Saturday, July 30, 2011

Kembali Ke Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan-The_Zikr

Kembali Ke Sekolah,
Kembali menelaah,
Kembali Ditelaah,
Benarkah Sistem di sekolah yang merajah,
peribadi mazmumah mahmudah,
Atau sememangnya fitrah,
Membina mahabbah,
mencungkil ibrah,
Hakikatnya ia adalah Rahmah,
Dari Allah SWT yang begitu pemurah.

Di sana semua manusia kembali menjadi murid
kembali merendahkan ego yang melangit
Kembali memanjangkan wirid
menjadi semula yang kerdil
habis semua maksiat dibedil
Yang tinggal hanya kebaikan yang diambil.

Untunglah,
masih ada sekolah ini,
untuk mereka yang mahu mengisi,
untuk mereka yang mahu mencari,
inilah tempat membina semula rasa abdi,
malah merintis untuk kesaksamaan yang abadi.

Kembalilah ke sekolah,
kembalilah menjadi murid,
untuk kenal kembali erti dihidupkan,
untuk arif makna sebenar pengabdian.

Kembalilah ke Sekolah Ramadhan..

Ramadhan-The_Zikr

Wednesday, July 27, 2011

[Cerpen] Kudapan Ibu


“Abang! Mari turun makan.”

Suara ibu kedengaran dari sudut dapur. Mustafa bergegas turun. Ditinggal sebentar komputer riba. Otaknya masih kusut. Persoalan itu masih menyimpul di hujung akal. Tak terungkai.

“Ibu buat karipap ni?” Seraya menyuap sebiji karipap ke mulut.


karipap


Ibu sekadar menyangguk, tekun menyiang ikan haruan di sinki.

Mustafa begitu bersungguh menghadap sajian kudapan ibu kali ini. Lepas kempunan mahu menjamah masakan ibu. Hampir seminggu berkampung di desa atuk. Rindu benar abang pada masakan ibu, tapi segar sentuhan atuk tempoh hari tetap berbekas.

“Kenapa dengan anak ibu hari ni? Kelat benar senyumnya?” Lekas ibu menangkap gundah hati anak remajanya.

“Ibu, salahkah menonton ceritera di layar?”

... Teruskan bacaan

Monday, July 25, 2011

Nah!

Bismillahirahmanirrahim

Nah, ni untuk kanak-kanak rebina kat Malaysia yang tengah exam.
Moga Allah mudahkan segalanya untuk kalian..



Istimewa KUNTUM III & Simposium



Mahasiswa sejati,
padu iltizamnya,
hidup ruhnya,
seni pentaakulannya,
jitu tindak tanduknya.

Meh sini,
Maghi sini,
Mai sini,
Ini tempatnya!
Ini masanya!
dan kamu orangnya!

Ini tetamu istimewa,
jangan sia-siakanya!

Sunday, July 24, 2011

Qasidah Muhammadiah



Muhammad is the most noble of the Arabs and the non-Arabs,

Muhammad is the best of those who walk by footsteps,

Muhammad encompasses all that is good,

Muhammad is the owner of excellence and nobility,

Muhammad is the crown of the Messengers of Allah, without exception,

Muhammad is the most truthful in words and speech,

Muhammad is firm in his promise, guarding it,

Muhammad is good-natured in manners and character,

Muhammad, his nature was given light to drink,

Muhammad, his light has continued from ancient time,

Muhammad judges with justice, possessing honour,

Muhammad is a treasure-trove of blessings and wisdom,

Muhammad is the best of the creation of Allah, from the lineage of Mudar,

Muhammad is the best of all the Messengers of Allah,

Muhammad, his way of life is truth, we follow it with him,

Muhammad, comprehensive excellence, truly is his distinguishing mark,

Muhammad, his mention is a refreshment for our souls,

Muhammad, thanking him is an obligation upon the communities,

Muhammad is the adornment of the world and its splendour,

Muhammad is the one who removes the grief and the gloom,

Muhammad is a master, his virtuous deeds are delightful,

Muhammad, the Merciful shaped him with kindness,

Muhammad, the elite of the Creator and His choice,

Muhammad, innocent of all accusations,

Muhammad laughs for his guest, honouring him,

Muhammad, by Allah! His neighbour is never harmed,

Muhammad, the world became pleasant through his mission,

Muhammad, he came with proofs and wisdom,

Muhammad, on the day of the raising of mankind, he is our intercessor,

Muhammad, his light is the guide out of darkness,

Muhammad, standing for Allah, filled with eagerness,

Muhammad is the Seal of all the Messengers,

(Our Lord, bless and send peace, eternally and forever,

Upon Your beloved, the best of all creation.)

