TAKEN from : http://antaradua.wordpress.com/2009/06/11/innalillahiwainnailaihiraji3uun/
Status x : ‘Mereka dah tiba di hospital, Cuma aman, ammar,akram belum sedar
diri lagi’. Ini khabar terbaru tentang mereka sehingga post ini ditulis.
Entah mengapa, hari ini bukanlah hari yang djangkakan akan terjadi.
Saya(juga sahabat lain) mengharapkan inilah hari yang paling manis dan gembira
sekali sepanjang berada di ‘neraka’ tahun 3 ini. Hari ini merupakan hari
terakhir peperiksaan written kami. Sekarang cuma tinggal oral sahaja lagi.
Memang sepatutnya seronok.
Namun apa yang Allah rancangkan melebihi segala-galanya. Beberapa orang
sahabat telah ditimpa kemalangan dan ada yang masih tidak sedarkan diri.Saya
terus istighfar apabila mendengar berita ini. Kenapa?Cuba fikirkan kembali,
selepas sahaja peperiksaan sehingga sampainya berita ini di telinga
masing-masing apa yang kita lakukan? Saya 99% yakin sangat yang semua warga gen6
ketika itu sedang bersukaria menyambut habisnya peperiksaan written bukan?Ada
yang terus menyerbu terus ke tempat-tepat makan, ada yang pergi melencong ke
tempat lain tidak kurang juga yang membelek laptop masing-masing melayan movie
dan melayari alam maya. Ketika itu, di manakah ingatan kita pada yang Esa?
Inilah yang saya kesalkan. Sebab saya pun terlagha tadi.
Astaghfirullah.Tup-tup Allah terus khabarkan saya berita yang mengejutkan ini.
Terus dapat pengajaran dan teguran daripada Allah. Sebelum itu saya baru je
terbaca pasal kisah di Thailand. Allah terus ingatkan saya tentang kematian. Ya
kematian. Allah tahu saya terlupa yang kematian itu boleh datang bila-bila masa
sahaja.Hati ini berdoa semoga semuanya selamat. Semoga tiada apa-apa yang buruk
terjadi.Ini bukanlah soal mereka sahaja. Ini soal kita.Sedarlah Allah bagi kita
satu pengajaran besar hari ini.
Pengajaran yang tak ada sesiapa pun boleh mengajar kita. Suatu pengajaran
simple,yang semua orang tahu tetapi hanya sedikit sahaja yang sedar
hakikatnya-yakni mati.Pengajaran yang menyentuh hati. Yang membangkitkan iman.
Yang bisa memberi kesan mendalam.Apa yang pasti ia bukanlah pengajaran buat
mereka yang terlibat sahaja. Ia lebih ditujukan buat kita yang sihat
ini.Mengapakah perlunya ada pengajaran yang memeritkan ini? Hanya satu sahaja
sebabnya. Allah mahu menegur hamba-hambaNya yang dah jauh. Hamba yang lupa akan
dosa pahala. Hamba yang leka dan alpa dengan kehidupan dunia. Lupa akan hakikat
penciptaan. Lupa setiap dari mereka PASTI AKAN KEMBALI, akan meninggalkan dunia
selama-lamanya.Saya sebagai sahabat sebatch lebih-lebih lagi terasa.
Saya terfikir mungkinkah apa yang terjadi ini sebab dosa-dosa ahli batch
ini? Dosa yang menyebabkan Allah memilih wakil gen6(termasuk ammar sebagai ketua
batch) untuk memberi teguran kepada yang lain? Hati saya berat mengatakan inilah
sebabnya. Saya tak tahu dosa orang lain. Setiap orang mungkin ada sumbangannya.
Termasuklah diri yang lemah ini.
Ampunkan kami Ya Allah!!!!!!Lidah ini kelu untuk berkata-kata. Cuma
bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bertaubat. Diberi peluang untuk
memikirkan dan membetulkan kesalahan diri.Saya membayangkan saat ini, malam ini,
dada semua warga gen6 penuh dengan keimanan, kekesalan dan taubat kepada Allah.
