Sunday, March 25, 2012
How To Use Your Energy?
Sunday, October 16, 2011
Ratib Al-Hadad
Daripada Permohonan dan Pilihan,
Maka doaku dengan rendah diri,
menjadi saksi atas kefakiranku,
kerana RAHSIA inilah aku berdoa,
Sama ada dalam susah atau payah,
Aku adalah HAMBA yang suka BERMEGAH,
Padahal sentiasa berhajatkan pada Mu Ya Allah,
Wahai Tuhanku dan Pemilikku,
Engkau mengetahui betapa hal keadaanku,
dan mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku,
daripada kesusahanku dan kemusykilanku.
Maka selamatkanlah aku dengan rahmatMu,
Wahai Tuhan Penguasa Sekalian Alam,
Wahai Tuhan yang pemurah,
bantulah aku,
Sebelum binasa habis kesabaranku,
Wahai Tuhan yang sentiasa mengurniakan pertolongan,
dan datangkan apa yang diharapkan ku..
Friday, September 16, 2011
Friday, June 3, 2011
Saturday, May 28, 2011
Wahai Akhifillah
Saturday, May 7, 2011
An-Nasihah
Monday, January 10, 2011
Periksa!
Bismillahirrahmanirrahim.
Jom periksa.
Peperiksaan paling besar dan paling penting serta paling hebat soalan dan keputusannya.
PERIKSA HATI!
Ibnul Qayyim berkata:
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”
Wednesday, October 13, 2010
Kerana Takhta Itu
Friday, October 8, 2010
Wahai Kamu Makhluk Yang Teragung!
Tuesday, June 1, 2010
Berteman Itu Qudwah Buat Yang Solo
- Susunan masa yang efektif dan bersistematikBergelar suami/steri sudah terbeban di pundak yang memang maklum beratnya. Ditambah lagi status mahsiswa yang sediakala dipikul. Maka pasangan tersebut harus bijak merancang dan mengumpulkan kekuatan kebersamaan dalam menghasilkan tuaian-tuaian harian sebagai mahasiswa dan pengisi tuntutan keluarga muslim yang cemerlang. Masa untuk belajar dan mengulangkaji dan masa menguruskan rumah tangga sehari-hari serta perlu diseimbangkan dengan sebaik-baik cara.
- Pasangan sebagai mentor dan pemantau kecemerlangan. Manfaatkan kelebihan pasangan masing-masing dalam membina dan mengekalkan kecemerlangan akademik. Menjadi pembekal semangat, menjadi penuntut ketika capit dan menjadi pecutan untuk larian kejayaan.
- Mutazawwijin sebagai rujukan. Medan perkahwinan tidak sekadar membuka peluang meneroka ribuan manfaat untuk pasangan itu sendiri bahkan, manfaat kepada komuniti di luar cakupan kehidupan pasangan itu sendiri perlu ditimbang tara. Berada di rantauan, jauh daripada ibu dan bapa menjadikan pasangan berkahwin antara tempat rujukan dan tumpangan kasih kedua selepas ibu bapa buat teman-teman seperjuangan. Maka, para mutazawwijin perlu bersedia mempersiapkan diri dengan kemantapan akhlak dan horizon pemikiran yang mencakupi kepelbagaian tuntutan Islam. Moga pasangan berkahwin itulah tempat merungkai beberapa permasalahan dan kekeliruan. Bukankah telah sempurna sebahagian agama bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga.
- Kebersediaan menginfakkan keseluruhan hidup Perkahwinan bukan halangan tetapi gear tambahan dalam dakwah dan tarbiyah. Teori yang selalu dan telah pun ditanam dalam semua minda yang miliki kesedaran untuk menyuburkan Islam di jiwanya dan bumi di sekitarnya. Jadikan teratak anda tempat terbaik untuk menyemai benih-benih didikan Islamiyah. Medan terbaik untuk merangka semua gerak kerja menyampaikan risalah buat Ummah.


Monday, May 24, 2010
Fitrah Suci Si Kecil
Saturday, May 8, 2010
SIBUK!

