran khuluq menjadi kudus
Gema takbir itu satu bukti coret-calit kasih Tuhan menyiram subur bustan kontang gantian ranapan kaca harapan realiti mimpi menjamah atma jadi tuaian bukti cinta hamba
Gema takbir itu jadi saksi jawapan penetap pundak sisi kehampaan kian terisi usah toleh ke lurah bumi kerana langit sudah mengerti ruas jasad dan ruh menerjah meninggi memburai hijab yang melindungi
Salam Idul Fitri Buat Ayahanda dan Bonda serta kaum keluarga, guru-guru, teman-teman seperjuangan dan seluruh kaum muslimin muslimat seluruh dunia. Semoga diiringi barakah dan keredhaan daripadanya.
Salam ingatan buat teman-teman dan guru-guru serta para pensyarah:
~Pusat Asuhan Tunas Islam Al-Furqan ~Sekolah Kebangsaan Dato' Hj. Zainuddin ~Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ~Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak ~Fakulti Perubatan,Universti Al-Azhar Kaherah ~Semua warga dan lepasan Sekolah Berasrama Penuh ~Seluruh warga pimpinan dan ahli Alumni Sekolah Seri Puteri ~Seluruh Warga Pimpinan dan ahli Alumni Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (APIS) ~Seluruh Warga Pimpinan dan ahli Alumni Kolej Matrikulasi Gopeng Perak
Salam hormat buat semua teman yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama disapa titik akhir bulan yang mulia ini, Ramadhan Karim. Semoga mendapat keberkatan dan diberi kemudahan untuk meningkat amalan dan pengabdian kepada Nya.
Dikesempatan yang serba ringkas dan sempit ini, penulis terlintas untuk berkongsi cebisan pandangan yang barangkali dapat dikembang biakkan ideanya oleh para pembaca sekalian. Maudu’ kali ini barangkali agak bersifat umum dan universal.
Berada di puncak yang dimaksudkan di sini mungkin dapat ditafsirkan dalam pelbagai tafsiran. Barangkali di puncak kejayaan, kedudukan mahupun sebarang posisi yang amat diidam-idamkan oleh setiap manusia normal. Pastinya setinggi-tinggi kedudukan itu adalah disertai dengan keinginan mendapat kemuliaan dan penghormatan. Kemuliaan itu bermula dari sesuatu yang mulia juga. Oleh itu kunci kemuliaan itu bermula dari naluri jiwa yang mulia.
Sheikh Muhammad Abduh menyebutkan bahawa kemuliaan itu terbahagi dua:
Kemuliaan hidup
Kemuliaan Jasa
Kemuliaan hidup itu, bukan dik kerana harumnya nama dan megahnya rasa. Tapi letaknya pada sejauh mana kesucian amanah memegang nama dan kedudukan itu dipikul. Mananakala, kemuliaan jasa bukan kerana tingginya budi dan bakti yang dicurah dipuji dan dijulang insan. Tapi halnya terletak sedalam mana usaha melepaskan manusia daripada kancah kesusahan serta kejahilan dalam mengembalikan manusia ke pangkal jalan danmenumbuhkan rasa bertuhan dalam segala asapek kehidupan.
Perkara pokok yang ingin diketengahkan oleh penulisan kali ini, adalah untuk kita meninjau dan menilik semula adalah dengan benar kemuliaan yang di patut dikejar oleh seorang manusia terutamanya bagi yang bergelar muslim dan adakah halnya bakal mengundang bahagia atau bahaya?
Sebagaimana yang disebutkan pada awal penulisan tadi, sesungguhnya kemuliaan itu bermula dengan sesuatu yang mulia. Sebagaimana yang telah termaktub dalam fitrah penciptaan, manusia di angkat sedarjat tingginya daripada penciptaan makhluk yang lain. Manusia menjadi pilihan Allah mentadbir susun atur pentadbiran bumi dengan kurniaan akal dan panduan syariat yang dijadikan penunjuk jalan dan batu asas sistem pentadbiran alam.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi”Mereka berkata”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedang kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu” Dia berfirman”Sungguh, aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”Al-Baqarah:30
Maka di sinilah yang menjadi titik tolak kemuliaan manusia yang bergelar khalifah. Maka atas kesedaran itu maka kemuliaan yang dikejar bukanlah demi kepentingan nafsu haiwani atau kerana kepentingan duniawi, tetapi kerana didasari perintah yang teragung daripada Penguasa dan Pentadbir Alam Yang Tertinggi.
Bukan sahaja, kerana mandat dan amanah yang dipikul manusia untuk mendukung amanah suci sebagai pemimpin di bumi bahkan, mendapat kemuliaan dan kekuasan itu adalah fitrah yang telah ditakdirkan menapak di atma setiap insan. HAMKA pernah menyebut:
“Keinginan berkuasa adalah naluri yang telah terlekat dalam jiwa manusia. Membunuh keinginan itu sama dengan membunuh manusia itu sendiri. Tetapi agama, kemanusiaan dan falsafah bukan tidak memberi jalan buat mengerjakan dan merebut kekuasaan itu, iaitu kenallah diri dan sempurnakanlah mengisi diri. Itulah setinggi-tingginya dan kadangkala masih kekal kita pikul, tidak pernah rebah,sampai hancur tubuh jasmani kita dalam kubur itu masih ada.”
Berdasarkan kata-kata beliau dapatlah disimpulkan bahawa kekuasaan dan kemuliaan adalah satu anugerah yang perlu disantuni dengan bijak oleh setiap individu yang bergelar muslim. Menyentuh tentang kemuliaan dan kepimpinan, maka perlu ditegaskan bahawa saluran untuk menuju puncak kemuliaan itu perlu benar-benar disaring dan ditilik dengan sebaik-baiknya. Dalam buku Management: Foundation and Practise (Dalton E McFarland) McGregor’s menyifatkan kepimpinan sebagai ‘interpersonal influence,excercised in situations and directed, through the communication process towards the attainment of goals’.
