Bismillahirrahmanirrahim
"Cikgu tu tak tegas langsung!"
"Kenapa adik cakap macam tu?"
" Ya la, bila kawan-kawan main pemadam cikgu rampas tapi bagi balik! Baik tak payah rampas. Orang suruh bagi
kat cikgu disiplin."
"Itu saja?"
"Ada lagi. Cikgu bagi latihan sikit. Macammana adik nak pandai!"
Hana (kanan) yang sentiasa ada modal dalam kalam.
Natijahnya~Hana nak masuk Dai' Kecil =)
Berkikih-kikih ketawa melayan adik Hana mengomel di hujung corong telefon. Rutin wajib bila menghubungi keluarga, pasti adik menuntut gagang telefon. Ada sahaja isunya. Kali ini, isu guru ganti di kelasnya. Kanak-kanak 9 tahun ini mahu guru gantinya itu, beri latihan yang banyak sebagaimana guru lamanya. Dia mahu gurunya melaksanakan peraturan yang sekolah tetapkan ke atas murid-murid sepertimana guru lamanya lakukan.
Baginya itu tanda ketegasan. Atau kata nama lainnya itu tanda kredibiliti. Kredibiliti gurunya mendidik murid. Kalau gurunya tidak laksanakan, baginya gurunya GAGAL! Tidak tegas, tiada kredibiliti dan natijahnya murid gagal!
Hajat adik mahu rasai sentuhan pendidik yang peka. Peka dengan keperluan muridnya. Bukan sekadar masuk kelas mengisi masa kerja. Hajat adik mahu gurunya sensitif. Sensitif dengan nilai ruhiy bukan sekadar amal fizikal. Hajat adik tidak mahu gurunya ambil ringan. Tidak ambil ringan pandangan hati dan minda mereka. Kecil, jangan sangka pencil. Rendah jangan sangka remeh.
Bukankah merekalah yang paling merdeka jiwanya. Masih suci. Semuanya jujur dari hati. BERSIH sentiasa. Mahu melihat dan mendapat sesuatu yang TELUS. Jujurnya, mahu yang BERSIH.
Sepatutnya orang dewasa perlu lebih-lebih BERSIH lagi. Ilmu sudah menjulang. Dunia sudah tidak cukup tanah dijejak. Manusia sudah cacamerba diketemu. Sudah tahu mana buruk mana cacat. Sudah tahu tolak,tarik, pangkah, pilih. Mengapa tidak jadi lebih BERSIH?
Kalau hajat adik saya kecil itu BERSIH, sepatutnya si dewasa di luar sana yang lebih panjang minda akal dari adik saya yang kecil ini juga perlu jadi BERSIH dan menuntut BERSIH. Maknai apa itu BERSIH. Pasti ruang minda dan hati juga menuntut BERSIH!
Bukahkah Tuhan sudah menyeru kepada keBERSIHan??
"sungguh beruntung orang yang menyucikan (memBERSIHkan) [jiwa itu], dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." Asshams: 9-10
BERSIH 2.0!!
2 comments:
HAHA. comel nya adik2 kak hani :) k.hani ingat sy lagi tak?
syafiqah fuad,
thanks, jenguk blog akak!
insyaallah, rase ingt lg awak. Tp, muka awak mcm dh totaly different dr zaman kanak2 dulu=)
awk kt mne skrg?
Post a Comment