Sunday, September 5, 2010

Demi Perkasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Kian deras masa mengalir
Terjunannya melangkau dunia-demi dunia.
Semakin banyak pula catatan semalam ditimbun.
Menimbunkan catatan semalam ke sisi kenangan bukan bererti menyahkan dari pedoman,tapi sebagai komentar pada ingatan bahawa itu gurumu yang setia tiada kenal erti berpaling tadah.

Hanya dirimu yang mampu mengukur, jeram mana lagi yang bakal ditempuh.
Rasa sendiri keras ketukan di dada-dada batuan yang menanti di jurang-jurang jeram.
Hitung sendiri selembut mana, sapaan bayu yang menyinggah menonton layar ceriteramu di layar belantara itu.
Percayalah, bukan kudrat kita menghitung nasib muka,
tapi memang tugas kita melakar di kanvas cita-cita.
Kelelahan semalam dan hari ini bukan bermakna dirimu undur dari terus melakar.
Cuma, menanti masa untuk bingkas demi lukisan yang lebih perkasa.


Abou Rish,
dhuha 26 Ramadhan 1431


3 comments:

PakarNiqabMurah said...

salam..
akk,
epi b'day..
tue sudah.
20 itu manis..
may ALLAH bless u always..
sori x de hadiah juz doa je..
all da best in ur lyfe..
syg akk slalu :)

musafirtibbi said...

like :)

qubnani said...

ainaa nabilah,
jazakillahukhairan jazak ya ukhti atas ingtan. alhamdulillah masih bernafas d bumi Allah. mg stiap derap langkah yg diorak sentiasa dlm perhatian dan Lindungan Allah SWT.

Farid Nazmi,
Terima kasih atas kunjungan ke lembaran catatan dhoif ini. mg beroleh secebis manfaat drpdnya.