Bismillahirrahmanirrahim.
Jom periksa.
Peperiksaan paling besar dan paling penting serta paling hebat soalan dan keputusannya.
PERIKSA HATI!
Ibnul Qayyim berkata:
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”
“ Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat2 Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Ayat 2 surah al-Anfal)
Stamina hati perlu sentiasa di perkasakan latihannya demi menempuh panjang perjalanan hidup yang belum tahu bila penghujungnya. Tiada lain latihannya, hanya tafakur dan zikrullah mampu mempertahankan keteguhannya.Salam imtihan~
1 comment:
Assalamu'alaikum Ukhti Hani,
Dimaklumkan bahawa laman APIS yang terkini ialah:
http://www.apisbp.net dan tidak lagi http://www.apisbp.com
Kami berharap, ukhti dapat updatekan link ke web APIS yang ada di blog ini. =)
Jazakumullah khair.
Post a Comment