imtihan,
bukan dinama kerana suka,
bukan juga kerana benci,
namun, kerana sifatnya yang hakiki
menguji kadar keutuhan hati,
meraih rasa kemampuan diri,
agar menjadi penilai yang punya jati diri,
menjadi pemangkin yang miliki wibawa diri..
Ya rabbul Jalil,
fatrah ini adalah penentuan,
jangan biar hanyut dalam leka,
namun, biar jadi medan
juang dan taqarrub pada Mu..
Allahummaj'alna min najihin...
Wednesday, April 29, 2009
Sunday, April 5, 2009
Bicara
Mungkin bicara hati hanya berlagu sepi
Mungkin juga bias pandangan mata
Hanya terpancar sendu
Sisipan Ilham menyentuh kalbu
Kembali tegar berbicara pada sukma
Bahawa ku masih miliki kasih Ilahi
Kalam Ilahi menyemarak dalam diri
Menarik ku kembali ke pangkuan Yang Hakiki
Santapan akal mencari rahsia Al-Muhaimin
Untuk mengejar kalbu Salim
Untuk mengecap hidup Sakinah
Agar nokhtahnya menjadi insan Kamil..
Hayyu zuhur,Kaherah
1904
26 Muharram 1430H
220109
Subscribe to:
Posts (Atom)