Friday, September 10, 2010

Gema Lembayung Syawal

Bismillahirrahmanirrahim::.

Ku titipkan pada embun subuh
Fajar kemenangan menerpa
Panji kesyukuran ku kibar ke angkasa
Biar Manis Ramadhan ku tangisi
Namun Redup Syawal
mententeramkan sukma
padanya ada lembayung yang menabir
Lembayung kesaksian
Lembayung kesyukuran

Moga lembayung ini
bukan lembayung yang menabir
Tapi hijab yang menyingkir
memberi ruang untuk tidak kikir
pada nikmat dan kudrat yang secangkir
tidak juga menjadi ruang untuk mungkir
pada Dia Sang Pentadbir

Wahai Yang Menyaksikan
Wahai Yang Merealisasikan
Ku Binakan harapan
Ku pasakkan keyakinan

Takbir itu yang memerdekakan
Segala mehnah yang memerangkap
Gema itu yang meruntuhkan
segala lelah yang meranap

Allahuakbar!
Allahuakbar!

Abou Rish
3 Syawal 1431
Hening Penghujung Usia


1 comment:

ainaa nabilah:) said...

salam..
akk.hepi eid mubarak..
maaf zahir batin..
10 jari ni t'susun rapi nk minta maaf dgn akk..
hope dimaafkn...
all da best in ur lyfe..
break both legs..
ble blk egypt??
tkcr..
syg akk..
salam