Tuesday, June 23, 2009

Renungan Seketika

Assalamualaikum wbt buat semua sahabat yang dimuliakan...

Kesibukan saya makin meruncing sejak akhir-akhir ini. Tetapi tidak boleh ditahan kemahuan ini. Mahu juga saya berkongsi sesuatu dengan kalian. Biarlah hanya secebis rasa, tapi moga-moga hadirnya bakal membangkitkan semula semangat kita yang kadang-kadang lelah menghadapi perjalanan dunia yang penuh dengan onak yang tidak terduga ini.

Kata HAMKA:

"Empat saat yang selalu di awasi oleh orang yang berakal. Biar lengah dari yang lain, tetapi tidak lalai daripada menjaga yang empat saat itu.

  1. saat untuk menyembahkan hajatnya kepada Tuhannya
  2. saat untuk menilik dirinya
  3. saat untuk membukakan rahsia diri kepada sahabatnya yang setia, menyatakan aib-aib dan celanya supaya dapat dinasihati dan ditunjukkan oleh teman setianya itu secara terus terang
  4. saat bersunyi-sunyi diri, duduk bersoal jawab dengan dirinya, menanyakan mana halal dan yang indah, mana yang jahat dan mana yang baik
Maka saat yang keempat adalah saat yang paling penting antara keempat-empat saat itu. Kerana jiwa dan hati mesti satu saat wajib diistirehatkan. "

Renunglah dengan hematmu yang terbaik. Moga beroleh hikmah yang baik daripadanya.
Sehingga bertemu lagi.

6 comments:

Harithmkt90 said...

Salam ziarah dari bumi malaysia..satu perkongsian..." kalau tidak kerana pemuda yang tetap teguh hatinya dan binatang yang melata,orang2 tua yang melutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. KAmu tidak akan diberi rezki dan tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat dalam kalangan kamu" (riwayat bukhari)

Tinta Qubnani said...

salam hormat. Syukran atas ziarah dan perkongsian. Moga dalam naungan dan panduan Allah SWT selalu. Moga terus teguh bersama saf pimpinan dan sahabat sekarang. Harap tidak jemu berkongsi dan memberi tunjuk ajar. Syukran..

Anonymous said...

Tinta Qubnani,
Insan yang sibuk adalah insan yang bijak menguruskan masa. Salam ziarah dan ukhuwah.

Tinta Qubnani said...

ibnuahmadalkurauwi,
syukran atas ziarah ke teratak yang tidak seberapa ini. Harap dapat tujuk ajar dan bimbingan daripada ibnuahmadalkurawi dalam arena penulisan ini. Syukran sekali lagi dan salam hormat daripada saya.

AJ said...

Salam ziarah buat shbtku di kjauhn..ape kbr??rndu hani..doakn kami di sini..doakn krja2 dkwh kmi sntiase brjln wlau bnyk mehnah n tribulasi..doakn kjayaan kmi d mlaysia..salam syg utk hani dr Malaysia..wallahualam..

Tinta Qubnani said...

insandambakasihilahi,
salam. Ya Allah, rindu di hati ini pada sahabat2 hanya Allah yg tahu. Doa ana sentiasa mengiringi kalian. biar berbeza bumi di pijak, namun tetap sama lembayung perjuangan kita. insyaallah, jika tidak bertemu di dunia, doakn bertemu di gerbang Jannah-Nya...Uhibbukumfillah..