Friday, July 31, 2009

Penantian Satu Penyiksaan

Ya Allah,
entah mengapa hambatan masa ini
menyebabkan jiwa saya rasa sesak
bukan rasa terkandas dengan amanah
tapi rasa sangsi dengan hemat diri

Ya Allah,
saya benar-benar rindukan maktabah ayahanda
di teratak sana,
mahu saja minta ayahanda hantarkan
semua khazanah di sana.

Ya Allah,
saya sabar menanti,
kiriman keluarga buat saya,
saya tidak pulang menjenguk tanah air,
jadi,
halnya dari tanah air yang perlu datang bertamu,
cepat-cepatlah tiba di sini,
walau hanya secebis dua,
bukan menafikan kayanya sumber di sini,
tapi naluri jiwa ini telah di pasakkan pada tanah air.

Ayah!
anakandamu ini kempunan mendengar kalammu,
rindu menatap khazanahmu.

Ummi,
anakandamu sesak menanggung rindu,
mimpi mahu menatap wajah tenangmu.

wahai kekanda dan adindaku,
kalian tahu,
diri ini kangan mahu bertingkah kata dengan kalian,
kangan mahu menebar hujah dan bicara dengan kalian,
kangan mahu sama-sama membajak tanah subur
bustan ayahanda di kaki Gunung Bongsu,
kepingin merasai sejuk damai air terjun Gunung Bongsu,
kalian doakan penantian ini berakhir dengan baik...



5 comments:

Unknown said...

InsyaAllah Hani..^_^ kami doakan juga=)

Xpe..Rindu itu akan menjadi kekuatanmu untuk terus berusaha. (^_^)

Laili Harlina Khairuddin said...

betul kata faas tu sahabatku,hani =)
smga kerinduaan itu mnjadi penguat untuk kaki terus mlangkah mngejar citamu sayang =)

Tinta Qubnani said...

Faas,laili...

syukran ya ukhti..
rindu kalian juga..
huhu..
insyallah, menitip semangat daripada kalian...
sayang selalu..
=)

Anonymous said...

salam...

alhamdulillah...Allah masih lagi melontaran nikmat rindu pada keluarga dalam diri sahabat ana nie..

bersabarlah wahai sahabat..nanti kiriman dari Malaysia y nti nnti2kan(k.banan) akan tiba disana InsyaAllah...

salam perjuangan...:)

Tinta Qubnani said...

disiniku mencari sinar,

syukran jddn..
ana doakan nta pun bleh sampai sini.
insyaallah, byk rahsia ilmu Allah yg boleh di gali..

salam perlembahan nil=)