Penulis menyifatkan bahawa peranan dan kepentingan memegang tampuk kepimpinan dan maqam kemuliaan itu harus sentiasa disegarkan landasan, cara dan juga destinasi pilihannya. Oleh itu, atas apa dasar sekalipun halnya mestilah menuju kepada pengabdian kepada Allah untuk mengangkat Agama yang mulia ini kepada setinggi-setinggi kedudukan. Mengambil kira pengendalian dan kawalan dalaman diri, kemahiran interaksi dengan kelompok manusia sejagat dan yang paling utama adalah destinasi puncaknya adalah mardhatillah, keredhaan Allah. Pandangilah dengan mata hati panduan yang diberikan oleh mereka yang terdahulu agar langkah kita tidak tempang dan kewujudan kita di puncak lebih terisi dan dipandu dengan baik.
“Sesiapa yang mengangkat dirinya sebagai pemimpin hendaklah dia mengajar dirinya sendiri terlebih dahulu, sebelum mengajar orang lain dan hendaklah dia mendidik orang lain untuk berakhlakbaik melalui tingkah lakunya sebelum mendidik mereka dengan lidahnya.”Saidina Ali RA
Pastinya tidak mudah dan ringkas jalan menujunya melainkan dipenuhi dengan kesukaran dan cabaran. Berbahagia di jalan ini amat besar nikmatnya. Bahagia yang bakal ditempa itu terbahagi dua. Bahagia di atas rahmat Allah atau Bahagia di atas murka Allah. Sesungguhnya, bahagia itu bukan kerana rasa berbangga dengan kedudukan yg dimiliki namun, tetapi halnya adalah kerana kemampuan serta kudrat untuk memikul kemuliaan ini dapat dilaksanakan dalam redha Allah. Inilah bahagia yang berdiri di atas rahmat Allah.
Intailah kembali dalam diri kita, adakah bahagia ini yang dikecapi selama ini. Selama kita dianugerahi kejayaan yang bertali arus, dijulang-julang, disebut-sebut kemegahannya, di agung-agung kehebatnnya, adakah segalanya itu menyebabkan kita mampir juga kepada kejayaan meletakkan diri sebagai wasilah yang membawa diri sendiri dan manusia kembali kepada Tuhan yang menciptakannya. Atau sekadar berdiri di atas tujuan yang semata-mata untuk kepentingan dunia yang lebih diutamakan.
Jika bukan perkara ini yang sedang menjadi panjimu, maka awas! Sesungguhnya keberadaanmu di puncak bermakna kamu di lahar bahaya. Kamu sedang menjunam tinggi daripada puncak kedudukanmu ke sedalam-dalam jurang kesengsaraan. Bukan lagi kemuliaan yang didakap, namun murka Allah yang terbenam ke dalam dirimu. Hadamkan baik-baik lontaran kalam Khalifah agung ini:
“Tidak ada kemuliaan yang lebih tinggi daripada Islam, tiada kekuatan yang lebih berat berbanding ketaqwaan, tidak ada tempat yang lebih tinggi daripada sifat wara’ dan tidak ada pembantu yang lebih berjaya berbanding taubat”-Saidina Ali R.A
Serulah pada diri dan pada insan, ayuh bersama-sama menuju puncak kemuliaan. Kejarlah puncak itu dalam sebarang sisi sekalipun, kerana pada hakikatnya jika kebenaran yang memandu, maka tujuannya juga adalah benar. Jangan sampai mereka yang tidak memiliki kelayakan itu yang mencurinya sedangkan kita telah dipilih Allah menjadi dutanya. Mengapa kita masih khali di dunia yang tidak berdestinasi. Bahaya mahupun bahagia itu ada racun dan penawarnya jika kamu bijak mencari kunci segalanya.
Merentas masa dan usia, terasa bagai baru semalam mengenal dunia. Seperti baru sedetik tadi berada di pangkuan bonda. Rupanya kini kaki sudah menginjak bumi, malah sudah berlari menakluk hamparan alam. Bertalu-talu soalan mengasak fikiran, mungkinkah langkah-langkah ini menuju ke detinasi abadi? Atau kian jauh dari fitrah penciptaan?Menduga nasib diri, kian tidak menentu jawapan. Melihat parahnya umat nasut, terasa pundak makin memberat. Sedang kaki masih perlu pergantungan.
Peringatan buat semua pemilik ruh perjuangan. Nasib diri jangan dihitung-hitung kerana sudah kita maklumi nasib diri sudah mendapat jaminan andai keraguan pada ketentuan Yang Esa dilenyapkan.
"Jika Allah menolong kamu maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan kepada kamu) maka siapakah yang akan dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu..." Ali Imran:159
Bantuan Allah itu tidak kunjung padam. Bantuan itu hadir dalam pelbagai cara dan rupa serta halnya bergantung pada sejauh mana pergantungan harapan dan setinggi mana keyakinan kita kepadaNYa. Mustahil panji-panji agamaNYa dibiar dipijak dan diinjak-injak sewenang-wenangnya. Infaklah diri sepenuhnya di jalan Allah. Biarpun sememangnya kepahitan dan kepayahan yang ditempa, tetapi sunnah perjuangan seumpama itu yang mendewasakan diri untuk mengenal erti sebuah penciptaan. Semat baik-baik kalam mulia ini:
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 9:41
Sememangnya iri hati musuh-musuh agama itu tidak pernah lenyap. Bahkan keberanian mereka kian marak. Tidak kurang hebatnya si musuh dalam selimut. Jangan kamu terpedaya dengan manisnya senyuman persaudaraan mereka hulurkan sedangkan itu adalah huluran tipu daya dan helah untuk melemahkan kamu. Jangan termakan dengan pujuk dan rayu mereka sedangkan itu adalah kunci kepada pintu-pintu kelemahan dan kegagalan misi agung kita.