Aduh! Tak cukup masa. Ini tak sempat itu tak sempat. Terkejar sana. Terkejar sini. Terasa begitu sibuk? Terlalu banyak perkara untuk dikejar? Cukup baik anda merasakan begitu. Ini bermakna anda sedang menggunakan masa anda dengan baik. Tapi awas, gejala keciciran dan kecuaian sedang mengintai-ngintai masa sibuk anda.
Cuai dengan amanah yang lebih penting. Lalai dengan kewajipan dan hak pada pihak-pihak di sekeliling anda dan lebih malang lagi adalah apabila anda lalai dan cuai menunaikan hak anda kepada Tuhan yang Sang Pemilik Masa.
Umar Al-Khatab pernah menukilkan:
“Tidaklah dunia menjadi obsesi seseorang, kecuali dunia menjadi sangat melekat di hatinya pada empat keadaan: kefakiran yang tidak kenal kekayaan, keyakinan yang tidak putus-putus, kesibukan yang tidak pernah habis dan angan-angan yang tiada penghujungnya.”
Pemimpin agung ini cuba mengingatkan. Cuba memberi amaran betapa segala yang dikejar hari ini lebih berat kepada dunia semata. Kita leka. Kita kira kitalah yang sedang memaju kemajuan hidup. Mengejar semua yang ada. Meneroka segala yang tersembunyi. Tanpa kita sangka rupanya ada tembok yang terlarang. Kita lupa ada landasan yang perlu diikuti. Lebih malang lagi, mungkin tanpa sedar kita lebih hebat bertingkah dengan ketetapan Allah SWT terhadap fitrah manusia.
Tidak salah mengejar, meneroka, mencari dan menbina kehidupan. Namun, jangan sehingga keinginan mengejar dunia itu mengatasi segala. Biar dunia dalam genggaman, namun bukan bermakna iman jadi mainan.
Tidak pelik jika seseorang itu akhirnya letih, tersungkur malah menjadikan gerbang kematian sebagai pilihan apabila kenikmatan dunia hilang diragut Tuhan. Bukan pelik jika dialah yang meletakkan iman diserendah-rendah dan sehina-hina tempat dalam hidupnya.
Sheikh Abu Hassan asy-Syadhuli r.a menyebutkan:
“orang yang menunjukkanmu kepada dunia beerti dia telah menipumu, orang yang menunjukkanmu kepada amal bererti dia membuatkanmu letih dan orang yang menunjukkan kepada Allah SWT bererti dia telah menasihatimu dengan baik.”
Cukuplah dengan menjadikan Allah SWT itu sebagai matlamat tertinggi dan dunia itu sebagai medan mencari bekal menuju matlamat yang teragung. Bukankah kita telah berjanji dan bersaksi pada Pencipta kita bahawa Dia sahajalah kecintaan kita. Kecintaan yang mengatasi segala cinta?
“dan ingatlah (wahai Muhammad SAW) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam a.s (turun-temurun) daripada tulang belakang mereka, dan ia menjadiakn mereka saksi terhadap mereka sendiri.(sambil ia bertanya dengan firmanNya;)Bukankah AKU Tuhanmu?” mereka semua menjawab: “Benar(engkaulah Tuhan kami.”) kami menjadi saksi” Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamt kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”
(al-A’raf 7:172)
Moga segala yang dikejar itu diiringi bersamanya redha Allah SWT yang tidak bertepi, insyaallah.
Rujukan:
Mencari Mutiara Di Dasar Hati- Muhammad Nursani
Memahami Tasawuf Yang Sahih- Sheikh Abu Muhammad Rohimuddin Nawawi
Monday, March 29, 2010
Tafakurlah
Amir Bin Abi Qais rahimahullah menyebutkan:
"Aku mendengar bukan satu kali, atau dua kali atau tiga kali daripada sahabat Nabi SAW yang mengatakan 'Sesungguhnya pelita atau cahaya keimanan itu ada pada Tafakur"
Abu Sulaiman Addarani menukilkan:
"Sekadar aku keluar dari rumah dan apa yang tertangkap oleh mataku, pasti aku melihat bahawa ada nikmat Allah SWT ke atasku dari apa yang aku lihat. Dari sana aku memetik suati pelajaran untukku"
(Tafsir Ibnu Katsir, 1/438)
Sunday, January 24, 2010
Sedetik Cuma
Renunglah. Sedetik cuma.
