Bismillahirrahmanirrahim...
Hari baru! Tahun baru! Pasti semangat juga baru bukan? Bermulanya sinar mentari hari ini kita telah melangkah ke hari pertama tahun baru masihi dan yang paling penting hari ini kita telah pun mencecah separuh perjalanan Muharram yang mulia. Jika hari ini, sejarah pernah menyaksikan kelahiran Nabi Isa a.s ke bumi. Maka, hari ini juga bakal menjadi saksi kepada banyak lagi peristiwa yang barangkali bakal mencipta satu lagi sejarah agung dalam lembar coretan masa dunia. Dan mungkin anda adalah salah seorang yang bertuah untuk menjadi seorang yang bakal menzahirkannya.
Who fails to plan, he is plan to fail.
Sudah biasa dengan quote ini bukan? Dan sudah pasti anda ad
alah antara yang merancang. Tapi, pernah terfikir adakah anda perancang yang hebat dan perancangan anda juga adalah yang terhebat? Pastinya tidak! Anda bukan yang terhe
bat kerana Allah adalah perancang yang MAHA HEBAT. Tapi bukan itu bermakna anda tidak boleh melakukan yang terbaik.
Mahu yang terbaik bukan? Maka perancangan juga perlulah terbaik. Kalau perkhidmatan telefon mudah alih memperkenalkan khidmat MMS sebagai agen yang sedikit canggih daripada khidmat SMS. Saya pula mahu perkenalkan teori MMS. Biarlah MMS mungkin sudah agak kolot dan jauh ketinggalan berbanding GPRS atau entah apa-apa lagi teknologi yang kian deras mengalir. Tapi MMS saya adalah untuk sistem perancangan hidup yang bagi saya cukup penting bahkn nadi kepada detik-detik hidup yang bakal dilalui. Tahu apa itu MMS? MAMPU, MAHU dan SEMPAT!
Ya. Inilah teori yang mahu saya ketengahkan dan mahu mengajak diri saya dan kalian menzahirkannya dalam rutin seharian. Seorang perancang yang baik adalah seorang peramal masa depan yang baik. Setuju? Terpulang kepada anda untuk menilai tetapi, apa yang mahu diketengahkan adalah menjadi satu kewajipan untuk memastikan apa yang dirancang itu mampu dilaksanakan, anda perlu mengukur dengan kesesuaian dan kemampuan kudrat dan ruang masa yang ada. Inilah yang dikatakan ‘mampu’. Anda punya masa, ruang, tenaga dan peluang untuk melaksanakan perancangan anda. Dengan ini, perancangan anda bukanlah bersifat idealistik semata-mata tapi adalah sesuatu yang realistik untuk dilaksanakan!
Tidak cukup sekadar mampu, anda juga perlu ada kemahuan yang tinggi untuk memastikan kejituan perancangan anda dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan. Bukankah satu kerugian dan satu kesia-siaan jika anda memiliki peluang, ruang dan kudrat untuk bekerja, tapi malangnya anda tidak punya motivasi kemahuan dan kehendak yang tinggi untuk melaksanakan apa yang telah anda susah payah rancangkan. Semoga anda dan saya tidak tergolong dalam golongan yang malang ini.
Seperti yang disebutkan awal tadi, perancangan mestilah bersifat mampu. Tambahan pada nilai kemampuan adalah ‘sempat’. Nilai dan ukur adakah deretan rancangan yang timbul di benak mahupun tertulis pada paparan jadual perancangan anda, sempat untuk anda lakukan. Oleh itu, susunlah aktiviti anda bersesuaian dengan ruang masa. Hal ini dapat mengelakkan anda mengalami kekecewaan lantaran gagal memenuhi kehendak perancangan anda. Selain itu, anda juga harus mempersiapkan perancangan anda segala ‘campur tangan’ asing yang bakal mengganggu gugat perancangan anda. Disebabkn faktor ini juga ‘sempat’ digariskan sebagai kriteria penting untuk setiap perancangan. Anda mestilah sempat untuk menangani ‘gangguan’ ini sekaligus melaksanakan perancangan anda dengan mematuhi jalur masa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam perancangan anda. Seperkara lagi yang penting adalah muhasabah dan strategi haruslah disusun semula setelah sesuatu perancangan itu dilaksanakan. Melalui metod ini, kualiti sesuatu perancangan dan aktiviti itu dapat ditimbang tara. Satu quote pernah menyebut.
“follow up and evolusion are two things that cannot be separated but if both are continuosly done, then they will make the planner is on the top of succes”
Sekadar ini yang dapat dikongsi pada kali ini. Semoga beroleh manfaat daripadanya. Ayuh jayakan teori MMS ini!
No comments:
Post a Comment