Amaran untuk mereka yang masih enak dibuai kehidupan dunia yang mewah dan indah. Persoalannya Tuhan sedang menanti kamu. Sudahkan kamu miliki jawapan yang ampuh untuk membela kelalaian kamu akan amanah yang diberikan? Sudahkah ada hujah untuk mempertahankan bahawa kamu ini sedang memijak agamaNya? Sudah adakah modal untuk membayar kembali segala nikmat Allah yang kamu dustakan? Sedangkan segala bisik-bisik hatimu untuk mengkhianati agamaNYa sudah DIA ketahui, masih adakah ruang untuk kamu mendabik dada di Bumi ciptaan Nya?
"mereka itulah orang yang hati,pendengaran dan penglihatan mereka dikunci Allah. Mereka itulah orang yang lalai." 16:108
Ternyata kamu tersilap! Malah besar benar kesilapan kamu! Kamulah orang yang benar-benar rugi! Nikmat Allah kamu persiakan. Perjalanan kamu di bumi hanya menempa kehancuran. Pulang kamu ke negeri abadi tanpa bekalan bahkan hanya ditemani gunungan penyesalan yang bakal membawamu ke neraka Jahannam. Tolehlah kembali ke belakang. Masih ada ruang untuk kembali ke fitrah penciptaan. Ingatlah, hidup ini adalah sebuah denai perjalanan. Perlu ada panduan. Perlu ada ikatan. Sesungguhnya, perjalanan kian jauh dan destinasi abadi itu kian hampir! Janganlah lalai dalam merentasi perjalanan ini. Mencicip tiupan semangat daripada catatan perjalanan seorang pejuang....
"Manusia tanpa iman adalah manusia yang kerdil dan kecil. Cita-citanya juga kerdil dan kecil. Tetapi biarpun setinggi mana cita-citanya dan matlamat hidupnya, namun ia tetap bergelimang dengan lumpur bumi, tetap terikat dengan batas umurnya dan tetap terpenjara dalam tubuhnya. Dia tidak bebas dan tidak akan terangkat tinggi melainkan apabila ia berhubung dengan alam ketuhanan yang lebih besar daripada alam bumi dan lebih luas daripada alam diri, iaitu alam yang dapat menghubungkan dunia dan akhirat buat selama-lamanya"~Sayid qutb
Usia kian menginjak, segalanya ditinggalkan satu persatu, hanya yang tinggal harapan yang satu, dapat pulang menuju ke destinasi Abadi ...
"Apa yang ada di sisimu akan hilang dan apa yang ada di sisi Allah itu kekal abadi" An-Nahl:96
In The Name of Allah, The All-Merciful, The Ever-Merciful...
All praise and thanks be to Allah, from whom we seek help and fogiveness.. Just a simple quotation to share. Giving me some motivation in leading life as a littla 'khalif'. The Glorious Qur'an is the first and most refrence. But the others experience are precious things that streghthen our arm.
" A serious & common mistake is to assume that a weak man in a pivotal position can be bolstered by surrounding him with 1 or more person of capacity,making it necessary for several to do what da top man should b able to accomplish alone. Almost with exception, the makeshift fails".~Marshall Dimock
Bagai disentak dari lamunan yang panjang, melutut menadah kitab di hadapan sheikh benar-benar menyentap hati. Benar-benar memugarkan iman yang kian dihimpit kekusutan sehari-hari menjamah kehidupan yang penuh badai. Ya Allah kekalkan kemanisan ini dalam hati-hati kami...
Kembali tersedar akan kurniaan maqam yang cukup tinggi di sisi Allah yang telah dijanjikan buat sang penuntut ilmu. Dan kitalah yang sedang berada di jalan itu. Betapa tinggi kemuliaannya insan si penuntut ilmu, seluruh makhluk di langit dan di bumi bertasbih memuji dan memohon keampunan untuknya. Tiada nikmat yang tertinggi selain mendapat keredhaan dan kemuliaan di sisi Ar-Rahim. Terasa pedih perit hati melihat jutaan manusia mensia-siakan nikmat ini. Mungkin juga kelompok itu tidak menyedari akan kemuliaan yang dikurniakan untuknya sehinggakan dia sanggup mencemari kemuliaan ini dengan noda yang jijik dan maksiat yang keji.
Lihat ini, bagaimana si mulia itu merendahkan martabat dirinya dengan mendewa-dewakan insan yang tidak sepatutnya disanjung agungkan. Realiti masyarakat yang menolak para ilmuan, fuqaha' dan cendekiawan ke longgokan sampah yang hina, manakala si penglipur lara, penghibur dan pemuas nafsu haiwani di angkat-angkat dan di julang-julang. Remaja-remaja bertuhankan artis dan penghibur yang terang-terang hanya membawa santapan syaitani dan hiasan iblisi. Anak-anak kecil dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang membunuh ruh tarbiyah yang sepatutnya ditilik teliti dengan sebaik-baiknya oleh si ibu dan bapa. Kaum keluarga lebih senang berbangga anak-anak menjadi idola-idola hiburan masyarakat daripada menjadi murabbi dan pendekar di medan dakwah. Tidak kurang hebatnya kebobrokan si penuntut ilmu agama Allah yang hanya mengejar ilmu dengan kalamnya bukan dengan qudwah dan uswah hasanahnya. Ilmu bukan untuk mendapat sanjungan, ilmu juga bukan untuk mencari jawapan, tetapi ilmu itu adalah untuk bekalan menghadap SOAL SIASATNYA TUHAN di kehidupan pengakhiran.
Renunglah ke dalam diri. Teliti setiap inci ruas tubuhmu. Adakah benar semuanya berperit jerih menafkah di jalan Allah. Melangkahnya kita di bumiNya dengan redha atau murkaNya. Hirupan dan helaan nafas adakah dengan penuh keinsafan atau dengan penuh ketakburan. Mata sibuk memandang semua yang haram dan syubhah. Jari Jemari kalut menghitung maksiat yang tidak terhitung. Bibir tidak jemu melontarkan kalam pemusnah ketawadhukan. Hati menurut saja panduan sang nafsu gila. Akal sudah hilang pertimbangan iman dan ketenangan ilhamnya. Inikah nilaiannya seorang insan yang mahu diangkat darjatnya di sisi Allah SWT?
