Saturday, April 9, 2011

Kau, Aku

Bismillahirrahmanirrahim::.

Kau,
semalam kau kata sejarah
jawabku itu ibrah.

Kau,
mentari kau kata cerah,
jawabku itu rahmah.

Kau,
ujian kau kata pedih,
jawabku itu iman sedang merenih.

Kau,
dunia kau kata tipuan,
jawabku itu sumur buat bangsawan iman.

Kau,
dewasa kau kata bebas,
jawabku itu berkasan taqwa pengawas.

Kau,
bisa apa saja kau kata,
jawabku kalam ku pinjaman semua.

Kau,
hidup ini jenuh kau kata,
jawabku itu hanya buat yang tandus atma.

Kau.
Aku.
Kita khilaf di sini.
Tapi ada temunya.
Kita yang buta.
Atau jidar ego lebih berkota.
Cukuplah DIA yang jadi pembuka.

Yakin,
Kau, aku ada ruang,
ruang menuju hakikat dicipta!

2 comments:

sabihah said...

"kita khilaf di sini,tapi ada temunya'

suka sgt ayat ni :D

moga ukhwah kekal selamanya~~~

qubnani said...

alhamdulillah,
ilham yg perlu di realisasikan di dunia nyata..
mungkin jadi rahmat,
mungkin jadi petanda sebaliknya..

terima kasih daun keladi,
wahai kakakku yang tinggi melidi=)

amin, mg menjulang ke arashNya doa ini.
alhamdulillah, kerana mengenalimu..