Thursday, July 2, 2009

Membugar Semangat Yang Layu

Menatap titipan sejarahmu, meniup semangat ini untuk terus membara.

Biarlah terkadang terasa debu datang menyapa mata.

Buta seketika, tetapi telinga masih mampu mendengar,

akal masih mampu berfikir.

Al-Fateh jika usiamu bukan penghalang,

maka aku pohon untuk mencicip sedikit

sapaan kudrat dan penyandaranmu pada Ilahi.

Biar tidak jadi segagahmu,

cukup sekadar punya impian yang tidak sangsi dengan janjian ILAHI.

PERJUANGAN itu infiniti, tidak dapat dibandingkan dengan segala bandingan...

Allahu Rabbul'Alamin, kurniakan secebis kekuatan...

5 comments:

Budak Comey said...

kenapa taxi mesir patah sidemirror?
kenapa pemandunya jarang melihat rear view?
satu pelajaran yg baik diperolehi drpd pemandu taxi egypt..
look ahead, go beyond! we'll never turn back!:D
jgn biarkan perkara berlalu mghantuimu..
ambil iktibar dari apa yg berlaku
kerana kau tak mampu kembali ke masa lalu..

semangat adalah kekuatan,
tidak boleh dicari,
tetapi perlu DIBINA!!
salam juang buat sahabatku..

Tinta Qubnani said...

budak comey,

taxi mesir patah side mirror sbb pemandu-pemandu mesir ni mata hati mereka terang. tidak perlu menoleh kebelakang, kerana mata hati mereka melihat dari semua arah...

YA, sememangnya semangat itu kekuatan. Tapi, sia-sia jika semangat berkobar, tapi kaki kaku tidak menginjak, akal beku tidak memerah, keringat dingin tidak menitis...

Cukuplah dengan amal yang disertai kefahaman, bukan semangat yang buta semata-mata.

advencer said...

salam sdri tinta

amacam blajaq kat mesir? nanti2 kalau ade ksempatan, bole la sdri tinta mai ke kmpk bagi pkongsian ttg khidupan di mesir. lg pun, majlis tertinggi alumni kmpk tgh nak rancang program.

Tinta Qubnani said...

advencer,

alhamdulillah, baik2 saja d sini. insyaallah, mmg ada hajat nak kembali mencurah bakti di kmpk. walaupun sekejap saja di kmpk tapi, byk yg saya belajar dari bumi yg dipagari kelapa sawit itu. terima aksih atas ziarah.

P/s: selamat maju jaya untuk alumni KMPK! KIRIM SALAM sama 'mrs. big boss' KMPK=)

faridiz said...

salam hani.. sorry dah lama tak buka blog..
buka2 ada jejak dari hani.. hani letak la ruangan chat (cbox) kat tepi tu.. lani musim buah..balikla makan buah..hehe..
-s/u cik & pak cik :)-