Bukankah ilmu itu telah mengangkat kemuliaan yang tiada tolok banding nilainya. Siapakah yang mahu dan mampu untuk mempertahankan kemuliaan ini? Ya, tiada yang lain jawapannya. Hanya mereka yang berilmu dan amal yang memaut teguh pada dirinya. Agungannya hanya Allah, sanjungannya hanya Rasulullah SAW.
Ayuh! Bunuhlah segala kejahilan! Hapuskan segala kemalasan, tambahkanlah mujahadah, agar ilmu itu lebih mencurah pada iman bukannya melimpah ke lubuk kesia-siaan. Alirah hikmat ilmu itu hanya mengalir pada hati-hati yang suci dan bersih daripada segala kebatilan dan kemungkaran. Insafilah, betapa mulianya kamu dipilih Allah menjadi hamba di jalan Ilmu. Kamu sudah dianugerahi sebuah mahligai kemualiaan. Jangan mengkhianati ganjaran itu kerana MULIANYA KAMU......
Saat insan itu berkelana di kolum ciptaan alam. Dia mengintai-intai di mana hakikatnya kewujudan dirinya. Andai tidak dibekali bekalan yang memasak teguh di buminya iman dan keyakinan pasti kebuntuan yang dijamah. Bukan suatu kepastian yang ditemui. Namun, tidak bagi yang punya keutuhan keyakinan pada hakikat penciptaan. Betapa Hamka tegar dengan pemikirannya, membawa revolusi ummah sejagat agar kembali mengamati dan menelusuri hakikatnya mencari diri. Pencarian itu tidak ditempa dengan sebuah perjalanan yang sia-sia, tapi dipandui hikmatnya Al-Kitab dan Al-Sunnah, kalamnya auliya' dan ulama pengukuh kefahaman dan capaian akal manusia awam.
Sang Perwira Yunani juga tidak ketinggalan dan tidak jemu mencari satu titik jawapan bagi sebuah penciptaan. Lihat bagaimana tekunnya Socrates membongkar jalannya bentangan langit ke hamparan bumi, meganya alam ke kerdilnya manusia. Tapi, dia tetap hampa kerana jalannya buntu. Bukankah, fitrahnya manusia suka mencari dan meneroka? Tapi mengembara itu pasti perlu kompas panduannya, bukan melulu tanpa tentu arah destinasinya.
"dan pada dirimu sendiri, apakah tidak kamu pandangi?" (Az-Zariyat:21)
Tidak perlu melangkau jauh ke hamparan alam yang tidak bertepi, kerana pada diri insan itu sudah menghamparkan jutaan rahsia yang masih belum terbongkar. Hakikatnya insan itu adalah dia mengerti akan wujudnya itu bukan dengan kesia-siaan. Tapi, dimahkotakan dengan kemuliaan dan kesempurnaan daripada Penciptanya YANG MAHA SEMPURNA.
Hakikatnya Insan juga menuntut sang manusia itu belajar menyantuni hak dan fitrah.
"Manusia diberi hak dan amanah untuk digunakan, tapi bukan sewenang-wenangnya hak itu digunakan" Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makkiy
Maka, wewenang untuk menggunakan hak itu perlu dipandukan oleh 2 perkara yakni akal dan hukum. Akal sebagai kemudinya kerana sememangnya itulah permata yang membezakan kebatilan dan kebenaran. Manakala hukum itu adalah jalan yang nakhodanya adalah Kitabullah dan Al-Hadis yang punya hukum yang tertinggi. Oleh itu, hakikatnya insan tiada ruang untuk keingkaran. Hanya dia mengenal erti penghambaan...
Kehadiran yang dinanti-nanti tiba lagi. Ya Allah, jadikan RamadhanMu ini sebagai medan kami mendidik jiwa untuk tunduk padaMu. Mendidik hati untuk taqarrub padaMu. Ya Allah, jangan biarkan kami menjadi insan yang lalai daripada mensyukuri nikmat tarbiyah di madrasah Ramadhan ini.
Kali ini penulisan saya adalah tanpa niat untuk membuat sebarang ulasan. Cumanya saya mahu menatap sepuas-puasnya titik sejarah tanah air saya. Bulan ini sekali lagi siulan sang perindu merdeka berbunyi.
Buat tatapan semua, barangkali juga peringatan. Tinjau-tinjaulah hembusan bayu atau mungkin juga taufan yang sedang melanda tanah air dan moleklah untuk mengamati sebaiknya wasiat ini.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
~merdeka bukan ertinya lepas bebas berlari tapi ertinya terarah dan terpuji jejak kaki~
Ya Allah, entah mengapa hambatan masa ini menyebabkan jiwa saya rasa sesak bukan rasa terkandas dengan amanah tapi rasa sangsi dengan hemat diri
Ya Allah, saya benar-benar rindukan maktabah ayahanda di teratak sana, mahu saja minta ayahanda hantarkan semua khazanah di sana.
Ya Allah, saya sabar menanti, kiriman keluarga buat saya, saya tidak pulang menjenguk tanah air, jadi, halnya dari tanah air yang perlu datang bertamu, cepat-cepatlah tiba di sini, walau hanya secebis dua, bukan menafikan kayanya sumber di sini, tapi naluri jiwa ini telah di pasakkan pada tanah air.
Ayah! anakandamu ini kempunan mendengar kalammu, rindu menatap khazanahmu.
wahai kekanda dan adindaku, kalian tahu, diri ini kangan mahu bertingkah kata dengan kalian, kangan mahu menebar hujah dan bicara dengan kalian, kangan mahu sama-sama membajak tanah subur bustan ayahanda di kaki Gunung Bongsu, kepingin merasai sejuk damai air terjun Gunung Bongsu, kalian doakan penantian ini berakhir dengan baik...