Sungguh berbeza dengan keadaan petang tadi. Mungkin inilah kesan yang Allah mahu
tinggalkan pada hati ini. Alhamdulillah.Terima kasih sahabat atas pengorbanan
kalian untuk menyedarkan kami. Ianya pengorbanan yang sukar. Yang tak mampu pun
kami balas. Yang sungguh perit untuk kami telan.
Semoga jasa kalian Allah sahaja yang membalasnya.Buat mereka yang tidak
terlibat khasnya warga gen6, marilah kita sama-sama manfaatkan pengajaran yang
pahit ini. Berubahlah. Jangan sia-siakan setiap apa yang berlaku di sekeliling
kita. Jom kita tinggalkan maksiat, tinggalkan excessive movies, excessive
chatting, excessive berkhayal, excessive lagha dan sebagainya. Lagi baik terus
jadikan ini sebagai turning point of our lives.Jika hati kepingin sangat untuk
buat maksiat, tanya balik pada diri, apakah selepas ini masih ada peluang kedua
untuk kita? Atau kita mahu orang lain pula dikorbankan untuk menegur
kita?Nauzubillahiminzalik.
Ya Allah selamatkanlah mereka. Sesungguhnya kamilah yang menzalimi diri
kami. Ya Allah, jika hidup adalah yang terbaik bagi mereka dan bagi kami,
selamatkanlah nyawa mereka. Tetapi jika kematianlah yang Kau pilih untuk mereka,
rahmatilah roh-roh mereka dan tabahkanlah hati kami. semoga amalan kebaikan
mereka menjadi qudwah untuk kami teruskan kehidupan ini..
Ya Allah kurniakanlah kami keimanan yang mendalam melalui pengajaranMU
ini.Ameeen.*
tiada apa yang saya harapakan dari post ini melainkan saranan supaya kita
bertaubat atas kemaksiatan diri dan orang lain. Marilah mulakan kehidupan baru
yang lebih bersih dari sirna-sirna dosa. Marilah menjadi lebih bersedia untuk
menghadapi hari kemudian.sedikit penjelasan : pemergian mereka ke ain sukhnah
bukanlah saje2 untuk bersukaria tetapi nak survey tempat untuk program
merapatkan ukhuwwah antara ikhwah. jangan salah faham ye..
Fotopages arwah : http://kalampuncak.fotopages.com/?&page=1
Blog arwah : http://kalam-puncak.blogspot.com/
P/s : Al Fatihah! Saya tidak pernah berjumpa arwah. Baru hari ini saya
mengenali beliau. Saudari Ayu yang baru juga saya kenal memberitahu. Saudara
Izyan a.k.a Pok Yan mengesahkan berita ini dari Mesir. Yahya seusai peperiksaan
tadi menanyakan perihal arwah yang khabarnya mungkin bekas jirannya suatu ketika
dulu. Entah mengapa saya tersentuh. Testimoni rakan-rakannya menginsafkan diri
betapa kerdilnya diri kita semua ini.
Moga Allah swt merahmati arwah dan kita semua, insyaAllah!Allahumma firlahu
warhamhu wa afihi wa'fuanhu!Terkesan dengan tag blog arwah :Jiwa mereka yang
hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari
jendela akhirat. =) Sejahteralah mu wahai as-syahid! Kamu meninggal ketika
melaksanakan tugas dakwah, mencari tempat menyemai ukhwah bernama sebuah
REHLAH!
Pesanan ringkas dari ibu Ammar:"Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu
Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita
semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi
ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah.
maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau
makcik.
*Catatan ini diambil daripada salah seorang teman. semoga catatan ini mendidik semula jiwa kita yang begitu leka dan alpa dengan nikmat dunia. Menyatuni dan mensyukuri nikmat Allah yang begitu banyak kepada kita. Allahurabbul Almain. Siapa tahu esok hari kita....
Al-Fatihah Untuk Allahyarham Muhammad Ammar Zulkifli. Moga Ruhnya Dicucuri RAhmat dan berada di bawah lembayung bersama para Solihin...
No comments:
Post a Comment