Monday, March 30, 2009

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, ku mulakan gerakan jari jemari ku dan segala daya ilham serta kudratku untuk pengabdianku padaNya. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga buat Al-Khaliq memberi ruang untuk diri ini menatap lensa cahaya kerdil ini, di kesyahduan dinihari tatkala insan lain enak diulit mimpi untukku menitipkan setitis usaha untuk meredah denai ketaatan dan penghambaan pada Rabbul Izzati.... muqaddimah derap langkah di medan perjuangan kerdil diri ini demi mencari cinta dan redhaNya. moga coretan-coretan dhoif ini menjadi iftitah segala pintu-pintu yang menghijab antara ku dan Dia...

2 comments:

Ikhwan Zhaki said...

Tahniah dah ada blog. Banyak manfaat yang boleh dijana dengan kemudahan blog ni. Moga ALLAH sentiasa memayungi anda dengan rahmat dan nusrah-Nya.

Tinta Qubnani said...

Syukran kathir. Moga segalanya dipandu redha dan rahmat Allah.