Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah bertamu lagi pada catatan kumal ini. Pencak saya baru istirehat sebentar tadi. Akan bersambung lagi. Belum tahu apa buahnya. Belum intai apa serangannya. Cumanya sudah tahu apa natijahnya. Pahlawan tetap pahlawan. Hidup ada juang. Mati nasib dibilang. Kamu tahu itu apa? Itulah erti orang berjuang. Natijah dihitung seawal langkah di medan. Baru tahu apa rentetan bacaan sang mata hati. Barangkali ada silap pada amatannya. Tapi bukan pada sandarannya. Kamu tahu apa sandarannya. Ya benar, Rabbul Jalil kamar sandarannya.
Terbias pada lembaran kenangan. Hening malam bersama ayahanda. Pulang dari destinasi infiniti menuju ke desa menanti. Melewati masjid tua usang yang kian dimamah usia. Serasa sepi hati melihat kelibat-kelibat si bongkok tua, si tua renta di anjung masjid. Menadah kitab kuning bersama sang guru. Sang Guru, si tua juga. Muridnya hanya bilangan jari sahaja. Mengapa hati sepi, sedang itulah sebaik amalan juga. Mata kecil ini lagi sepi melihat kelibat si muda perkasa, si belia sasa meruntun di birai-birai sunyi jalan di penghujung desa. Ya, sebetulnya di hadapan masjid juga. Ayahanda bagai mengerti. "Tahu itu apa?"
Pandangan jadi mati. Kalam jadi khali. Ya Allah, apa jawapan mahu diberi. Sedang pengamatanku amat kerdil sekali. Dunia yang ku impi bukan di sini. Tapi inilah realiti. "Itulah dia, mereka yang tiada hati" jawapan ayahanda merentap hati. Ya aku juga belia. Aku juga si muda. Masih sempit akal. Masih senteng budi. Malu pada si tua itu. Malu pada si bongkok itu. Usianya di mamah, tapi imannnya bertambah. Matanya kabur tapi ilmunya subur. Dia tua renta tapi bakti pada agamanya terkota. Ya Allah, kudrat ini kurniaannya. Mengapa dikhianati sesuka rasa. Wahai mata, bukalah seluasnya. Wahai minda tinggikanlah puncaknya. Wahai hati kuatkan juangnya.
Kalam ayahanda itu, ku kira ada sindirnya. Ada hemahnya. Tersadai harapan bersama. "Bila dewasa biar kamu punya cita." Lembut memandu sang anak. Ya, saya sudah tahu itu apa. CITA! Impian perlu dicipta. Agar ukiran di awangan tidak menyisir hilang tanpa panduan. Tapi menjadi realiti yang tertacap pada lembaran catatan di negeri abadi. Dan kamu bagaimana?

TAHU ITU APA?
pantun 3 kerat adinda kecil:
bangun pagi-pagi,
pandang tinggi-tinggi,
sebab cita-cita memang tinggi!
"kemuliaan itu kepunyaaan Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman..."
(Al-Munafiqun: 8)
*****Wallahu'alam*****

*Kepilan kecil:
Kata seorang teman, saya menunggu kamu.
Jawapan saya untuk kamu: Maaf, saya tidak tahu apa yang kamu tunggu.

No comments:
Post a Comment