Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Wahai Kamu Israel Laknatullah!!!



..::Bismillahirrahmanirrahim::..

Tenanglah kamu disapa bayu Jannah wahai para Syuhada'

"dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu telah mati. Sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya"
al-baqarah:154




Wahai kamu Israel Laknatullah!!

Mungkin kamu boleh merobek semua nyawa mujahideen kami wahai Israel laknatullah.
Tapi kamu tidak sesekali boleh merampas bayu Jannah buat para Syuhada yang kamu sangka kamu cabut nyawa mereka.
Bodohlah kamu wahai Israel laknatullah.
Tahukan kamu syuhada-syuhada' itu tidak pernah mati??
Barangkali kamu boleh jadikan ungkapan-ungkapan dusta kamu sebagai perisai mengaburi pandangan makhluk dunia.
Tapi awas!! Kamulah yang bedebah di hadapan saksian Tuhan pemilik sekalian makhluk!!

Wahai Israel laknatullah!!
kamu sangka pertahanan di kubu-kubu kamu maha hebat.
Kamu bangga dengan askar-askar kamu yang mati dan buta hati.
Kamu rasa begitu gah dengan kuasa kamu ke atas dunia.
Amat sia-sialah semua sangkaan dan kebanggaan kamu!
Mungkin memang kamu lupa atau kamu memang buta!
Tentara Allah SWT itu meliputi seluruh inci ciptaanNYa!!
Nantikan kemaraan bala tentera Allah SWT yang bakal menggugah merobek semua kezaliman kamu wahai Israel Laknatullah!!!

"sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah kami jelaskan manusia dalam kitab (al-quran), maka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat"
al-baqarah: 159

*Perhebatkan doa dan munajat kita untuk para mujahidin dan saudara kita di Palestin

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان. ”

Renungan untuk yang masih mencintai nikmat dunia:




Wednesday, April 28, 2010

Di Sini Medan Kita Di Sana Medan Mereka




Bismillahirrahmanirrahim..


Semarak dan bahang imtihan kian terasa buat semua warga penuntut di Bumi Kinanah. Teman-teman, saat ini ayuh kita jadikan inilah pecutan terhebat kita dalam merentas landasan amanah ilmu yang dipikul. Biar redha Allah SWT diutamakan dalam setiap langkah yang diatur.

Ya, hari ini dan saat ini, inilah medan perjuangan kita sebagai mahasiswa muslim.
Namun, sesaat mengajak kalian meninjau nun jauh di sudut sana. Gaza, yang kian dimamah dan dihimpit oleh tangan-tangan jahat. Di sana medan mereka. Tapi, kita masih punya peluang untuk menabur secebis empati. Hanya beberapa hari yang bersisa untuk konvoi LifeLine 4 GAZA akan melancarkan perjalanan menuju ke GAZA.

Misi membina negara. Misi membela nasib agama dan yang penting misi mempertahankan MARUAH ISLAM!
Hulurkan secebis bantuan melalui sumbangan material dan munajat serta doa buat mereka. Semoga detik-detik hati kita sampai ke hujung Arasy.

Ya Allah, permudahkan kami untuk meningkat amal dan ketaqwaan padaMu. Biar kejayaan dan redhaMu mengiringi langkah kami. Hancurkan segala tangan yang mahu menghancurkan agamaMu. Ya Allah, saat ini kami menyerahkan diri sepenuhnya kepadamMU.


Sambutlah Seruan Ini!

salam imtihan~