Wednesday, August 31, 2011

Jejak Kemenangan


Bismillahirrahmanirrahim

Jejak di sisi kemenangan,
Jangan mungkir pada fitrah bertuhan,
Jangan kikir pada erti penghambaan,
Jejak kemenangan hanya pada yang penuh keikhlasan,
sehingga tiada ruang untuk lalai dengan amalan.

Wahai jiwa yang penuh pencarian,
jangan sampai sesat di jalanan,
kerana rahmat tuhan itu berpanjangan,
hanya terhijab dengan hanyir maksiat tipuan sang syaitan!

Salam 'Idul Fitri
Mohon maaf atas segala yang khalal dan khilaf..



Friday, August 19, 2011

Wewenang Bebas

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, hari ini atau esok
selamanya aku menjejak
bibit pembebasan
melepaskan berkasan
belenggu pegun
akal dan amalan
biar masih pada landasan tuhan

Dia, mereka atau kita
semuanya aku mencari
titik selari
mengapa tidak seiring berlari
malah menunding kanan kiri
sedangkan tujunya hanya satu semesti

Di sana, di sini atau di situ
setiapnya aku memburu
pendirian yang satu
biar wewenang manusia masih berlagu
dengan kehambaan untuk DIA YANG MAHA SATU
bukan sesuka nafsu

Bebas
Lepas
Berdiri
Berlari
Kudrat pinjaman
Tanya DIA izinNya di mana
HendakNya bagaimana
Kalau mahu
Kalau tahu
Infiniti yang ada Entiti
pada ruh dan wajah
Bebas Hakiki
bakal memayungi




Friday, August 12, 2011