Cubalah sesekali tunduk ranap ke bumi. Kerana apa? Kerana kita selalu berdabik dada di Bumi Yang Punya Pencipta. Megah dengan segala yang dimiliki. Kemewahan, kesenangan, kekuasaan, kebijaksanaan, dan segala jenis kenikmatan yang kita punya diguna sehinggakan kita lupa suatu ketika semua ini bakal luput tidak tinggal walau sebesar hama. Kadangkala kita juga lupa bahawa kita juga adalah hasil seni rekaan Yang Maha Pencipta.
Friday, January 1, 2010
It make me think!
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
The dialogue starts.
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
It is not something you get from universities or even from knowledge. Because people sometimes have knowledge but have no adab.
But therefore this adab the way I have understood it and define it is, it is acting in conformity with justice. Yes, but I’m talking about the main justice as the virtue actually. The final virtue. The culmination of all virtues.
Already the Quran said: “Innallaha ya’murukum an tu’adulamanaat ila ahliha, wa idza hakamtum bainannas an tahkumu bi ‘adl”. There are four terms already that are very important. First of all, amar. It is a command. It is a command. The command meaning something to do with commands and prohibitions. When you talk of command, you speak of law. Because people are not living in a state of nature.
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Yes.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
Syaikh Hamza Yusof Hanson
And they submit to it.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
I won’t go into the details of that.
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Yes.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Yes.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
Wisdom is the knowledge that tells you about the proper places of everything.
Of course all prophets have wisdom. The Quran said they are given the kitab wal hikmah. And some who are not prophets also were given wisdom. The Quran says isn’t it that Allah subhanallahu wa ta’ala gave wisdom to whom so ever He pleases. And those who are given that is given the very great good. The Quran mentioned Luqman being given wisdom and I supposed myself that some of these ancient philosophers, they were not Muslims but they were given wisdom. Because wisdom you have what are some, I talked about the theoretical, I talked about the practical wisdom, I think in their case, their theory and the practice deals mainly with the world of empirical things like Aristotle so on.
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Yes.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
You speak about logic, you speak about genus, difference, species. Now, why of course they observe. They can say that there are all kinds of things in this world. There are things that grow, there things but then that cannot move like plants and so on. There things that also grow but they can move, animals and so on. And then from there gradually you have genus, species, difference, isn’t it?
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Yes.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
So all these is part of wisdom obviously.
Syaikh Hamza Yusof Hanson
(Interrupts)
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Wa minna illa lahu maqama ma’lum.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
Syaikh Hamza Yusof Hanson
(Interrupts)
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
Truth is just not propositional. It’s not property of sentences.
Syaikh Hamza Yusof Hanson
Yes.
Sayyid Muhammad Naqib Al ‘Attas
But we are saying this ontological also. That things are already established in reality. And they have proper places. You see, and therefore, wisdom is knowing how to deal with these things, to put them in the proper places, in our minds. And, this adab is conformity with that knowledge.
When you conform to the proper places of things, then that action that you do, that is what adab is about. So, and if for example you do that, then the conditions that results from that is justice. The word adl. Therefore justice is a condition of things being in their proper places. Now that’s is what is loss in the Muslims.
Sunday, November 8, 2009
Saya Terkesan..
Dingin damai pagi ini membawa saya jauh mengembara di destinasi maya. Singgahan saya di sebuah teratak benar-benar mengesankan saya. Ingin berkongsi untuk renungan bersama. Moga ada manisnya dalam setiap denyut nadi yang di tasbihkan setiap saat untuk-Nya, Allahurabbul Jalil..
Amati sebaiknya wasiat As-Syahid Dr Abdullah Azzam ini. Moga segala ketempangan bisa disembuhi.....
As-Syahid menyeru:
Wahai kaum MUSLIMIN,
"Kehidupan kalian adalah jihad, kemulian kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad."
Wahai para PENDAKWAH,
"Tiada harga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menhadapi golongan toghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela. Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.Sesungguhnya kehebatan para dai'e (pendakwah), kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemulian umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah.Kejarlah kematian kerana ia akan memberikan kehidupan (yang hakiki). Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunnat yang kalian telah biasakan itu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar."
Wahai para ULAMA',
"Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan toghut (pemerintah) kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang mengahalang hubungan kalian dengan masyarakat."