Saturday, July 23, 2011

Menyapih Kezaliman, Memahat Kebenaran

Bismilahirrahmanirrahim

Bahang ujian musim peperiksaan bagi mahasiswa di Bumi Pasir ini baru sahaja menyapih. Baru sahaja mahu menarik nafas lega, tapi ada pula yang bertamu muka. Belum sempat melepas semput, bertandang pula ujian yang lebih besar. Lebih teruji, menambah pedih terik panas.

Nasib mahasiswa masih dihitung-hitung. Sang penguasa masih selesa bermahkota. Benarkah kuasa mereka mengatasi segalanya? Benarkah suara mereka mengoyak jiwa?

Mahasiswa bukan bola-bola. Boleh dilambung sesukanya. Boleh ditendang, dibaling sewenang-wenangnya. Tapi mereka manusia muda. Darahnya panas dengan semangat, mindanya segar, kudratnya teguh. Hati-hati, sejarah tidak pernah menipu. Anak-anak muda memang begitu. Mereka pemegang tombak-tombak yang gagah menghunus pada sejarah-sejarah dunia. Ada yang terkorban kerananya, tapi zaman juga semakin gemilang kerananya. Malah Islam cemerlang dengan anugerah keimanan pada jiwa muda.

Awaslah kamu!
Kita manusia,
masing-masing punya kuasa
masing-masing ada daya
masing-masing punya nama dan rupa

Tapi Awas kamu!
jangan lupa
semua itu kurniaanNya
DIA tahu mana yang tiada upaya
DIA tahu mana yang dirobek-robek daya

Kalau memang kamu manusia,
Pasti kamu tidak ingin berdurja,
maka jangan berani berbuat durja.

Kalau kamu memang manusia,
pasti kamu sang pencinta yang benar,
Maka beranilah menjadi benar dan memberi yang benar.

Kalau kamu fikir hidupmu sementara
pasti inderamu menyungkur pada yang Esa
bukan pada mereka yang gila Kuasa
Bukan juga pada mereka
yang rakus membaham habuan dunia
takutlah kamu pada HARI yang DIA
Saksikan padamu semuanya












Tuesday, July 12, 2011

Pasca Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, senyuman penjaga setia di kaunter khidmat pelanggan Fakulti Perubatan Al-Azhar dhuha tadi mengiringi saya pulang. Pulang sementara, insyaallah akan kembali lagi menjejak khazanah di sana. Ini bermakna, cuti musim panas saya sudah bermula.

Pasca imtihan memang menuntut kebijaksanaan menyusun minda dan langkah dengan baik. Sudah sampai masa untuk menjenguk angin-angin di luar sana. Hawa panas musim perlu dihargai dengan baik.


1. Ini projek mega komuniti yang perlu dijunjung.



2. Ini juga membuka jendela amal anda.


Di sini lebih banyak yang menanti anda!

3. Seperti biasa, bagi peminat setia halwa Ramadhan bersama Syeikh Nuruddin, Syeikh akan bersama kita bermula 1 Ramadhan ini insyaallah. Moga-moga beroleh kesempatan berada di taman-taman syurga ini. Amin..

4. Bagi yang pulang ke tanah air, nantikan juga buah tangan untuk anda di sana!

5. Yang ini, sebagai menjejak wartawan-wartawan hebat di negara padang pasir ini. Percayalah, anda pasti teruja bekerja bersam krew ini. Walaupun seketika bersama mereka, bagi saya mereka rakan sekerja bahkan antara guru terbaik yang pernah saya temui!


Kredit untuk orang kuat krew mediaPERUBATAN. Jasamu memang akan di kenang zaman, moga baik juga imbalan Tuhan buat kamu.
Tak ketinggalan juga krew-krew lain yang tak kurang hebatnya jasa mereka=)



p/s: Uruslah minda dengan taqwa, Kelak seluruh pancainderamu bakal bertemu Pencipta :)

Friday, July 8, 2011

Sajian Besi

Bismillahirrahmanirrahim

Wahai jiwa yang keliru,
jangan dikau buntu,
apa yang menerjah matamu,
apa yang menjerkah air matamu,
apa yang menjengah keyakinanmu,
apa yang mencarik kepercayaanmmu,
apa saja yang menggumpal di atmamu.

DIA selalu kotakan janji,
KekasihKU akan diuji,
lalu anugerah besi sabar disaji.

Agar kau bina
kubu tabah dengannya,
agar kau libaskan
pedang membunuh musuh jiwa,
agar kau rentang jeriji ihsan
membatas keliling amalmu,
jadikan ia juga perisai budimu.

Maka merenih matanglah akalmu,
jangan sampai bentan ruhmu
dengan najis luka dunia,
cukuplah maharaja iman
singgah di dadamu,
setelah perkenannya pada
santapan ubudiyyahmu,
Maka kenanglah sajian Besi
yang DIA anugerahi itu!

Sayyidul ayyam. 11:53 H10 Madinah Nasr