Monday, June 29, 2009

Mari, Mari Pesta Sudah Bermula!!!

Assalamualaikum w.b.t

Salam hormat untuk semua teman dan selamat bercuti juga buat semua mahasiswa dan mahasiswi di seluruh bumi Mesir. Pasti senyuman memanjang menguntum di bibir masing-masing memandangkan beban lelah menatap buku-buku kuliah sudah menutup tirai serentak dengan pengakhiran musim peperiksaan. Tidak kurang juga buat teman-teman yang berpeluang pulang ke tanah air dan bertandang ke negara-negara lain bagi tujuan yang pelbagai, moga kalian memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaik yang mungkin.

Bagi mereka yang masih setia menanti di Bumi anbiya' ini, janganlah gusar dan bersedih hati, kerana ada pesta besar sedang menanti anda. Apalagi kalau bukan pesta Talaqqi. Ayuh meriahkan cuti anda dengan merebut peluang keemasan ini.


" JoM Pi TaLaQqi!"

Moga budaya menuntut ilmu bukan sekadar untuk melirik tinta di atas kertas peperiksaan semata, sebaliknya biarlah dijadikan santapan harian bahkan suburkanlah setiap saat dalam diri anda dengan memantapkan penguasaan segala cabang ilmu ini dengan sedalam-dalamnya. Ayuh teman, masih belum terlambat. Jangan menjadi kelompok yang sia-sia usia dan masanya. Inilah masanya kita berpesta!

DAURAH SAIFIAH BERSAMA ULAMA' UNIVERSITI AL-AZHAR

TARIKH : 27 JUN 2009 HINGGA 18 OGOS 2009
MASA : 6.00PETANG HINGGA WAKTU MAGHRIB
HARI : SETIAP HARI KECUALI (KHAMIS DAN JUMAAT)
TEMPAT :ASRAMA DARUL AMAN 3,HAIYYU SABIEK,MADINAT NASR

TENAGA PENGAJAR
DR THOHAHUBAISY
DR BAKAR 'ASWAD
DR MUSTHOFA 'IMARAH
DR JAMAL FAROQ
DR ABDUS SALAM ATIQ

ANTARA BIDANG ILMU
AKIDAH
QADAYA FIQH MU'ASARAH
ULUM HADIS
MANTIQ
USUL FIQH

Pengajian-pengajian yang lain antaranya ialah :

1)SYEIKH MAHMUD SAID MAMDUH
KITAB :RIADHU ASSOLIHIN & FATHUL QORIB
HARI :MALAM JUMAAT

TEMPAT : ASRAMA DARUL AMAN 3, HAIYU SABI'.

2)MADRASAH IMAM SYAFIE

Tempat : Rumah Selangor, Haiyu 'Asyir.
HARI :SABTU-KHAMIS
MASA :7.00PAGI-9.00PAGI

3)UST NAZRUL

Hari : Setiap Sabtu

Masa : Selepas Maghrib (Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)

Tempat : Dewan Tasammuh wal Iqa', Asrama Darul Aman 3, Haitu Sabi',Nasr

City, Kaherah.

Kitab : Qaulul Tamr Fi Ahkam al-Makmun wa al-Imam



4)UST ZAMRI

Hari : Setiap Ahad

Masa: Selepas solat Maghrib( 8mlm-9.30mlm)

Tempat : Dewan Tasammuh wal Iqa', Asrama Darul Aman 3, Haitu Sabi',Nasr

City, Kaherah.