Kota Peradaban Itu Mahkota Ketamadunan, Mahligai Cendekiawan Itu Takhta Ilmu dan Keteladanan...
Hampir seminggu pena ini tumpul, bukan tidak mahu menitiskan aliran tinta, tapi masa lebih merindui untuk setia di sisi memasak kewajipan yang menggunung. Sesekali benak juga terasa tumpul, kerana kakunya pena. Tapi, jiwa mahu terus merdeka, akal mahu terus mencerna segala yang menembusi ruang mata. Istirehat saya di Musolla selama sejam tempoh hari, rupanya bukan santai yang hampa. Hati saya melonjak girang. Bagai sang burung bebas daripada sangkar. Tidak sia-sia tangan saya membelek kepingan-kepingan kumal risalah dalam khazanah musolla. Mata saya tiba-tiba sahaja bagai ditarik-tarik untuk mengamati kepingan-kepingan fotokopi sebuah buku setebal hampir 800muka surat. KESUSASTERAAN ARAB, ANDALUS, ABASIYAH DAN ZAMAN MODEN sebuah buku hasil tangan Omar Khalid menjadi sasaran saya.
Kesempitan masa saya, menyebabkan saya perlu menggunakan semaksimum mungkin kemampuan saya untuk menilik lembaran ini berkenaan sekurang-kurang untuk mengetahui hujung pangkal jutaan aturan kalimah yang terbentang di depan mata. Kemahiran membaca secara cepat dan tepat sesuatu bingkisan membantu saya untuk mengetahui secara kasar kandungan buku berkenaan.
Sebetulnya, sudah lama tidak menatap bahan bacaan berunsur sastera sejak menjejak kaki ke bumi asing ini. Alhamdulillah, runtunan hati ini didengar Tuhan. Saya ketemu lagi dengan pengubat rindu sinergi minat saya. Walaupun bukanlah secara serius penglibatan saya dalam dunia sastera, namun minat padanya tidak pernah luput. Entah dari mana bermula minat dengannya saya sendiri kurang arif. Sedar-sedar sahaja jemari saya begitu kental mahu melirikkan kalam atas segala yang dipintas mata dan disambar minda.
Berbunga-bunga hati saya melihat nama saya ditukik dihelaian Daftar Isi: Ibn Hani' Al-Andalusi Sasterawan Andalusia. Barangkali nampak jauh tersasar kerana gerangan pemilik nama itu mengalir darah si Adam dalam waridnya. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurang nama ini yang membuka dimensi hidup saya. Masih terbayang-bayang senyuman para profesor dan doktor yang mengajar di kuliah saya. Mana tidaknya, terdengar sahaja nama saya pasti diiringi dengan kenyataan yang sudah saya lali dengannya. "Kamu tahu, di sini pemilik namamu itu adalah Rijal" Sudah biasa telinga saya mendengar. Tidak mengapa. Saya tetap punya nama. Pastinya ayahanda dan bonda juga menyandarkan sesuatu untuk nama yang dianugerahkan buat saya. Mungkin juga minat saya pada sastera adalah kerana tempias daripada sejarah sang pemilik nama. Jadi, ada apa dengan nama? Sudah tentu kerana nama itu sendiri membawa bersama maksud yang beerti buat sang pemilik nama. Maka, jangan dipandang enteng pada nama yang kalian miliki. Teliti dan renung baik-baik, sesungguhnya bersama nama itu hadirnya semega amanah. Mungkin dalam sedar, mungkin juga langsung tidak terbit sinar cakna itu. Ayuh! mahu saya kongsi bersama catatan saya tentang si pemilik nama Ibn Hani'. Moga-moga menjadi inspirasi pembuka mata hati saya. Saya membawa nama bukan sebarang nama. Bersamanya perlu diiring cahaya ilmu, pasak keimanan dan kubah ketaqwaan. Biar tidak lekang erti pengabdian sang hamba.
Latar Belakang
Ibn Hani' al-Andalusi atau nama sebenarnya Abu Al-Qasim Muhammad bin Hani' berasal daripada keturunan arab suku Bani Azdi. Beliau juga pernah dikaitkan dengan Al-Mahallab Bin Abi Sufrah seorang pahlawan yang begitu gagah dan hebat dalam menentang golongan Khawarij. Kemenangan perjuangan menentang golongan Khawarij merupakan antara pencetus kemasyhuran Al-Mahallab. Selain itu, wujud juga satu nama penyair lain di Andalus iaitu Ibn Hani' al-Hakami atau lebih dikenali sebagai Abu Nuwas/ Abu Nawas.
Bapa Ibn Hani' berasal daripada daerah Mahdiyyah iaitu daerah terletaknya pusat pemerintahan Fatimiyah di Maghrib. Bapanya juga merupakan seorang penyair dan sasterawan yang ulung pada zamannya. Maka tidak hairanlah jiwa Ibn Hani' turut mewarisi bakat dan minat yang sama seperti ayahandanya. Walaubagaimanapun, bapanya merasakan keberadaannya di Maghribi tidak dapat membawa langkahnya lebih panjang dalam bidang kesusateraan. Oleh hal yang demikian, beliau memutuskan untuk bermusafir ke Seville, Andalus sebuah bandar pertemuan segala ilmu ketika itu. Di sinilah Ibn Hani' dilahirkan dan dibesarkan. Beliau dilahirkan pada 320H (922M) / 326H (938M) iaitu pada zaman Abd Rahman Al-Nasir dan anaknya Al-Hakam.
