Thursday, July 23, 2009

Semangat!

Semangat,
Kenapa lari?
Apa yang saya buat?
Sehinggakan awak menjauhi saya?
Cuaikah saya?
Lalaikah saya?
Atau saya biadab denganmu?

Maafkan saya wahai semangat,
bukan itu niat hati saya,
tapi saya insan biasa,
lemah dan kuat datang silih berganti,
lari dan rebah itu memang lumrahnya,
beri saya ruang,
beri saya peluang.

Wahai semangat,
walau saya saya tidak segagah mana,
tapi saya masih ada sedikit kudrat,
harapan saya tidak rapuh,
sandaran saya masih teguh,
Kerana cinta saya hanya satu,
Kasih saya bukan seribu,
Sayang saya tidak kaku.

Kerana saya masih ada yang membahu,
Kerana TUAN saya lebih tahu,
jadi saya tidak gundah jika saya dicemuh buntu,
walau saya sedikit lesu,
Namun saya tahu,
kamu tidak selamanya menjauh beribu batu.

Wahai semangat,
bukan saya memujuk kamu,
Tapi saya mahu kamu tahu,
Saya ini HAMBA TUHANku,
Jadi saya tahu kamu juga dari TUHANku,
KAMU SELAMANYA MILIK TUHANKU,
Itu yang meneguhkan pendirianku,
KAMU tetap akan kembali ke pangkuanku wahai SEMANGAT!

Wahai Semangat!
Mari ke sini dekat padaku,
kamu ditakdirkan untukku,
jangan cuba menyalahi takdir untukmu.



Wahai SEMANGAT!
Akuilah, kamu adalah milikku!

7 comments:

Zikrullah said...

salam..hani dh appvre ikut email y hani bg tapi still x upgrade nap ek?

ikhwan said...

semangat, mesej diterima

Tinta Qubnani said...

zikrullah,

cuba send invitation skali lg. mgkn alamat email salah. ni email ana, jannah_qubnani@yahoo.com

Tinta Qubnani said...

ikhwan,

Salam Semangat!

"Ajaib sungguh keadaan org mukmin!semua keadaan memberi kabaikan pdnya. perkara yg demikian hanya ada pd org mukmin.Jika dia dikurniakan kesenangan, dia bersyukur.maka, itu adalh yg terbaik untuknya.jika dia ditimpa musibah,dia bersabar,maka itu juga yg terbaik itunya"~HR MUSLIM~

Farihin Asnur said...

Salam Hani..=)
Rindulah. Bila Hani balik M'sia?

Tinta Qubnani said...

faas,

rindu faas jugak=)
thn ni xda rezeki lg nak balik...
kewajipan lebih menuntut unt setia di bumi anbiya'.
insyaallah, ada rezeki sampailah kaki ni dibumi malaysia(xtau lg bila)...

Faas da di malaysia ya skrg?

Farihin Asnur said...

Faas baru nak pergi akhir bln August=) Blum fly lagi. haha..

Syg, jom explain skit:)

'Unt' maksudnya saya ye? Macam 'ana'?
How abt 'antum' 'antuna'?

I ges antum is for male and antuna for female. haha..Am I rite? Or is it the other way round? hihi~

Wassalam girl..:) Panjang umo jumpe lagi insyaAllah..The world is so 'small' anyway..^_^

Luv yah!