Merentas masa dan usia, terasa bagai baru semalam mengenal dunia. Seperti baru sedetik tadi berada di pangkuan bonda. Rupanya kini kaki sudah menginjak bumi, malah sudah berlari menakluk hamparan alam. Bertalu-talu soalan mengasak fikiran, mungkinkah langkah-langkah ini menuju ke detinasi abadi? Atau kian jauh dari fitrah penciptaan?Menduga nasib diri, kian tidak menentu jawapan. Melihat parahnya umat nasut, terasa pundak makin memberat. Sedang kaki masih perlu pergantungan.
Peringatan buat semua pemilik ruh perjuangan. Nasib diri jangan dihitung-hitung kerana sudah kita maklumi nasib diri sudah mendapat jaminan andai keraguan pada ketentuan Yang Esa dilenyapkan.
"Jika Allah menolong kamu maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan kepada kamu) maka siapakah yang akan dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu..." Ali Imran:159
Bantuan Allah itu tidak kunjung padam. Bantuan itu hadir dalam pelbagai cara dan rupa serta halnya bergantung pada sejauh mana pergantungan harapan dan setinggi mana keyakinan kita kepadaNYa. Mustahil panji-panji agamaNYa dibiar dipijak dan diinjak-injak sewenang-wenangnya. Infaklah diri sepenuhnya di jalan Allah. Biarpun sememangnya kepahitan dan kepayahan yang ditempa, tetapi sunnah perjuangan seumpama itu yang mendewasakan diri untuk mengenal erti sebuah penciptaan. Semat baik-baik kalam mulia ini:
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 9:41
Sememangnya iri hati musuh-musuh agama itu tidak pernah lenyap. Bahkan keberanian mereka kian marak. Tidak kurang hebatnya si musuh dalam selimut. Jangan kamu terpedaya dengan manisnya senyuman persaudaraan mereka hulurkan sedangkan itu adalah huluran tipu daya dan helah untuk melemahkan kamu. Jangan termakan dengan pujuk dan rayu mereka sedangkan itu adalah kunci kepada pintu-pintu kelemahan dan kegagalan misi agung kita.Peringatan buat semua pemilik ruh perjuangan. Nasib diri jangan dihitung-hitung kerana sudah kita maklumi nasib diri sudah mendapat jaminan andai keraguan pada ketentuan Yang Esa dilenyapkan.
"Jika Allah menolong kamu maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan kepada kamu) maka siapakah yang akan dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu..." Ali Imran:159
Bantuan Allah itu tidak kunjung padam. Bantuan itu hadir dalam pelbagai cara dan rupa serta halnya bergantung pada sejauh mana pergantungan harapan dan setinggi mana keyakinan kita kepadaNYa. Mustahil panji-panji agamaNYa dibiar dipijak dan diinjak-injak sewenang-wenangnya. Infaklah diri sepenuhnya di jalan Allah. Biarpun sememangnya kepahitan dan kepayahan yang ditempa, tetapi sunnah perjuangan seumpama itu yang mendewasakan diri untuk mengenal erti sebuah penciptaan. Semat baik-baik kalam mulia ini:
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 9:41
Amaran untuk mereka yang masih enak dibuai kehidupan dunia yang mewah dan indah. Persoalannya Tuhan sedang menanti kamu. Sudahkan kamu miliki jawapan yang ampuh untuk membela kelalaian kamu akan amanah yang diberikan? Sudahkah ada hujah untuk mempertahankan bahawa kamu ini sedang memijak agamaNya? Sudah adakah modal untuk membayar kembali segala nikmat Allah yang kamu dustakan? Sedangkan segala bisik-bisik hatimu untuk mengkhianati agamaNYa sudah DIA ketahui, masih adakah ruang untuk kamu mendabik dada di Bumi ciptaan Nya?
"mereka itulah orang yang hati,pendengaran dan penglihatan mereka dikunci Allah. Mereka itulah orang yang lalai." 16:108
Ternyata kamu tersilap! Malah besar benar kesilapan kamu! Kamulah orang yang benar-benar rugi! Nikmat Allah kamu persiakan. Perjalanan kamu di bumi hanya menempa kehancuran. Pulang kamu ke negeri abadi tanpa bekalan bahkan hanya ditemani gunungan penyesalan yang bakal membawamu ke neraka Jahannam. Tolehlah kembali ke belakang. Masih ada ruang untuk kembali ke fitrah penciptaan. Ingatlah, hidup ini adalah sebuah denai perjalanan. Perlu ada panduan. Perlu ada ikatan. Sesungguhnya, perjalanan kian jauh dan destinasi abadi itu kian hampir! Janganlah lalai dalam merentasi perjalanan ini. Mencicip tiupan semangat daripada catatan perjalanan seorang pejuang....
"Manusia tanpa iman adalah manusia yang kerdil dan kecil. Cita-citanya juga kerdil dan kecil. Tetapi biarpun setinggi mana cita-citanya dan matlamat hidupnya, namun ia tetap bergelimang dengan lumpur bumi, tetap terikat dengan batas umurnya dan tetap terpenjara dalam tubuhnya. Dia tidak bebas dan tidak akan terangkat tinggi melainkan apabila ia berhubung dengan alam ketuhanan yang lebih besar daripada alam bumi dan lebih luas daripada alam diri, iaitu alam yang dapat menghubungkan dunia dan akhirat buat selama-lamanya"~Sayid qutb
Usia kian menginjak, segalanya ditinggalkan satu persatu, hanya yang tinggal harapan yang satu, dapat pulang menuju ke destinasi Abadi ...
"Apa yang ada di sisimu akan hilang dan apa yang ada di sisi Allah itu kekal abadi" An-Nahl:96
No comments:
Post a Comment