Wahai kaum MUSLIMAT,
"Jauhilah kemewahan dunia kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban ayam yangmenunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula."
Wahai PEMUDA,
"Biasakanlah kalian dengan nyanyian dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat serta gegap gempita jet-jet pejuang dankereta-kereta kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah."
Wahai ISTERIKU,
"Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan dikasihi manusia. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah pada waktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati. Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga Firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia ini."
Adapun kalian ANAK-ANAKKU,
"Sesunguhnya kalian tidak pernah bermesra dengan kumelainkan hanya sebentar sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat kuberikan pada kalian. Ya, aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian Namun apa yang dapat aku lakukan. Bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu melupakan anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku). Demi Allah aku tidak sanggup berperak dan berkurung di dalam sangkar bersama-sama kalian seperti ayam bersama dengan anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam. Aku tidak rela tinggal bersama-sama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak-rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras. Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian dengan limpahan kenikmatan diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari). Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan aqidahsalafus salih (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan jangan kalian menuruti hawa nafsu. Aku juga berpesan dan berwasiat pada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran, menjaga lidah (kata-kata), qiamullail (beribadah di waktu malam), berpuasa sunat, berkawan baik dan sama-sama bekerja dalam gerakan Islam. Namun begitu ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang daripada kalian berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah yang tidak bercirikan kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad"
~Wallahu'alam. Moga Allah Melimpahkn Ribuan Rahmat untuk Ummat seluruh alam.
Moga Selamanya AGAMA Ku ini Di Julang Tinggi..
Tuesday, August 25, 2009
Mulianya Kamu..
Bagai disentak dari lamunan yang panjang, melutut menadah kitab di hadapan sheikh benar-benar menyentap hati. Benar-benar memugarkan iman yang kian dihimpit kekusutan sehari-hari menjamah kehidupan yang penuh badai. Ya Allah kekalkan kemanisan ini dalam hati-hati kami...
Kembali tersedar akan kurniaan maqam yang cukup tinggi di sisi Allah yang telah dijanjikan buat sang penuntut ilmu. Dan kitalah yang sedang berada di jalan itu. Betapa tinggi kemuliaannya insan si penuntut ilmu, seluruh makhluk di langit dan di bumi bertasbih memuji dan memohon keampunan untuknya. Tiada nikmat yang tertinggi selain mendapat keredhaan dan kemuliaan di sisi Ar-Rahim. Terasa pedih perit hati melihat jutaan manusia mensia-siakan nikmat ini. Mungkin juga kelompok itu tidak menyedari akan kemuliaan yang dikurniakan untuknya sehinggakan dia sanggup mencemari kemuliaan ini dengan noda yang jijik dan maksiat yang keji.
Lihat ini, bagaimana si mulia itu merendahkan martabat dirinya dengan mendewa-dewakan insan yang tidak sepatutnya disanjung agungkan. Realiti masyarakat yang menolak para ilmuan, fuqaha' dan cendekiawan ke longgokan sampah yang hina, manakala si penglipur lara, penghibur dan pemuas nafsu haiwani di angkat-angkat dan di julang-julang. Remaja-remaja bertuhankan artis dan penghibur yang terang-terang hanya membawa santapan syaitani dan hiasan iblisi. Anak-anak kecil dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang membunuh ruh tarbiyah yang sepatutnya ditilik teliti dengan sebaik-baiknya oleh si ibu dan bapa. Kaum keluarga lebih senang berbangga anak-anak menjadi idola-idola hiburan masyarakat daripada menjadi murabbi dan pendekar di medan dakwah. Tidak kurang hebatnya kebobrokan si penuntut ilmu agama Allah yang hanya mengejar ilmu dengan kalamnya bukan dengan qudwah dan uswah hasanahnya. Ilmu bukan untuk mendapat sanjungan, ilmu juga bukan untuk mencari jawapan, tetapi ilmu itu adalah untuk bekalan menghadap SOAL SIASATNYA TUHAN di kehidupan pengakhiran.
