Friday, January 29, 2010

ISTAC

Assalamua'alikum w.b.t

Salam persaudaraan ku hulurkan. Buat teman-teman yang sedang berpencak di medan peperiksaan, moga kalian menjadi jaguh pada pertarungan kali ini. Pencak saya masih lagi menanti buah dan bunganya di luar gelanggang. Masih bersisa masa untuk membina stamina dan langkah. Terkadang otak seolah membeku andai lama mata hanya menatap lembaran-lembaran kuliah. Orientasi peperiksaan memang hebat penangannya.

Tapi kedegilan untuk tidak memegang buku kuliah semata-mata bukanlah satu kerugian besar buat saya dan pasti anda juga begitu jika pucuk akal anda mampu menujah ke langit. Menilik-nilik hasil buah tangan Mohd Farid Mohd Shahran dan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud membuatkan imbasan minda saya lekas singgah ke wajah cerah bermisai berjanggut putih milik seorang intelektual yang cukup saya kagumi.



Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Bagi saya nama beliau cukup serasi dengan ISTAC di bumi tanah air saya. Terima kasih ayahanda kerana membuka mata anakanda ini untuk mengenal sosok tubuh sang hamba ini. Betapa besar kekuasaan Allah SWT menghadirkan insan yang cukup berjasa pada ummah. Moga lahir lagi seribu insan sepertinya. Dan Prof WNWD merupakan antara ribuan anak didik beliau yang sedikit sebanyak mewarisi keintelektual pemikiran beliau.Saya tidak punya masa yang enak dan kemampuan yang ampuh untuk mencatat segalanya di sini.
Mungkin lebih menarik jika anda sendiri meninjau-ninjau siapa gerangannya nama-nama yang disebutkan tadi.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud

Sekadar perkongsian beberapa pengenalan ringkas tentang ISTAC yang saya kira amat penting untuk diambil peduli oleh mereka yang ingin mengorak langkah dan mencorak arah dalam dunia intelektual muslim khususnya di bumi Malaysia. Mungkin anda bakal menjadi salah seorang daripadanya.

Antara hasil sentuhan Syed Muhammad Naquib AL-Attas




Historical background of ISTAC

The International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) was founded on 27th February, 1987. It was officially launched by then Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamed on 4th October, 1991 as a research and postgraduate institution offering degrees in Islamic civilization and Islamic science.

At its inception, ISTAC had only a director, a senior assistant librarian, a principal assistant registrar, an accountant and a support staff of five. A few years later, a Deputy Director and Registrar joined the group to assist with academic and administrative matters respectively.

The campus consists of a main administration and academic building, a library, a mosque and a conference hall. From 1991 to 2002, ISTAC was an autonomous body affiliated to the International Islamic University Malaysia (IIUM). However, in 2002, it was made a Kulliyyah of IIUM.

Aims & Objectives

The aims and objectives of ISTAC are formulated to represent the hopes and wishes of the entire Muslim ummah. Therefore these aims and objectives are not new, but reflections of an existing reality.

ISTAC, as a graduate center of Islamic education, has the following aims and objectives:

  1. To conduct and promote studies and research on Islamic thought and civilization involving conceptual analyses, clarifications, elaborations and definitions of Islamic key concepts relevant to the cultural, educational, scientific and epistemological problems encountered by Muslims in the present age.
  2. To provide an Islamic response to the intellectual and cultural challenges of the modern world and various schools of thought, religion, and ideology.
  3. To formulate an Islamic philosophy of education, including the definition, aims and objectives of Islamic education.
  4. To formulate an Islamic philosophy of science.
  5. To study the meaning and philosophy of Islamic art and architecture, and to provide guidance for the Islamization of the arts and art education.
  6. To conduct research, studies and writings on the Islamic civilization in the Malay world.
  7. To conduct research and studies leading to the formulation of the methods and contents of various disciplines and to the design of academic courses for implementation at the University with the objective of integrating the sciences in all faculties of the University.
  8. To supervise and to provide for graduate and postgraduate studies and research with the objective of training scholars and intellectual leaders to play a creative role in the restoration of Islamic civilization to its rightful place in the modern world.
  9. To publish the results of its researches and studies for dissemination in the Muslim world.
  10. To establish a reference library reflecting the religious and intellectual traditions of both Islamic and Western civilizations as a means to attaining the above aims and objectives.

There is no doubt that these aims and objectives are tough challanges. Nevertheless, the bases for some of them either have been built or are being built.


*Catatan Kaki:

Saya sarankan sahabat-sahabat yang baharu berkenalan dengan nama Syed Muhammad Naquib Al-Attas untuk cuba membaca salah satu air tangan beliau iaitu Risalah Kaum Muslimin. Pada perkiraan saya buku ini cukup menarik untuk ditatap dan dihadam bersama dan inilah buku pertama beliau yang ayahanda perkenalkan buat saya.