Kitab : Fathul Qorib


5)UST SALMAN(akan dimaklumkan kemudian oleh pihak yang berkenaan)
6)BABA ADNAN

Hari : Ahad dan khamis (bermula pada Ogos 2009)

Masa : 6.30 Pagi

Tempat : Rumah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kitab : ta'lim Muta'alim, Hidayatu salikin


7) Ustaz Helimy Arif

Pengajian Kitab Syamail Muhammadiah

Hari : Isnin dan selasa

Masa : 6.30 pagi

Tempat : Rumah WP. Kuala Lumpur, Haiyu Sabi'


8)Pengajian Bersama Sheikh Yusry

Tempat : Jabal Muqottom (Masjid di Kediaman Sheikh Yusry)

Masa : Selepas solat Jumaat

Kitab : 1-Syamail Muhammadiah

2- Al-Hikam Ibnu Atthoiyah

3-Al-Muwatto' Imam Malik


9) Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Zaki

Kitab : Matan Abi Syuja' (Fiqh)

Masa : selepas maghrib

Hari : Ahad dan Selasa

Tempat : Rumah WP. Kuala Lumpur, Haiyu Sabi'


10) Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussein Al-Jufri

Kitab : Fiqh Sirah

Masa : selepas maghrib

Hari : Isnin

Tempat : Rumah WP. Kuala Lumpur, Haiyu Sabi'

11) Ustaz Mohd Syauqi bin Ismail

Masa : Selepas maghrib

Hari : Rabu (bermula pada bulan ogos ini)

Kitab : Fiqh

Tempat : Rumah WP. Kuala Lumpur, Haiyu Sabi'


"Ilmu yang dikongkong iman, yang menghargai kehidupan sesudah kehidupan sekarang, itulah pangkal bahagia. Kalau tidak demikian rupa, walau setinggi mana timbunan kitab, apalah gunanya?"~HAMKA


"Gelanggang amal yang menentukan kemuncak ilmumu"~Kibrit Merah~

17 comments:

ISLAM IS THE WAY OF LIFE said...

salam ziarah.. hope NUR from AllAH surround you,
we must study untill the last breath..
-world news blog-

Tinta Qubnani said...

islam is the way of life,

syukran atas ziarah.

ilmu itu luas, jangan sampai tersesat di dalamnya. Pandai-pandai mencari arah, hati-hati memilih lalaun, agar selamat sampai ke matlamatnya..

.: D-Va :. said...

salam buat sahabatku :))
rindu hani juga!!! <3 <3

oh lupa,
selamat berpesta!

DEVOTEE said...

wsalam. sykran, slm ziarah jga... slm ta'aruf sma :)

Tinta Qubnani said...

.:Diva,
baik-baik ye di malaysia,jangan nakal2.doakan org kuat di sini=)syukran dtg jengah blog ni..

Devoteee,
salam taaruf, syukran atas ziarah=)

Dr. Alex said...

salam.
samat brpesta.. =P
doakan kami sahabat2 di iskandariah..
xm mula hari sbtu nih..

dgr khbr, k.banan n nasai smbung ke mesir jgk?

halawatul iman said...

salam..
penulisan ukht semakin mantap..
truskn usaha y mulia ini,.
erm, juz wanna know.. kt mesir amik cos pe?

Tinta Qubnani said...

Dr. Alex,
Moga beroleh kemudahan dan kejayaan oleh Allah untuk segala usaha dan pengabdian kepada-NYa. Insyaallah, bulan 9 ni sampai la shbt2 kita ni di bumi mesir. Doakan mereka dimudahkan urusan.

Halawatul iman,
Insyaallah ana sedang memikul amanah untuk pengajian perubatan. syukran atas ziarah.

Dr. Alex said...

inshaAllah.. moga Allah permudahkan segala urusan mereka.
nti makin sibuk skrg ni? semoga keberkatan masa sntiasa bersama dlm stiap perkara..

"pengalaman mengajar kita agar lebih berhati2 dalam mengorak langkah"

Farihin Asnur said...

Fuohhh, bdak2 dalam ni cam 'baik' je. hahaha. hahhh (lege), i've broken the ice. hahaha=p

miss u girl. he2 (dn't be mad. i noe u won't. haha)

Farihin Asnur said...

Salam sayang..ajar Faas arab skit boleh? nak belajar..=p

ukht - utk wanita blum b'kahwin?
ukhti - dah kahwin ke?
ustaz - panggilan utk semua saudara muslim ye?

bagaimana pula bahasa panggilan sesama kita? anta (kamu -lelaki), anti (kamu -perempuan), ana (saya). can we use ukhti, etc

I want to learn.

