Friday, October 30, 2009

Ertinya Syukur!

Syukur bukan kerana senang,
Tapi kerana masih ada peluang,

syukur bukan kerana agung,
Tapi kerana ada harapan yang masih menggunung,

syukur bukan kerana sempurna,
tapi kerana masih mampu mencerna,

syukur bukan kerana miliki adab terpuji,
tapi kerana masih ada ruang mengabdi,

syukur bukan kerana punya hati,
tapi kerana kurnianya akal yang tertinggi,

syukur bukan kerana gagah berpencak,
tapi kerana ada duri yang mencacak,

syukur itu hakikatnya indah,
jika yang zuhud yang meredah,

syukurlah menjadi kuli di jalan Allah,
daripada menjadi raja di medan bedebah...

2 comments:

fatnulhasanah said...

slm..
erti syukur yg dkupas amt jrg dhyati org lain..
nice post..

Tinta Qubnani said...

fatnulhasanah,

wslm, manusia mmg fitrahnya lupa,
tapi alangkah lebih rugi jika manusia yang ada TUAN itu lupa berterima kasih pd TUANNYA..

syukran..=)