Sunday, January 24, 2010

Sedetik Cuma

Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Tercinta Rasulullah SAW, keluarga baginda, para anbiya, para sahabat, tabi'in dan seluruh umat Islam. Moga-moga pemilik mata-mata yang sudi merenung tulisan-tulisan di paparan kumal ini terus dilindungi dan dirahmati Allah SWT.

Renunglah. Sedetik cuma.

Cubalah sesekali tunduk ranap ke bumi. Kerana apa? Kerana kita selalu berdabik dada di Bumi Yang Punya Pencipta. Megah dengan segala yang dimiliki. Kemewahan, kesenangan, kekuasaan, kebijaksanaan, dan segala jenis kenikmatan yang kita punya diguna sehinggakan kita lupa suatu ketika semua ini bakal luput tidak tinggal walau sebesar hama. Kadangkala kita juga lupa bahawa kita juga adalah hasil seni rekaan Yang Maha Pencipta.


"Wahai empunya jiwa, jalinkan sesuatu hikmah itu dengan hati yang tulus. Kelak akan akan terzahir sesuatu yang suci. Jiwa manusia itu terlalu banyak rahsia. Namun manusia itu sendiri gagal menggalinya. Semuanya hanya kerana hadirnya hijab yang menutup antara dia dan Pencipta. Bertenanglah wahai jiwa, tafakurlah sedetik. Riakan hatimu dengan meratib namaNya. Renungkanlah jauh ke dalam dirimu, betapa melangit rahmat Tuhan buatmu. Pudarkanlah segala noda yang menghitam di dadamu,. Moga tersingkap segala rahsia antara jiwa dan Pencipta."

"mereka memandang (azab) itu jauh (mustahil). Sedangkan kami memandangnya dekat (pasti terjadi)" Al-Ma'arij:6-7

Thursday, January 14, 2010

Ribut Tanah Airku Ribut

Assalamualaikum w.b.t

Kalau catatan pertama saya tentang tanah air saya adalah tentang isu sang pemerintah. Dan kali ini juga barangkali ada kaitannya. Saya memang bukan seorang pengulas yang baik untuk mewakili sebarang bentuk kejadian di tanah air. Mungkin juga bukan saya jenis yang suka mengulas. Tapi, tanah air saya sedang ribut sekarang. Mungkin juga penduduknya suka akan keributan. Isu kecil dibesar-besarkan. Isu besar dikerdil-kerdilkan. Alahai tanah airku. Kali ini saya memang tidak senang duduk. Isu kali ini bukan yang seni kerdil. Tapi mega gergasi. Anda tenang-tenang sahaja. Teliti satu persatu. Buang hawa nafsu yang gila tidak terarah. Letakkan rasional dan kebijaksanaan akal di tempat yang sepatutnya. Sekiranya anda yang pernah melantunkan kalimah syahadah sepatutnya lebih beruntung dan lebih saksama untuk menyaksikan dan meletakkan posisi anda di taraf yang sebaik-baiknya. Cukup rasanya untuk saya tampilkan ulasan-ulasan di bawah yang mungkin memberi sedikit pencerahan bersama.

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

Bertimbun-timbun ulasan dan sorotan pandangan individu dan institusi yang cacamerba cara dan rupa. Anda bijak bukan? Teroka dan nilai dengan saksama. Pokoknya biar anda mengerti dan faham duduk perkara dan prinsip yang sebenar. Jangan jemu mencari hakikat kebenaran.

Salam mengundur diri.





Tuesday, January 12, 2010

A part of it...

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, saya akan melangkah ke makmal biokimia untuk kuliah hari ini. Jemari saya masih tidak henti-henti berlari mengejar kolum-kolum maklumat pada skrin kecil ini. Inilah hasil larian saya. Nah! Hadiah untuk sahabat-sahabat sekuliah yang bakal menduduki peperiksaan pendek Biokimia sebentar nanti...


Jika berminat berlari bersama-sama saya klik di sini.

Mahu kelajuan yang lebih lagi, klik di sini.

Nak lagi?

.::Jelajah sendiri::..

nota sisi: Ruginya menjadi mahasiswa yang terorientasi oleh silibus.

Sunday, January 10, 2010

It Is The Time...

Bismillahirrahmanirrahim...

.::Show your concern and thought with us::..


Kiasan Mata, Singkapan Jendela

Bismillahirrahmanirrahim...

cuba singkap cindai di jendela
pasti kau lihat semarak awan jingga
pasti menyerbu sinar sang mentari harapan
ke ruangan kamar

pasti juga penderitaan sang ibu tua
menjamah kelopak matamu
pasti juga keluh sang mergastua singgah ke telingamu
cacat cela alam semua terbentang

dalam cakupan semua itu
kau lupa
kau singkap jendela kau lihat ke jendela yang lain
betapa kecil dunia
cuma sempitnya mata hati
buat kau buta mentafsir fitrah alam
sakitnya mencari hakikat
perit derita itu pasti hilang
andai dalam dirimu
ada secicip rasa unt belajar menghargai
kiasan mata pasti tidak lali
andai hijab hati dipandu Ilahi



jangan berhenti menghunus
pandanganmu keluar jendela
kerana di situ pasti kau tahu
betapa dunia itu lembaran pengajaran
buatmu..

