Tuesday, June 1, 2010

Berteman Itu Qudwah Buat Yang Solo

Usai menduduki peperiksaan, giat kaki menapak bersama teman sekuliah ke kompleks kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Haiyu Asyir. Kali ini bukan untuk ke kelas pengajian sebagaimana biasa, tapi memenuhi undangan walimah. Teman seusia sudah ke gerbang baru kehidupan. Alhamdulillah, terbina lagi sebuah masjid walau di kala sedang dalam pencak peperiksaan. Menitis air mata sayu dan kesyukuran para sahabat di samping teman raja sehari.

Tersandar bersama titisan jernih itu adalah doa dan harapan. Doa agar pasangan pejuang itu terus menjadi armada-armada hebat yang berjuang di tengah lautan masyarakat. Membawa risalah. Terus Tsabat, tiada lelah, tidak gugah jauh sekali mendiamkan diri di sebalik mahligai yang baru dibina. Amin.Harapan agar merekalah yang menjadi qudwah. Ya, qudwah buat yang solo atau kata biasanya yang bujang seorang. Bagaimana mutazawwijin menjadi qudwah? Banyak sekali metodologinya. Bahkan variasi pula pilihannya. Perkahwinan ketika masih belajar mengejar segulung ijazah terutamanya ketika di usia yang masih muda bukan semudah yang dijangka. Maka hebatlah mereka yang menepuhnya seawal usia dan ketika saat-saat runcing bergelar mahasiswa. Perisapan yang ampuh dan teliti bakal membatasi ruang-ruang untuk tergelincir lemah tidak kira di sudut pengurusan kendiri mahupun ruangan memberi dan menabur kudrat pada keperluan umat. Jika begitu, bagimana?

Sekadar menyenarai beberapa perkara untuk diamati.

  • Susunan masa yang efektif dan bersistematikBergelar suami/steri sudah terbeban di pundak yang memang maklum beratnya. Ditambah lagi status mahsiswa yang sediakala dipikul. Maka pasangan tersebut harus bijak merancang dan mengumpulkan kekuatan kebersamaan dalam menghasilkan tuaian-tuaian harian sebagai mahasiswa dan pengisi tuntutan keluarga muslim yang cemerlang. Masa untuk belajar dan mengulangkaji dan masa menguruskan rumah tangga sehari-hari serta perlu diseimbangkan dengan sebaik-baik cara.
  • Pasangan sebagai mentor dan pemantau kecemerlangan. Manfaatkan kelebihan pasangan masing-masing dalam membina dan mengekalkan kecemerlangan akademik. Menjadi pembekal semangat, menjadi penuntut ketika capit dan menjadi pecutan untuk larian kejayaan.
  • Mutazawwijin sebagai rujukan. Medan perkahwinan tidak sekadar membuka peluang meneroka ribuan manfaat untuk pasangan itu sendiri bahkan, manfaat kepada komuniti di luar cakupan kehidupan pasangan itu sendiri perlu ditimbang tara. Berada di rantauan, jauh daripada ibu dan bapa menjadikan pasangan berkahwin antara tempat rujukan dan tumpangan kasih kedua selepas ibu bapa buat teman-teman seperjuangan. Maka, para mutazawwijin perlu bersedia mempersiapkan diri dengan kemantapan akhlak dan horizon pemikiran yang mencakupi kepelbagaian tuntutan Islam. Moga pasangan berkahwin itulah tempat merungkai beberapa permasalahan dan kekeliruan. Bukankah telah sempurna sebahagian agama bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga.
  • Kebersediaan menginfakkan keseluruhan hidup Perkahwinan bukan halangan tetapi gear tambahan dalam dakwah dan tarbiyah. Teori yang selalu dan telah pun ditanam dalam semua minda yang miliki kesedaran untuk menyuburkan Islam di jiwanya dan bumi di sekitarnya. Jadikan teratak anda tempat terbaik untuk menyemai benih-benih didikan Islamiyah. Medan terbaik untuk merangka semua gerak kerja menyampaikan risalah buat Ummah.
Sesungguhnya mereka yang telah berteman itu sepatutnya menjadi qudwah yang terbaik buat yang masih solo. Inspirasi menyusun batu bata kehidupan, membina empayar kecemerlangan. Moga masjid yang didirikan penuh dengan kemakmuran dan keberkatan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

p/s :
Menulis kali ini memerlukan ruangan pemikiran yang melangkau realiti dan pengalaman sebuah kehidupan. Ya, saya tiada pengalaman. Tapi, saya punya pancaindera untuk menggantikan ruang lingkup yang belum terisi dan yang ketikanya belum kunjung tiba. Cubaan untuk mengupas ruangan yang kurang keterbukaannya, memberi pencerahan pada sudut yang kurang terang pancarannya. Pendeknya mengukur kemampuan dan kematangan diri. Harapannya jari yang menulis ini tiada lelah, semangat yang ada ini tiada yang membatasi kemaraannya, akal ini tidak mati, terus hidup menilai dan menghitung ketetapan Allah dalam setiap kejadian. Belajar itu memerlukan semua yang mencabar kemampuan. Wallahu3alam