Ibn Hani' merupakan seorang yang begitu meminati bidang falsafah selain mengikut jejak bapanya dalam bidang kesusasteraan. Pemikirannya dalam bidang falsafah secara kasarnya banyak mengikut jejak Abu 'Ala al-Ma'ari. walaupun begitu, pemikirannya dianggap keterlaluan bagi masyarakat Seville ketika itu. Namun, atas simpati dan nasihat kerajaan Seville yang begitu menghargai sumbangannya, Ibn Hani' dinasihatkan agar keluar daripada kota tersebut. Beliau kemudiannya membawa diri ke Adwah, Maghribi. Di sinilah beliau bertemu dengan Panglima Jawhar dan menukilkan karya yang memuji-muji kehebatan Panglima Jawhar. Di kemudiannya mengatur langkah ke bandar Al-Zab dan sekali lagi menghasilkan karya pujian buat Jaafar bin Ali dan adiknya Yahya. Kehebatan dan keunikan karyanya akhirnya sampai ke pengetahuan Pemimpin kerajaan Fatimiyah, Maghribi, Al-Muiz Lidinillah al-Fatimi. Baginda memberi penghormatan kepada beliau dengan melantiknya sebagai penyair kerajaan.
Setelah itu, apabila panglima Jawhar al-Saqili iaitu panglima al-Muiz menawan Mesir, al-Muiz berpindah ke sana dan membina pusat pemerintahan di Kaherah. Ibn Hani' tidak ketinggalan mengikut al-Muiz ke sana. Baliau juga memohon untuk pulang menjemput keluarganya untuk turut serta bersamanya di Kaherah. Namun demikian, nasib tidak menyebelahinya apabila beliau akhirnya dijemput mengadap Ilahi ketika dalam perjalanan beliau ke sana. Beliau terbunuh di Bandar Barga pada tahun 362H (973M) pada usia yang masih muda iaitu 36 tahun. Al-Muiz begitu sedih dan kecewa apabila menerima perkhabaran tentang kematiannya. Penghargaan beliau terhadap jasa-jasa Ibn Hani' da[at dilihat melalui kata-kata baginda yang berbunyi:
" Orang itu kami berharap dapat berbangga dengannya terhadap penyair-penyair di timur tetapi apakan daya"
Puisi Ibn Hani'
Puisinya banyak bertemakan pujian, ghazal, gambaran kekecewaan, kebanggaan dan juga ratapan.
Seandainya umur beliau dipanjangkan Allah, barangkali generasi kemudiannya dapat menikmati lebih manfaat daripada karya-karya hasil titipan tangannya.
Bersama-sama catatan ini saya sertakan antara bait-bait puisinya. Moga beroleh manfaat daripadanya.
Masa memberi sesuatu yang bernilai tetapi merebutnya kembali, mungkin si bakhil memberi sesuatu tetapi mendengkinya, Apabila ia memberi dan memenuhi sesuatu keperluan dengan satu keperluan dengan satu tangan mereka dikaraunya, dengan tangan yang lain pula, Tetapi gagal juga orang yang mengharapkan sesuatu dari masa, ia diketahui oleh mereka yang derita dan sengsara, Apabila kehidupan diketuhkan ia menjadi subur, apakah kehidupan selesa cepat berakhir, ia mengingatkan orang yang leka dan menyedarkan orang yang tidur.
~rujukan: Ibrahim Ali Abu Khasyah: Tarikh Al-Adab al-Arabi Fi Andalus halaman 316
Semangat, Kenapa lari? Apa yang saya buat? Sehinggakan awak menjauhi saya? Cuaikah saya? Lalaikah saya? Atau saya biadab denganmu?
Maafkan saya wahai semangat, bukan itu niat hati saya, tapi saya insan biasa, lemah dan kuat datang silih berganti, lari dan rebah itu memang lumrahnya, beri saya ruang, beri saya peluang.
Wahai semangat, walau saya saya tidak segagah mana, tapi saya masih ada sedikit kudrat, harapan saya tidak rapuh, sandaran saya masih teguh, Kerana cinta saya hanya satu, Kasih saya bukan seribu, Sayang saya tidak kaku.
Kerana saya masih ada yang membahu, Kerana TUAN saya lebih tahu, jadi saya tidak gundah jika saya dicemuh buntu, walau saya sedikit lesu, Namun saya tahu, kamu tidak selamanya menjauh beribu batu.
Wahai semangat, bukan saya memujuk kamu, Tapi saya mahu kamu tahu, Saya ini HAMBA TUHANku, Jadi saya tahu kamu juga dari TUHANku, KAMU SELAMANYA MILIK TUHANKU, Itu yang meneguhkan pendirianku, KAMU tetap akan kembali ke pangkuanku wahai SEMANGAT!
Wahai Semangat! Mari ke sini dekat padaku, kamu ditakdirkan untukku, jangan cuba menyalahi takdir untukmu.
Salam Sayang dari kejauhan buat Ummi yang tercinta...
Moga Ummi sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah SWT selalu.. Anakandamu ini mengasihimu sepenuh hati. Namun, sesungguhnya tiada kata yang dapat mewakili segala rasa kasih dan cinta ini buat UMMI.... Selamat Menyambut Ulangtahun Yang ke-47 Sesungguhnya bersama peningkatan umur itu adalah pengkayaan pengalaman dan pertambahan kearifan dan kematangan. Moga Ummi terus dibekali Allah dengan kecekalan dan kekuatan menjadi sayap kiri perjuangan Anakandamu memohon redha darimu, untuk terus berjuang di medan ilmu, untuk terus teguh menyemarak kalimah Ilahi di muka bumi, untuk terus menjahit sulaman hamparan kekuatan demi menyambung rantai-rantai perjuangan.. Anakandamu tidak mahu kempunan menghidu wangian syurga, Anakandamu ini juga tidak mampu menanggung tempias murka dan amarah, Maka anakanda memohon iringan doa dan redha daripadamu, Agar langkah ini bisa menapak utuh, tidak lelah berlari, tidak gusar mendaki... Salam Penuh Kerinduan daripada Anakandamu..
Hari ini kodok gembira. Gembira kerana Sang Kancil muncul lagi. Mesti ada sesuatu yang boleh dikorek lagi.
Kodok: Selamat pagi Sang Kancil.