"to live in this world without becoming aware of the meaning
of the world is like wandering about in a great library
without taouching the book"
~Dan Brown~

Sunday, January 3, 2010

MMS??


Bismillahirrahmanirrahim...

Hari baru! Tahun baru! Pasti semangat juga baru bukan? Bermulanya sinar mentari hari ini kita telah melangkah ke hari pertama tahun baru masihi dan yang paling penting hari ini kita telah pun mencecah separuh perjalanan Muharram yang mulia. Jika hari ini, sejarah pernah menyaksikan kelahiran Nabi Isa a.s ke bumi. Maka, hari ini juga bakal menjadi saksi kepada banyak lagi peristiwa yang barangkali bakal mencipta satu lagi sejarah agung dalam lembar coretan masa dunia. Dan mungkin anda adalah salah seorang yang bertuah untuk menjadi seorang yang bakal menzahirkannya.


Who fails to plan, he is plan to fail.


Sudah biasa dengan quote ini bukan? Dan sudah pasti anda ad

alah antara yang merancang. Tapi, pernah terfikir adakah anda perancang yang hebat dan perancangan anda juga adalah yang terhebat? Pastinya tidak! Anda bukan yang terhe

bat kerana Allah adalah perancang yang MAHA HEBAT. Tapi bukan itu bermakna anda tidak boleh melakukan yang terbaik.



Mahu yang terbaik bukan? Maka perancangan juga perlulah terbaik. Kalau perkhidmatan telefon mudah alih memperkenalkan khidmat MMS sebagai agen yang sedikit canggih daripada khidmat SMS. Saya pula mahu perkenalkan teori MMS. Biarlah MMS mungkin sudah agak kolot dan jauh ketinggalan berbanding GPRS atau entah apa-apa lagi teknologi yang kian deras mengalir. Tapi MMS saya adalah untuk sistem perancangan hidup yang bagi saya cukup penting bahkn nadi kepada detik-detik hidup yang bakal dilalui. Tahu apa itu MMS? MAMPU, MAHU dan SEMPAT!


Ya. Inilah teori yang mahu saya ketengahkan dan mahu mengajak diri saya dan kalian menzahirkannya dalam rutin seharian. Seorang perancang yang baik adalah seorang peramal masa depan yang baik. Setuju? Terpulang kepada anda untuk menilai tetapi, apa yang mahu diketengahkan adalah menjadi satu kewajipan untuk memastikan apa yang dirancang itu mampu dilaksanakan, anda perlu mengukur dengan kesesuaian dan kemampuan kudrat dan ruang masa yang ada. Inilah yang dikatakan ‘mampu’. Anda punya masa, ruang, tenaga dan peluang untuk melaksanakan perancangan anda. Dengan ini, perancangan anda bukanlah bersifat idealistik semata-mata tapi adalah sesuatu yang realistik untuk dilaksanakan!


Tidak cukup sekadar mampu, anda juga perlu ada kemahuan yang tinggi untuk memastikan kejituan perancangan anda dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan. Bukankah satu kerugian dan satu kesia-siaan jika anda memiliki peluang, ruang dan kudrat untuk bekerja, tapi malangnya anda tidak punya motivasi kemahuan dan kehendak yang tinggi untuk melaksanakan apa yang telah anda susah payah rancangkan. Semoga anda dan saya tidak tergolong dalam golongan yang malang ini.




Seperti yang disebutkan awal tadi, perancangan mestilah bersifat mampu. Tambahan pada nilai kemampuan adalah ‘sempat’. Nilai dan ukur adakah deretan rancangan yang timbul di benak mahupun tertulis pada paparan jadual perancangan anda, sempat untuk anda lakukan. Oleh itu, susunlah aktiviti anda bersesuaian dengan ruang masa. Hal ini dapat mengelakkan anda mengalami kekecewaan lantaran gagal memenuhi kehendak perancangan anda. Selain itu, anda juga harus mempersiapkan perancangan anda segala ‘campur tangan’ asing yang bakal mengganggu gugat perancangan anda. Disebabkn faktor ini juga ‘sempat’ digariskan sebagai kriteria penting untuk setiap perancangan. Anda mestilah sempat untuk menangani ‘gangguan’ ini sekaligus melaksanakan perancangan anda dengan mematuhi jalur masa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam perancangan anda. Seperkara lagi yang penting adalah muhasabah dan strategi haruslah disusun semula setelah sesuatu perancangan itu dilaksanakan. Melalui metod ini, kualiti sesuatu perancangan dan aktiviti itu dapat ditimbang tara. Satu quote pernah menyebut.



“follow up and evolusion are two things that cannot be separated but if both are continuosly done, then they will make the planner is on the top of succes”


Sekadar ini yang dapat dikongsi pada kali ini. Semoga beroleh manfaat daripadanya. Ayuh jayakan teori MMS ini!