Renunglah ke dalam diri. Teliti setiap inci ruas tubuhmu. Adakah benar semuanya berperit jerih menafkah di jalan Allah. Melangkahnya kita di bumiNya dengan redha atau murkaNya. Hirupan dan helaan nafas adakah dengan penuh keinsafan atau dengan penuh ketakburan. Mata sibuk memandang semua yang haram dan syubhah. Jari Jemari kalut menghitung maksiat yang tidak terhitung. Bibir tidak jemu melontarkan kalam pemusnah ketawadhukan. Hati menurut saja panduan sang nafsu gila. Akal sudah hilang pertimbangan iman dan ketenangan ilhamnya. Inikah nilaiannya seorang insan yang mahu diangkat darjatnya di sisi Allah SWT?
Bukankah ilmu itu telah mengangkat kemuliaan yang tiada tolok banding nilainya. Siapakah yang mahu dan mampu untuk mempertahankan kemuliaan ini? Ya, tiada yang lain jawapannya. Hanya mereka yang berilmu dan amal yang memaut teguh pada dirinya. Agungannya hanya Allah, sanjungannya hanya Rasulullah SAW.
Ayuh! Bunuhlah segala kejahilan! Hapuskan segala kemalasan, tambahkanlah mujahadah, agar ilmu itu lebih mencurah pada iman bukannya melimpah ke lubuk kesia-siaan. Alirah hikmat ilmu itu hanya mengalir pada hati-hati yang suci dan bersih daripada segala kebatilan dan kemungkaran. Insafilah, betapa mulianya kamu dipilih Allah menjadi hamba di jalan Ilmu. Kamu sudah dianugerahi sebuah mahligai kemualiaan. Jangan mengkhianati ganjaran itu kerana MULIANYA KAMU......
Monday, August 24, 2009
Hakikatnya Insan
Saat insan itu berkelana di kolum ciptaan alam. Dia mengintai-intai di mana hakikatnya kewujudan dirinya. Andai tidak dibekali bekalan yang memasak teguh di buminya iman dan keyakinan pasti kebuntuan yang dijamah. Bukan suatu kepastian yang ditemui. Namun, tidak bagi yang punya keutuhan keyakinan pada hakikat penciptaan. Betapa Hamka tegar dengan pemikirannya, membawa revolusi ummah sejagat agar kembali mengamati dan menelusuri hakikatnya mencari diri. Pencarian itu tidak ditempa dengan sebuah perjalanan yang sia-sia, tapi dipandui hikmatnya Al-Kitab dan Al-Sunnah, kalamnya auliya' dan ulama pengukuh kefahaman dan capaian akal manusia awam.
Sang Perwira Yunani juga tidak ketinggalan dan tidak jemu mencari satu titik jawapan bagi sebuah penciptaan. Lihat bagaimana tekunnya Socrates membongkar jalannya bentangan langit ke hamparan bumi, meganya alam ke kerdilnya manusia. Tapi, dia tetap hampa kerana jalannya buntu. Bukankah, fitrahnya manusia suka mencari dan meneroka? Tapi mengembara itu pasti perlu kompas panduannya, bukan melulu tanpa tentu arah destinasinya.
"dan pada dirimu sendiri, apakah tidak kamu pandangi?"
(Az-Zariyat:21)
Tidak perlu melangkau jauh ke hamparan alam yang tidak bertepi, kerana pada diri insan itu sudah menghamparkan jutaan rahsia yang masih belum terbongkar. Hakikatnya insan itu adalah dia mengerti akan wujudnya itu bukan dengan kesia-siaan. Tapi, dimahkotakan dengan kemuliaan dan kesempurnaan daripada Penciptanya YANG MAHA SEMPURNA.
Hakikatnya Insan juga menuntut sang manusia itu belajar menyantuni hak dan fitrah.
"Manusia diberi hak dan amanah untuk digunakan, tapi bukan sewenang-wenangnya hak itu digunakan" Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makkiy
Maka, wewenang untuk menggunakan hak itu perlu dipandukan oleh 2 perkara yakni akal dan hukum. Akal sebagai kemudinya kerana sememangnya itulah permata yang membezakan kebatilan dan kebenaran. Manakala hukum itu adalah jalan yang nakhodanya adalah Kitabullah dan Al-Hadis yang punya hukum yang tertinggi. Oleh itu, hakikatnya insan tiada ruang untuk keingkaran. Hanya dia mengenal erti penghambaan...
Wallahualam...

