Monday, July 20, 2009

Ummi, Kasihmu Abadi

Buat Bonda Haslina Binti Hashim..


Salam Sayang dari kejauhan buat Ummi yang tercinta...


Moga Ummi sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah SWT selalu..
Anakandamu ini mengasihimu sepenuh hati.
Namun, sesungguhnya tiada kata yang dapat
mewakili segala rasa kasih dan cinta ini buat UMMI....

Selamat Menyambut Ulangtahun Yang ke-47
Sesungguhnya bersama peningkatan umur itu adalah
pengkayaan pengalaman dan pertambahan kearifan dan kematangan.

Moga Ummi terus dibekali Allah dengan kecekalan dan
kekuatan menjadi sayap kiri perjuangan

Anakandamu memohon redha darimu,
untuk terus berjuang di medan ilmu,
untuk terus teguh menyemarak kalimah Ilahi di muka bumi,
untuk terus menjahit sulaman hamparan kekuatan
demi menyambung rantai-rantai perjuangan..

Anakandamu tidak mahu kempunan menghidu wangian syurga,
Anakandamu ini juga tidak mampu menanggung tempias murka dan amarah,
Maka anakanda memohon iringan doa dan redha daripadamu,
Agar langkah ini bisa menapak utuh,
tidak lelah berlari,
tidak gusar mendaki...

Salam Penuh Kerinduan

daripada
Anakandamu..


2 comments:

inniakhofullah said...

salam'alaik ya ukhti~

wahishtuni awi!

tersentuh membaca nukilan hati nti.
tentu pedih hati menahan rindu pd ibu nan tercinta..

tapi ukhti, ana yakin, pengorbanan yg nti lakukan ini pasti nya tidak sia-sia.

InsyaAllah. teruskan jihad menuntut ilmu!
salam~

Tinta Qubnani said...

inniakhafullah,

syukran atas semangat dan sokongan.

demikianlah adat berada diperantauan.

di bahu tergalas sebesar amanah dan harapan..
moga dipermudahkan jalan.

syukran atas ziarah...