Telah Memadai bagiku Ilmu Tuhanku,
Daripada Permohonan dan Pilihan,
Maka doaku dengan rendah diri,
menjadi saksi atas kefakiranku,
kerana RAHSIA inilah aku berdoa,
Sama ada dalam susah atau payah,
Aku adalah HAMBA yang suka BERMEGAH,
Padahal sentiasa berhajatkan pada Mu Ya Allah,
Wahai Tuhanku dan Pemilikku,
Engkau mengetahui betapa hal keadaanku,
dan mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku,
daripada kesusahanku dan kemusykilanku.
Maka selamatkanlah aku dengan rahmatMu,
Wahai Tuhan Penguasa Sekalian Alam,
Wahai Tuhan yang pemurah,
bantulah aku,
Sebelum binasa habis kesabaranku,
Wahai Tuhan yang sentiasa mengurniakan pertolongan,
dan datangkan apa yang diharapkan ku..
1 comment:
assalam..
akk,,slmt hr ry aidiladha
akk,,adk wakil bacth eldaterra 0711 nk mntak ampun,mntak maaf klau ada terslh kt,t'ksr bhs dgn akk especially tyme kitaorg f1 dlu..pnt akk as pres badai bimbing kitaorg tyme tu..thnx a lot..doakn kjyaan kmi semua..moga2 hrpn ckgu thn ni dpt kmi tunaikn sme dgn tyme pmr dlu..insyaAllah...tkcr..uhibbukifillah ya ukhti <3
Post a Comment