Bisu itu ertinya diam?
Begitukah?
Atau diam itu ertinya bisu?
Angin perangkap si bisu,
Sudah lemah,
direjam lagi.
Si Bisu juga punya maruah,
Si bisu juga ada wajah,
Si bisu diam bukan kerana bisu,
bukan juga menikus malu,
Tapi si bisu diam kerana
angin sudah jadi ribut.
Si bisu tetap hidup
biar tidak terlontar gemersik siulan,
biar jauh dari pujaan dan agungan insani,
tapi si bisu tetap bahagia
kerana si bisu tetap punya mata dan hati
yang terus mampu menilai dan meneliti
Warid si bisu hanya untuk Ilahi
Biar tidak dipandang dan didampingi
SI Bisu bukan bisu...
8 comments:
salam,
"Warid si bisu hanya untuk Ilahi"
warid dlm ayat di di atas ape mksudnye?
mabruk.. entry yg mntap..
kdg2, diam lebih baik daripada bercakap.
banyak cakap, banyak silap. ;)
diam kerana berfikir, bercakap kerana berzikir..
diam itu perlu, tetapi bukan suatu pilihan..
Silent is not an option.. :)
pengalaman mengajar kita agar lebih berhati2 dalam mengorak langkah
pengalaman mengajar kita agar lebih berhati2 dalam mengorak langkah.
Setuju!
Mr. Anonymous,
Warid itu ertinya nadi.
Takrifannya terpulang pada saudara untuk menakrifkannya sebagai apa.
Dr. Alex&Faas,
Ya, sememangnya pengalaman itu guru yang tidak pernah menipu dan guru yang tidak pernah meninggalkan muridnya. Maka, peliharalah hubungan dengannya. Ambillah hikmah daripadanya. Insyaallah, kehidupan mendatang lebih terisi dan bererti. Syukran..
kadang angin membinasakan
kadang ribut membahagiakan
mujahid takkan mudah tewas walau sekuat manapun dugaan..
Allah sntiasa bersama hambanya..
salam mujahadah.. :D
budak comey,
benar kalammu itu,
mujahid juga perlu pintar,
bukan sekadar buta berjuang di medan...
salam pintar untuk budak comey=)
zikrullah,
hubungi ana melalui jannah_qubnani@yahoo.com.
syukran atas ziarah.
Post a Comment