Monday, March 29, 2010

Tafakurlah

Bismillahirrahmanirrahim..

Amir Bin Abi Qais rahimahullah menyebutkan:

"Aku mendengar bukan satu kali, atau dua kali atau tiga kali daripada sahabat Nabi SAW yang mengatakan 'Sesungguhnya pelita atau cahaya keimanan itu ada pada Tafakur"


Abu Sulaiman Addarani menukilkan:

"Sekadar aku keluar dari rumah dan apa yang tertangkap oleh mataku, pasti aku melihat bahawa ada nikmat Allah SWT ke atasku dari apa yang aku lihat. Dari sana aku memetik suati pelajaran untukku"

(Tafsir Ibnu Katsir, 1/438)


Sekadar menyebut dibibir, sekadar melata di pandangan mata, sekata menampuk di rona hati, biar jiwa berbicara sama, biar iman meninggi bersama, biar air mata berlagu bersama. Indah ukuran alam buat insan yang mahu berfikir. Sempurna caturan Tuhan buat hamba yang mahu mengabdi. Tafakurlah sedetik. Biarlah hanya derap langkah yang berbahasa. Di situ ada kesan mendalam buat jiwa. Cacat cela insan itu hanya mainan yang menguji, mana mungkin mengatasi tingginya Tuhan. Sedang kita juga insan yang belajar untuk mengerti. Jangan lekas melatah. Jangan resah membilang semua yang menerjah. DIA tahu kamu sedang meniti cinta ke arahnya. Cuma sesekali ombak alam lekas memukul jiwa. Sabar dan tenanglah wahai jiwa-jiwa yang mencariNYA. Janjian pasti kunjung tiba.. Irhamna ya Allah..

1 comment:

-rabi'ah aminuddin- said...

salam..beah nie..maaf..xperasan..siapa ni,ye?