Sunday, December 27, 2009

La yadkhulul Jannah Baakhilun!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Bukan niat di hati mencoret panjang kali ini. Sekadar teringat kisah adinda saya yang nun jauh di pisahkan oleh lautan.

Mari saya kongsikan cebisan celoteh adinda bongsu saya si Aliah Hana. satu hari adinda saya Arwa, pulang dari asramanya bercuti di teratak kami. Pada kebiasaannya kepulangan kami kakak-kakak daripada asrama sememangnya ditunggu-tunggu oleh adinda-adinda kecil comel ini. kenapa ya? BUAH TANGAN!! memang itu yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak rebina ni. Nak dijadikan cerita, kali ni adinda Arwa membeli satu bar coklat. Apalagi, menyeranglah angkatan kanak-kanak rebina ni. Nak tahu ape adinda bongsu saya lakukan?

hana: "kak awa, nak sikit coklat!"
arwa: "mana boleh!"
(nada bergurau sambil berpura-pura menyembunyikan coklat daripada hana)
hana : "la yadkhulul jannah bakhilun!!"(tidak masuk syurga orang yang kedekut)
arwa : tercengang dan terkebil-kebil macam ayam berak kapur lantas menghulurkan bar coklat pada hana. Hana tersenyum riang!

Semua adik beradik dan sanak saudara di ruangan itu terkesima sebentar dan akhirnya riuh rendah rumah kerana semuanya memburai ketawa melihat keletah hana dan Arwa yang sudah kelu tidak berbicara.

Mana tidak terkesima adinda saya dan semua yang ada, hana yang ketika itu baharu berusia lima tahun sudah pandai melantunkan sepotong hadis dengan begitu fasih. Namun, bagi saya begitu itu tarikan utama disebalik cebisan keletah adinda saya yang seorang ini. Saya ingin menyorotkan beberapa mesej utama di sini. Kisah tadi bagaikan tamparan yang cukup berbisa buat saya kerana dengan detik yang seringkas itu betapa membuatkan saya sedar dan bermuhasabah kembali. Betapa, Allah itu maha Kaya dan Maha Luas, begitu indah teguran daripada Allah, barangkali DIA mahu mengingatkan kita dengan wasilahnya seorang kanak-kanak kecil. Nah, kalian nilai sendiri, sesungguhnya berbahagialah kita jika melihat semua perkara dengan pandangan hikmah. kadangkala kita merasakan teguran yang baik mestilah dengan cara yang lembut dan berhemah sahaja, tapi pernahkan terfikir celaan, hinaan yang datang daripada musuh dan mana-mana insan yang kita fikirkan tidak layak untuk memberi teguran juga adalah salah satu yang perlu diniliai dan barangkali boleh diterima pakai. Bersyukur kita tidak dibiarkan leka. Belajarlah berlapang dada. Kelak ketengan pasti bertandang. Subhanallah. Subahnallah. Subhanallah....

p/s: Adinda Farah dan Amal, tahniah atas kejayaan kalian. Bersyukur dengan setiap ketetapan...
"Allahumma inna nasaluka ridha ba'da al qodo'"

2 comments:

farhana said...

salam ziarah..

seronok bila kanak2 berbicara kan..perasan atau tidak..kadang2 Allah sendiri utuskan suara kanak2 ini untuk menegur hambaNya..kenapa??kerana hambaNya yang lebih hebat akalnya,mantap ilmunya..lebih malu untuk menyeru ke arah kebaikan..sekadar memperingatkan diri dan sahabat...^_^

Anonymous said...

farhana,

wslm. ada benarnya apa yang saudari katakan. tapi saya lebih suka membangkitkan persoalan kewajipan dan keutamaan. kadangkala, manusia gagal atau barangkali salah erti untuk meletakkan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar itu sebagai kewajipan mahupun keutamaan. jika seseorang itu merasakan tanggungjawab untuk mengislah itu adalah suatu kewajipan pasti dia bijak meletakkan keutamaan untuk melaksanakan proses pengislahan. Keutamaan menjadi penilai, pemerhati sekaligus sebagai seorang yang sendirinya turun ke lembah yang sepatutnya. Teringat kata-kata HAMKA :"Keutamaan adalah pangkal budi dan kewajipan itu bukan terpisah, bukan dua barang, bukan pangkal dengan hujung tapi kuku dengan daging, tubuh dan nyawa"...

wallahualam