Tuesday, July 14, 2009

Sang Kancil lagi?

Hari ini kodok gembira.
Gembira kerana Sang Kancil muncul lagi.
Mesti ada sesuatu yang boleh dikorek lagi.

Kodok:
Selamat pagi Sang Kancil.

Sang Kancil :
Oh, pagi masih muda, baru jam satu pagi wahai kodok.

Kodok :
Kenapa sang kancil pilih untuk makan pucuk pegaga yang kelat sedangkan
ada jambu yang manis?

Sang Kancil :
Kerana pegaga yang kelat itu membawa bahagia yang lebih panjang.
Memberi pengajaran yang perit untuk si tekak tapi tidak untuk si perut dan aliran darah.
Jambu itu manisnya di lidah.
Tapi si perut gerun akan sejuknya.

Kodok:
Jadi, Sang kancil memilih untuk sengsara dulu baru senang ya?

Sang Kancil :
Kamu tahu hakikat siapa kamu wahai si kodok?

Kodok :
Sudah pasti! Saya ini kodok, maka hakikat saya ialah kodok.
Kodok bukan sang kancil.

Sang Kancil :
Kalau kamu kodok,
kamu mesti arif tentang masalah dan keperluan kodok bukan?

Kodok :
Ya. Itu yang sepatutnya.

Sang Kancil :
Tapi kodok,
kamu tahu ada sejenis makhluk yang tidak tahu
hakikat dirinya dan buta akan masalah yang dihadapinya dan keperluan hidupnya.

Kodok :
Siapa makhluk yang malang itu?

Sang Kancil :
Yang pasti makhluk itu bukan berkaki empat.
Dia ada geliga.
Tapi ada antara masyarakat makhluk itu bijak menggunakan geliganya.
Ada juga yang bodoh dan tuli.
Geliganya langsung tidak diguna malah dipijak-pijak.

Kodok :
Bodoh betul.

Sang Kancil :
Kamu tahu, makhluk itu juga ada yang lupa daratan.

Kodok :
Mengapa? Makhluk itu sudah sesat di samudera kah?

Sang Kancil:
Ya, malah sudah ada yang berkubur di dalamnya.

Kodok :
Kenapa ya?

Sang Kancil :
Kerana makhluk itu lupa akan tuannya.

Kodok :
Makhluk itu ada tuan?

Sang Kancil :
Ya, malah makhluk itu pecacai.

Kodok :
Pecacai itu apa?

Sang Kancil :
Pecacai itu ertinya nafasnya adalah atas ihsan tuannya.

Kodok :
Jadi makhluk itu pecacai yang derhaka?

Sang Kancil :
Ya, jika makhluk itu ingkar akan tuannya.

Kodok :
Ingkar? Kalau sudah namanya pecacai, adakah hak untuknya untuk jadi penderhaka?

Sang Kancil :
Itulah pecacai yang keji.

Kodok :
Jadi pecacai itu mestilah menyungkur sujud pada tuannya. Tidak begitu?

Sang Kancil :
Kodok, bulan sudah mengambang tandanya pagi akan menginjak tua.
Kancil mahu terus berkelana di belantara.
Kodok mahu ikut sama?

Kodok :
Tidak mengapa, kodok tidak sepantas sang Kancil.
Biar Kodok setia sahaja di mendap lembab habitat Kodok.

Sang Kancil :
Bagus! Kodok tidak buta akan hakikat kodok.
Tapi kodok pintar memecah kebuk kelemahan kodok.
Tinggal dulu ya.

Kodok :
Terima kasih Kancil. Kodok gembira pagi ini.
Ketemu lagi ya.

Kodok tersenyum.
Kodok berjaya membongkar sesuatu lagi.
Kodok mengerti.
Kodok akui.
Kodok senyum lagi...

4 comments:

budak comey said...

salam..
waa. sangat bergaya.
saya suka watak sang kancil yang petah berkata-kata.

Tinta Qubnani said...

budak comey,

salam terima kasih.
kepetahannya itu kurniaan Allah.
mungkin kita boleh mencontohi sesuatu daripada sang kancil..

terima kasih atas sokongan dari saudari=)

Anonymous said...

salam..
kak atul ni, salam rindu krn Allah. bagus cerita ni, dlm diam memukul tp penuh berhikmah

Tinta Qubnani said...

salam k atul,

syukran jiddan.
rindu jg kat akk..
akk, kuat ye di sana..
baik2 jg diri...

HE KNOWS HOW STRONG U ARE...=)