.::Bismillahirrahmnirrahim::..
Salam Imtihan.
Salam Imtihan.
Sebetulnya, waktu sedang meruncing sekarang. Tapi layaran saya menelusuri mega maya sejenak selepas menghadapi timbunan buku-buku, membawa saya menatap catatan dan peringatan penting ini. Sekurang-kurangnya, peringatan ini sudah cukup untuk buatkan saya kecut perut. Walau bukan di bidang Pengajian Islam. Tapi, 'title' azhariah telah dan sedang ditanggung. Mahu tidak mahu, saya wajib memikul, meneruskan perjalanan yang memang sedari awal saya yang pilih. Tiada lain. Teruskan! Hanya itu kalam yang mampu diluncurkan. Rabbi yassir Wa la Tu'assir. Saya catatkan di sini, agar saya dan sahabat-sahabat Azhari-azhariah segar dan tidak lupa. Ini amanah kita. Umat menanti untuk dibimbing. Mizan menanti untuk menghitung dan persoalan Tuhan sedang menanti untuk ditanggung.
Moga kita tidak lupa dan leka!
Moga kita tidak lupa dan leka!
Syaikhuna al-Allamah al-Muhaddis Usamah al-Sayyid Mahmud al-Azhari hafizahullahmengatakan berdasarkan pemerhatian dan penelitian  beliau sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran di al-Azhar  al-Syariff, beliau dapat simpulkan bahawa ciri-ciri utama bagi pembinaan  jati diri seorang Azhari adalah terbina daripada 8 ciri serta manhaj  utama:
1.    Bersambung  Sanad ( silsilah ) pengambilan ilmu sama ada secara riwayah, dirayah  serta tazkiyah. Ini akan diperolehi bilamana seseorang tersebut  bertalaqqi ilmu serta bersahabat dengan para ulama di Bumi al-Azhar ini.  Ini perlulah dilakukan dalam tempoh masa yang lama bagi memperolehi  keahlian serta kefahaman yang jelas tentang ilmu sebenar di dalam Islam.  Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu itu diperolehi dengan cara bertalaqqi  dengan para ulama bukan sekadar membaca tanpa guru.
2.    Mengambil perhatian di dalam  menguasai ilmu-ilmu asas bagi mempelajari serta memahami al-Quran dan  al-Sunnah seperti ilmu Nahwu, Sarf, Balaghah, al-Ishtiqaq, Usul Fiqh,  Ulum al-Hadis, Ulum al-Quran dan lain-lain.
3.    Mengetahui secara menyeluruh serta  jelas tentang Maqasid al-Syariah ( Prinsip-Prinsip di dalam Syariat).  Pengetahuan secara mendalam terhadap Maqasid Syariah menyebabkan  seseorang tersebut akan dapat membezakan perkara usul dan cabang di  dalam agama. Maka ini akan menyebabkan seorang Azhari tersebut tidak  akan cepat menghukum sewenang-wenangnya serta akan berlembut dengan  golongan yang Jahil serta memberikan tunjuk ajar sebaiknya kepada  mereka.
4.     Meletakkan ayat al-Quran pada tempat yang sepatutnya. Ini jelas  menunjukkan bahawa manhaj al-Azhar berbeza dengan manhaj sesetengah  pihak yang terkadang meletakkan ayat yang diturunkan kepada orang-orang  kafir kepada golongan Muslimin. Bilamana perkara sebegini berlaku maka  secara tidak langsung akan wujud perpecahan serta buruk sangka kepada  muslim yang lain.
5.     Membesarkan kedudukan Umat Baginda sallallahu alaihi wasallam.  Bilamana seorang Azhari tersebut mengetahui akan kedudukan serta  kemuliaan Umat Baginda sallallahu alaihi wasallam, maka secara tidak  langsung akan hilanglah perasaan ingin menuduh fasiq kepada umat Islam  yang lain, menghukum kafir, ahli Bid’ah serta lain-lain hanya kerana  melakukan perkara yang bagi fikiran mereka(yang tidak bermanhaj seperti  Azhari) adalah merupakan Syirik Terbesar seperti Bertawassul dan  lain-lain. Sedangkan hakikat sebenarnya adalah bertentangan dengan apa  yang mereka fikirkan.
6.    Meletakkan bahawa perkara paling utama adalah menyampaikan  hidayah Islam kepada seluruh alam.
7.    Mempunyai ciri-ciri lengkap di dalam pembentukan  ilmu  iaitu dengan 1) berpandukan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan  al-Qiyas, 2) mempunyai manhaj ilmu yang muktamad serta mempunyai kaedah  yang jelas bagi memahami sesuatu nas tersebut,   3) mempunyai kemampuan  serta anugerah daripada Allah taala bagi mendalami  ilmu tersebut. Ini  jelas menunjukkan bahawa manhaj al-Azhar berbeza dengan manhaj yang lain  . Jika tidak punya kaedah yang jelas di dalam pembentukan ilmu maka  akan lahirlah kelompok yang hanya mengetahui istilah dalil  tetapi tidak  mengetahui apakah cara untuk mengeluarkannya , mengumpul serta meneliti  dalil satu persatu berdasarkan keahlian seseorang tersebut di dalam  bidang ilmu tersebut.
8.    Sentiasa mengambil faedah daripada Turath Ummah (Tinggalan  umat Islam terdahulu seperti kitab-kitab karya mereka serta apa sahaja  yang memberikan faedah dan manfaat), menyedari akan kedudukan serta  keagungan tinggalan umat Islam silam serta mengetahui cara bagaimana  mengambil segala faedah daripadanya . (catatan asal: Ustaz Nazrul Nasir)
Moga Allah SWT memberi kekuatan dan menetapkan langkah kita di medan ini. Wallahu3alam.
Moga Allah SWT memberi kekuatan dan menetapkan langkah kita di medan ini. Wallahu3alam.
 
 
2 comments:
salam alaik buat sahabat tercinta..hani....jannah ada sesuatu nak bincg dgn hani..boleh tak hani bg YM pd jannah? jannah tak tahu macam mana nak contact hani kat sana...herm bila2 hani free kita on9..boleh?syukran jazillan..:)
wslm..
subhanallah, bertamu rupanya jannah di sini. jannah, ni YM hani, jannah_qubnani@yahoo.com.my.
mmg tertunggu2 berita daripada jannah. klu hani x on9 tinggal offline msg ye or send email via da same address. I'm waiting for U. miss u much my dear sis.
Post a Comment