Khabar dari tanah air: gambar Adinda Syifa' Lutfiah yang terkini




Putera dan puteri (Ahmad dan Sumayyah) Ummi Dayang Aini dan Ustaz Engku

Nota tidak berkaki:
1. Kisah pertama tentang pasangan yang berkahwin ketika tempoh belajar yang menebus ruangan telinga ketika mula menginjak dewasa ialah ibu saudara saya sendiri. Pasangan Cik Kiah dan Pak Cik Syauqi melangsungkan perkahwinan di Mesir sekitar tahun 1997. Pasangan yang memiliki 2 putera ini adalah penuntut Al-Azhar As-Syariff, bumi yang sedang saya pijak tanahnya.Pak Cik Syauqi kini sedang berkhidmat sebagai Pengetua di Maktab Mahmud Pendang, ceruk desa yang menenangkan.

2. Mutazawwijin pertama yang saya temui di bumi anbiya ini adalah Akhi Syazwan dan Ukhti Asma, senior PERUBATAN dari Universiti Ain Shams dan keduanya-duanya berasal daripada Negeri Jelapang Padi. Merupakan pasangan yang banyak membantu meniupkan semangat di perantauan. Ukhti Asma telah menyambung khidmat baktinya di tanah air bersama seorang puteri.Akhi Syazwan adalah Penasihat PERUBATAN sesi 2010/2011 merangkap Unit Bait Muslim PERUBATAN.

3. Ummi dan abah yang pertama di Mesir untuk saya dan teman-teman ialah Ustazah Dayang Aini dan Ustaz Engku. Perkahwinan yang menemukan dua daratan, Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah. Ummi dan abah adalah 'Super Senior' di sini. Teratak merekalah tempat bertamu merungkai masalah, mencari ilham, mencungkil pendapat dan pemikiran. Ustaz Engku adalah pemilik Darul Qur'an atau dahulunya dikenali sebagai Ma'had Iqra di Mesir,salah satu institusi yang menyediakan khidmat belajar Al-quran (tahsin dan hafazan), Bahasa Arab, Khat dan lain-lain yang menyediakan tenaga pengajar daripada Sheikh dan sheykhah yang hebat Ilmunya. Satu perkara yang pernah buat saya kagum adalah, kalau letakkan putera puteri mereka di balik tabir, anda tidak akan tahu mereka ialah orang melayu. Lenggok Bahasa Arab 'Ammi macam scan dokumen. Tak ubah sikit pun! Akhlak putera puteri Ummi Abah subhanallah, sejuk mata memandang.



Keluarga Pak Cik Syauqi

4. Walimah pertama senior PERUBATAN yang saya hadiri di sini adalah pasangan Ukhti Naiemah dan Akhi Israq. Kedua-duanya figur hebat dalam kepimpinan dan akademik. Subhanallah. Ukhti Naiemah adalah Penasihat PERUBATAN sesi 2010/2011 merangkap Timbalan Pengerusi JAKSI PERUBATAN. Akhi Israq sedang menyambung khidmat baktinya di tanah air.

*Alhamdulillah, mereka antara mutazawwijin yang berjaya menjadi qudwah orang-orang bujang di sini. Moga bagi yang bakal mengikut jejak mereka dipermudahkan juga dalam membentuk keluarga yang dipenuhi qudwah dan uswatun hasanah. Amiin...

3 comments:

Siti Khadijah said...

salam ziarah ke blog hani..
[byk kali ziarah dah ni, baru nak tgal jejak..:D]
cuma nak komen, COMEL POST AWAK KALI NI..:)

Rahadatul'aisy said...

Salam,syukran atas pos kali ni...doakan semoga sahabat kita tu dapat menjalankan tanggungjawabnya isteri dan suami dengan baik dan dikurniakan anak2 y soleh dan solehah ...insyaAllah..mmg post nti kali ni agak COMEL..

Tinta Qubnani said...

wslm

~teman berdua CT dan Rahdatul'aisy~

saya kurang arif di mana comelnya.huhu..mungkin kerana kanak-kanak ribena di atat. huhu..sekadar berpesan, kamu-kamu sabar dulu ya, bersabar dan siap siagakan persiapan...=)