Sang Kancil : Oh, pagi masih muda, baru jam satu pagi wahai kodok.
Kodok : Kenapa sang kancil pilih untuk makan pucuk pegaga yang kelat sedangkan ada jambu yang manis?
Sang Kancil : Kerana pegaga yang kelat itu membawa bahagia yang lebih panjang. Memberi pengajaran yang perit untuk si tekak tapi tidak untuk si perut dan aliran darah. Jambu itu manisnya di lidah. Tapi si perut gerun akan sejuknya.
Kodok: Jadi, Sang kancil memilih untuk sengsara dulu baru senang ya?
Sang Kancil : Kamu tahu hakikat siapa kamu wahai si kodok?
Kodok : Sudah pasti! Saya ini kodok, maka hakikat saya ialah kodok. Kodok bukan sang kancil.
Sang Kancil : Kalau kamu kodok, kamu mesti arif tentang masalah dan keperluan kodok bukan?
Kodok : Ya. Itu yang sepatutnya.
Sang Kancil : Tapi kodok, kamu tahu ada sejenis makhluk yang tidak tahu hakikat dirinya dan buta akan masalah yang dihadapinya dan keperluan hidupnya.
Kodok : Siapa makhluk yang malang itu?
Sang Kancil : Yang pasti makhluk itu bukan berkaki empat. Dia ada geliga. Tapi ada antara masyarakat makhluk itu bijak menggunakan geliganya. Ada juga yang bodoh dan tuli. Geliganya langsung tidak diguna malah dipijak-pijak.
Kodok : Bodoh betul.
Sang Kancil : Kamu tahu, makhluk itu juga ada yang lupa daratan.
Kodok : Mengapa? Makhluk itu sudah sesat di samudera kah?
Sang Kancil: Ya, malah sudah ada yang berkubur di dalamnya.
Kodok : Kenapa ya?
Sang Kancil : Kerana makhluk itu lupa akan tuannya.
Kodok : Makhluk itu ada tuan?
Sang Kancil : Ya, malah makhluk itu pecacai.
Kodok : Pecacai itu apa?
Sang Kancil : Pecacai itu ertinya nafasnya adalah atas ihsan tuannya.
Kodok : Jadi makhluk itu pecacai yang derhaka?
Sang Kancil : Ya, jika makhluk itu ingkar akan tuannya.
Kodok : Ingkar? Kalau sudah namanya pecacai, adakah hak untuknya untuk jadi penderhaka?
Sang Kancil : Itulah pecacai yang keji.
Kodok : Jadi pecacai itu mestilah menyungkur sujud pada tuannya. Tidak begitu?
Sang Kancil : Kodok, bulan sudah mengambang tandanya pagi akan menginjak tua. Kancil mahu terus berkelana di belantara. Kodok mahu ikut sama?
Kodok : Tidak mengapa, kodok tidak sepantas sang Kancil. Biar Kodok setia sahaja di mendap lembab habitat Kodok.
Sang Kancil : Bagus! Kodok tidak buta akan hakikat kodok. Tapi kodok pintar memecah kebuk kelemahan kodok. Tinggal dulu ya.
Kodok : Terima kasih Kancil. Kodok gembira pagi ini. Ketemu lagi ya.
Kodok tersenyum. Kodok berjaya membongkar sesuatu lagi. Kodok mengerti. Kodok akui. Kodok senyum lagi...
Bergambar semasa gotong-royong bersihkan rumah tok wan Hussin. Udin nak telan apa tu, nganga luas sangat? Dri kiri berdiri: K long afifah,K chik Anith, Huda. Duduk dari kiri: Firdaus (Adilah dalam pangkuan), Izzudin, Fahmi dan Hana
Bulatnya mata Farhan! Farhan dan Pak Tam Man
Alya, dah boleh merangkak agaknya ya?
Kanak-Kanak Ribena di pagi Raya 08 Tahun ni kurang seorang chef kat dapur. Heheheh=)
...Baik-baik ya di Malaysia wahai kanak-kanak ribena sekalian... ...Jadi anak soleh umi ayah... ...Penyejuk mata keluarga... ...Penyambung rantai-rantai sunnah perjuangan Baginda SAW... ...Kekandamu di sini rindu selalu...
Dengan nama-Mu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani...
Alhamdulillah, dapat lagi saya menyambung semula catatan tertangguh saya ini.
Sang kancil sudah keluar dari belantara, jadi dapatlah penulis mencungkil jawapan persoalan yang ditinggalkan dalam siri yang lalu. Peringatan untuk diri penulis dan para pembaca, catatan ini hanya pandangan peribadi penulis. Maka, tiada paksaan dan tuntutan untuk pembaca untuk menerima pandangan ini. Mohon bersifat terbuka dan tenang-tenang sahaja menelusuri catatan ini.
Lawatan Deligasi Antarabangsa ke Institusi Pendidikan Elit di Cyberjaya
Pengalaman penulis berpijak di salah sebuah institusi pendidikan elit di ibu kota yang diiktiraf kecanggihan dan keunggulannya oleh pihak-pihak tertentu telah membuka mata penulis. Melakarkan suatu kenyataan dan realiti yang sememangnya di sinilah penulis mengenal wajah sebenar realiti masyarakat. Biarpun hanya bergelar pelajar selama 5 tahun di sana, namun tempoh sesingkat itu banyak mengajar penulis untuk benar-benar terjun menyelam ke dasar jiwa-jiwa insan. Sejujurnya, pada awalnya naluri penulis mohon untuk ingkar arahan ayahanda agar menerima tawaran ke sini. Namun, ketentuan-Nya mengatasi segala. Hemat ayahanda dan bonda sememangnya tepat. Anakanda ini yang masih mentah menilai. Segala figur negatif muncul satu persatu menghantui fikiran ini tatkala menerima surat tawaran ke sekolah elit ini. Mana tidaknya, lokasinya di ibu kota sudah cukup menggerunkan penulis. Begitu luas gerbang pengaruh dan permasalahan mungkin timbul. Berpijak ke sini, bererti berjauhan dengan keluarga. Kebebasan hampir 80% diberikan. Maka, tidakkah bagai menempah bahana sahaja layaknya. Sedangkan penulis sendiri sudah berjaya melayakkan diri untuk mendapatkan tempat di salah satu sekolah beraliran agama yang masyhur di negeri kediaman penulis. Bukankah lebih baik berada di taman-taman soleh berbanding menempa tiket khas di samudera sekular.