Then, certain terms..like 'munawwarah', 'tinta qubnani' n 'halawatul' =p=p What does dey mean my dear? Care 2 share?

p/s: Sorry if I turn ur blog into a forum. Really wanna know

Tinta Qubnani said...

Faas,

insyaallah x kisah pun kalau blog ni bertukar jadi pentas sekalipun, insyaallah selagi manfaat kite gunakan dgn sebaiknya.
hani ni pun bukanlah mahir dalam b arab ni. masih belajar. insyaallah, ni sikit-sikit kita belajar, lama-lama jadi bukit, hehehe.

ana=saya(penggunaannya untuk kedua-dua jantina lelaki dan perempuan)
ukhti= saudari /kakak/adik perempuan
akhi = saudara/abang/adik lelaki

~kebiasaannya penggunaan ukhti dan akhi ni untuk kita memuliakan orang yang dipanggil macam kita penggil saudara, saudari, encik, tuan, puan dlm bahasa melayu, namapak lebih sopan dan beradab=)

~sama juga macam panggilan ustaz. biasanya sinonim gelaran ustaz bagi mereka yang arif dan alim dalam ilmu agama. Tapi, penggunaan ustaz@ustazah juga digunakan untuk tujuan memuliakan org yang dipanggil juga. mcm yg diterangkan tadi.menurut orang dulu2@orang lama kat mesir ni, panggilan ustaz untuk lelaki(ikhwah) dan ustazah untuk perempuan(akhowat) juga adalah sebagai doa untuk mereka yang sedang memikul amanah dalam pengajian ISlam. Moga-moga mereka menjadi insan yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang dikejar di bumi anbiya ini.

Bukankah panggilan nama itu juga adalah doa? sebab tu kene pilih nama yang baik untuk anak2. selain itu, gelaran ustaz ustazah juga berperanan sebagai lampu amaran. Lampu amaran apa? Amaran bagi mereka yang dipanggil ustaz ustazah ini agar mereka sedar mereka sedang diberi mandat dan dipandang mulia oleh masyarakat.

secara automatiknya, mereka hendaklah menghindari diri daripada segala perkara yang keji, maksiat dan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan juga yang boleh mencemarkan status mereka sebagai ustaz dan ustazah. wallahualam.

p/s: i do miz u too,faas.
Faas pun kene ajar hani juga ilmu engineering. huhuhu=)

Tinta Qubnani said...

faas,

another things about ur questions:

halawatul@halawah itu maksudnya kemanisan. jd, halawatul iman itu ertinya kemanisan iman.

tinta qubnani tu pula (erm, nampaknya kena jelaskan juga identiti~hehehe)

~tinta = pena/ pen / qalam(bhs arab)
~qubnani = ni trade mark hak cipta terpelihara.
tidak boleh ditiru, diciplak dan sebagainya. Ni nama pena yang selalu hani gunakan untuk penulisan-penulisan hani. nama pena yang lain biasa digunakan, dian qubnani, qubnani, bintu ya'qub dan kibrit merah~wallahualam...

Tinta Qubnani said...

DR. AleX,

insyaallah, biiznillah. semuanya disandarkan kepada Allah. Hidup sebagai hamba memang selamanya sibuk. Sibuk mengurus dan menjalanakan segala amanah TUAN-nya..

Farihin Asnur said...

ha2. Tq2!^_^

Amat bermanfaat..akan cuba diaplikasikan dalam kehidupan harian=)

UmmuL SyabinaR said...

rajin mengaji ye adikku..jaga kesihatan awak juga..jgn jatuh sakit lagi..miss u.

Tinta Qubnani said...

ummul Syabinar,

syukran ya ukhti.Rindu ingin bertamu mata. baik2 ya di malaysia. Kuliah dah mula!Jom pi Kuliah!!!