Saturday, July 23, 2011

Menyapih Kezaliman, Memahat Kebenaran

Bismilahirrahmanirrahim

Bahang ujian musim peperiksaan bagi mahasiswa di Bumi Pasir ini baru sahaja menyapih. Baru sahaja mahu menarik nafas lega, tapi ada pula yang bertamu muka. Belum sempat melepas semput, bertandang pula ujian yang lebih besar. Lebih teruji, menambah pedih terik panas.

Nasib mahasiswa masih dihitung-hitung. Sang penguasa masih selesa bermahkota. Benarkah kuasa mereka mengatasi segalanya? Benarkah suara mereka mengoyak jiwa?

Mahasiswa bukan bola-bola. Boleh dilambung sesukanya. Boleh ditendang, dibaling sewenang-wenangnya. Tapi mereka manusia muda. Darahnya panas dengan semangat, mindanya segar, kudratnya teguh. Hati-hati, sejarah tidak pernah menipu. Anak-anak muda memang begitu. Mereka pemegang tombak-tombak yang gagah menghunus pada sejarah-sejarah dunia. Ada yang terkorban kerananya, tapi zaman juga semakin gemilang kerananya. Malah Islam cemerlang dengan anugerah keimanan pada jiwa muda.

Awaslah kamu!
Kita manusia,
masing-masing punya kuasa
masing-masing ada daya
masing-masing punya nama dan rupa

Tapi Awas kamu!
jangan lupa
semua itu kurniaanNya
DIA tahu mana yang tiada upaya
DIA tahu mana yang dirobek-robek daya

Kalau memang kamu manusia,
Pasti kamu tidak ingin berdurja,
maka jangan berani berbuat durja.

Kalau kamu memang manusia,
pasti kamu sang pencinta yang benar,
Maka beranilah menjadi benar dan memberi yang benar.

Kalau kamu fikir hidupmu sementara
pasti inderamu menyungkur pada yang Esa
bukan pada mereka yang gila Kuasa
Bukan juga pada mereka
yang rakus membaham habuan dunia
takutlah kamu pada HARI yang DIA
Saksikan padamu semuanya












No comments: