Tuesday, June 9, 2009

Bulan Bukan Tunggul

Mungkin anda bingung melihat tajuk catatan ini. tidak mengapa lihat dahulu apa yang mahu dicoretkan di sini. Jangan campur adukkan emosi dan nafsu serakah. gunakan nikmat akal dan iman untuk menilai segalanya.

Bahang muktamar Parti Islam Semalaysia masih hangat te
rasa walaupun baru sahaja bertangguh sidang pada 7 Jun yang lalu. Tertangguhnya sidang kali ini mencatatkan lagi beberapa tanda baru untuk parti ini dan pastinya secara tidak langsung menjadi kayu ukur kepada pemanduan parti ini bagi Malaysia. Kemenangan besar pada pilihanraya lalu telah memberi satu lagi indikasi bahawa Malaysia dan penduduknya mahu mencorakkan sesuatu yang baru pada lembaran sejarah pembinaan negara yang tercinta ini. Terangnya yang dapat dilihat, PAS memikul beban yang cukup berat untuk memikul harapan dan amanah rakyat. Muktamar pada kali ini menampakkan PAS dan pendokongnya semakin matang menghadapi realiti masyarakat Malaysia. Apa kaitannya tajuk catatan saya dengannya? BULAN BUKAN TUNGGUL. Perlu kita belajar untuk mengerti setiap realiti.

"PAS terus mara berjuang sejak beberapa dekad dan kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Kita terus beriman dan beristiqamah dengan aqidah dan ciri-ciri parti Islam yang ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Di atas asas inilah PAS ditubuhkan oleh para alim ulama dan cendekiawan Islam lebih setengah abad yang lalu"

Kata-kata Tuan Guru Haji Hadi(TGHH) dalam Ucapan Dasar beliau pada muktamar yang lalu ini perlu direnung baik-baik oleh semua pendokong dan pemerhati arena politik negara. Untuk para pendokong,perlu diingat inilah yang perlu disemat baik-baik. Bahawa PAS diwujudkan bukan kerana perjuangan nama, bukan kerana perjuangan melayu semata dan bukan juga kerana mahu mengaut keuntungan dunia semata, tapi kerana amanah untuk membawa semua rakyat untuk kembali kepada fitrah. Fitrah sebagai manusia yang diciptakan untuk mengabdikan pada TUHANNYA.

"Al-Ulama' warasatul anbiya'~ulama' adalah pewaris para NABI"

Tidak dapat tidak peranan PAS dalam pembentukan pentadbiran negara dan bangsa di Malaysia tidak dapat dinafikan. PAS telah menjadi antara canting-canting yang mencorak helaian realiti Malaysia. Dengan itu, selamanya PAS tidak boleh menjadi tunggul atau hiasan semata dalam arena politik, sosial, ekonomi dan semuanya yang termasuk dalam teras kemajuan tamadun manusia. Para pemimpin PAS harus terus menerus berpegang dengan prinsip asal perjuangan ini. Jangan sampai menjadi insan-insan yang mengkhianati perjanjian dengan ALLAH ini. ULAMA' tetap menjadi pemimpin. Maka, semua percaturan dalam segala aspek kehidupan perlu diteraskan oleh Al-QURAN dan AS-SUNNAH dengan dibimbing oleh ulama'. Ditegaskan, tiada ruang untuk mencampur aduki antara yang hak dan yang batil apabila dipersetujui kenyataan ini. Untuk tidak merealitikan PAS bukan TUNGGUL.

PEMUDA: Tiang Pembangunan Ummah



Muslimat: Sayap Kiri Perjuangan


Maka, penyakit-penyakit umat Malaysia sekarang perlu mendapat perhatian berat oleh para pemimpin PAS dan semua pendokong gerakan ISLAM ini. Rawatan perlu dibuat di semua bidang dan peringkat. Daripada sistem pemerintahan dan pentadbiran, sistem sosisal, sistem ekonomi sehinggalah kepada sekecil-kecil sistem dalam kehidupan. Daripada peringkat pemimpin sehinggalah rakyat. Semua perlu dirawat dan diIslamisasikan! Keperluan-keperluan tarbiyah tidak boleh sama sekali dilekangkan. Mungkin nampak payah. Tapi memang tiada kesenangan dalam segala perkara yang dinamakan PERJUANGAN. Lihat ini. Barangkali ini peringatan yang baik untuk semua:

"Dalam mempastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik, ke arah yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ianya mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, menjadikan Al Quran dan As- Sunnah sebagai rujukan asas. Hasilnya kita akan lebih mampu untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat".(TGHH)

Payahkah, susahkah, sakitkah, amanah tetap amanah. Mahu tidak mahu tetap mahu dipikul.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

Atas dokongan inilah, semua gerak kerja perlu diperkemaskan. Semua tenaga yang ada disemua peringkat PAS sama ada Dewan Ulama', Muslimat, Pemuda, para ahli dan akar umbi di semua peringkat perlu sentiasa melakukan pengislahan diri dan juga gerakan untuk mendekati semua golongan rakyat. Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh PAS perlu sentiasa dipertingkatkan dan diperkemaskan atau dengan kata lain perlu di 'upgrade and up-to-date" sesuai dengan keperluan rakyat. Pendekatan PAS pada rakyat perlu diluaskan dan perlu lebih terbuka. Walaubagaimanapun, tetap di atas landasan yang telah disyariatkan.

Segala penyakit-penyakit dalam gerakan perlu dirawat sekiranya ada. Tiada ruang untuk bersaing merebut tempat atau nama. Perjuangan yang dipersetujui ini adalah landasan yang di atas landasan yang sama. Ayuh satukan Tenaga! Jadikan Allah tetap sebagai Matlamat UTAMA! Daulah Islam Biar dapat direalisasikan di MALAYSIA.

"AYUH bersatu Tenaga. Daulatkan ISLAM di Bumi Malaysia!!

Biar pihak-pihak yang berpenyakit hati mereka itu terus merencana untuk menghancur luluhkan perjuangan ini. Tapi, jangan biar kudarat kita kelu dan kedu daripada mempertahankan ISlam diinjak-injak. JANJIAN ALLAH itu benar. Biar Allah SWT sahaja yang menghumban mereka ke tempat yang SELAYAKNYA untuk pengkhianat agama Allah itu.Yang pasti perlu direalisasikan BULAN BUKAN TUNGGUL. Wallahualam..



No comments: