Salam di sisi....
Di sisi alam
kau mulia
kerana di situ ada darjat yang membeda
Di sisi teman
engkau istimewa
kerana di situ ada yang mengisi sendu tawa
Di sisi kota
kamu insan memuncak
kerana di situ ada takhta yang memacak
Namun,
Di sisi Pencipta
kamu bukan apa-apa
Hanya cebisan
yang mungkin jadi sang pelengkap
yang mungkin jadi sampah sarap
yang bisa juga jadi sang biadab
Wahai sang pelengkap
wahai sampah sarap
wahai sang biadap
Permulaanmu hanya satu
Pengakhiranmu juga satu
Di sisi alam,
Di sisi teman,
Di sisi kota,
Hanya jejak,
Bukan impian
tujahlah langit ketentuan,
lihat sisi mana jadi idaman....
Di sisi alam
kau mulia
kerana di situ ada darjat yang membeda
Di sisi teman
engkau istimewa
kerana di situ ada yang mengisi sendu tawa
Di sisi kota
kamu insan memuncak
kerana di situ ada takhta yang memacak
Namun,
Di sisi Pencipta
kamu bukan apa-apa
Hanya cebisan
yang mungkin jadi sang pelengkap
yang mungkin jadi sampah sarap
yang bisa juga jadi sang biadab
Wahai sang pelengkap
wahai sampah sarap
wahai sang biadap
Permulaanmu hanya satu
Pengakhiranmu juga satu
Di sisi alam,
Di sisi teman,
Di sisi kota,
Hanya jejak,
Bukan impian
tujahlah langit ketentuan,
lihat sisi mana jadi idaman....
::.. Mereka Memandang Azab Itu Jauh(mustahil),
Sedang Kami Memandangnya Dekat(pasti terjadi) 70:6-7::...
Sedang Kami Memandangnya Dekat(pasti terjadi) 70:6-7::...
No comments:
Post a Comment