Bumi yang begitu banyak berjasa pada penulis
Setahun lamanya, penulis berperang dengan jiwa yang menentang keadaan sekeliling. Ikutkan hati mahu sahaja melompat keluar daripada pagar kesengsaraan ini. Tapi, penulis tidak mahu menjadi anak yang ingkar, anak yang membunuh harapan bonda dan ayahanda. Akhirnya, penulis redha sememangnya takdir penulis bersemi di bumi ini. Peningkatan usia mematangkan dan mendewasakan pemikiran penulis.
Antara program kepimpinan yang pernah dihadiri penulis ketika di bangku sekolah dahulu
Satu persatu lembaran kehidupan di istana puteri ini berjaya penulis lalui. Silih berganti perubahan dan peralihan tertancap pada perhatian mata kerdil ini. Asalnya, terasa begitu kerdil berdiri di tengah-tengah pelajar elit yang rata-ratanya berlatar belakangkan keluarga berada dan golongan elit kotaraya. Tapi, lebih bahagia penulis merasai nikmat 'dibela' oleh pihak kerajaan kerana begitu banyak kemudahan dan kelebihan ditabur di sini. Segala infrastruktur semuanya kelas pertama. Terasa begitu bersyukur. Lelah dan sebak juga terkenangkan sahabat-sahabat seusia di pedalaman dan di luar bandar yang tidak menerima 'nikmat kemewahan' ini sebagaimana yang diterima penulis dan warga sekolah ini. Guru-gurunya bukan calang-calang insan. Berdedikasi dan memiliki jiwa pendidik yang sejati. belum pernah seumur hidup penulis menemui guru yang sanggup mengorbankan segala kepentingan peribadinya hatta nyawanya demi kecemerlangan warga sekolah ini. Secara kasarnya penulis menyifatkan segalanya di sini bersifat 'perfectionist'.Sempurna, tiada cacat cela daripada individu tenaga pengajar, pekerja, sistem sehinggalah ke sekecil perkara, polisinya SEGALANYA MESTILAH SEMPURNA.
Institusi ini adalah lakaran realiti masyarakat! Tiada penipuan dan kepura-puraan, inilah yang hakiki!
Suatu masa dahulu penulis pernah berbangga dengan misi dan visi sekolah penulis. Begini bunyinya:
Sekolah Seri Puteri menjadi sebuah institusi pendidikan terunggul untuk melahirkan pemimpin yang terbilang dan bermaruah, komited terhadap pendidikan sepanjang hayat, memanfaatkan kehidupan dan sedia berkhidmat kepada masyarakat
Sekolah Seri Puteri as an internationally renowned educational institution, nurturing notable dignified leaders who are committed towards lifelong education, benefiting life and ever ready to serve the community
Antara infrastruktur kelas pertama di Sekolah Seri Puteri
Sememang, inilah antara peniup semangat penulis untuk terus bernafas di sini. Penulis begitu rindukan sentuhan warga pendidik di sini. Peribadi penulis begitu banyak dicorakkan di sini. Sememangnya sudah melangit tinggi pujian yang diterima sekolah dan warganya. Tapi tidak kurang juga yang mencemuh dan mengeji hina. Wahai masyarakat manusia, janganlah kamu butakan mata dan hati kamu, kamu tidak tahu betapa besarnya pengorbanan insan-insan di sini mendidik anak bangsa. Kalian tidak melihat bagaimana peritnya keringat mereka mengalir. Terasa bagai ditatang dengan penuh kasih sayang. Warga di sinilah yang menjadi ibu, bapa dan keluarga kedua penulis. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat semua warga yang begitu banyak berjasa kepada penulis. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala keluhuran budi kalian. Moga beroleh bahagia yang berpanjangan. Seandainya, ada warga dan bekas warga Seri Puteri yang membaca catatan ini, ingin penulis katakan bahawa kalianlah insan yang begitu istimewa. Baik guru-guru, pekerja-pekerja, mahupun kekanda serta adinda warga dan bekas warga SSP.
Namun demikian, ada sesuatu yang mengasak benak ini. Semenjak penulis berpijak di bumi bertuah ini, berceratuk persoalan menanti untuk disempurnakan jawapan. Sehingga kini rasa cinta akan bumi ini membuatkan penulis perlu untuk melakukan sesuatu demi kepentingan generasi mendatang khususnya generasi warga puteri di SSP. Terpanggil juga untuk berkongsi dengan kalian agar sama-sama melakukan pencerahan minda dan mengatur langkah yang lebih segar juga sebagai penunjuk jalan buat generasi yang akan datang. Biarlah sudah hampir 2 tahun bangku sekolah penulis tinggalkan. Namun, mana mungkin begitu mudah penulis melupakan renik-renik peluh yang menitis sepanjang perjalanan di sana.
Penulis tangguhkan dahulu penulisan ini. Sesungguhnya begitu banyak yang ingin dikongsi, sehinggakan penulis terasa sayang untuk meninggalkan satu kalam sekalipun dalam pengkisahan ini. Insyaallah, penulisan akan cuba menyempurnakan penulisan ini dalam siri yang seterusnya. Harap anda setia menjadi pengunjung teratak kecil ini.
KISAS, Bumi Waqofan; Ada sesuatu yang penulis ingin coretkan tentangnya dalam penulisan akan datang..
INSYAALLAH, MOGA DAPAT LAGI KITA BERTAMU MINDA, BERTEMU KALAM.. Salam Hormat