Saturday, July 30, 2011

Kembali Ke Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan-The_Zikr

Kembali Ke Sekolah,
Kembali menelaah,
Kembali Ditelaah,
Benarkah Sistem di sekolah yang merajah,
peribadi mazmumah mahmudah,
Atau sememangnya fitrah,
Membina mahabbah,
mencungkil ibrah,
Hakikatnya ia adalah Rahmah,
Dari Allah SWT yang begitu pemurah.

Di sana semua manusia kembali menjadi murid
kembali merendahkan ego yang melangit
Kembali memanjangkan wirid
menjadi semula yang kerdil
habis semua maksiat dibedil
Yang tinggal hanya kebaikan yang diambil.

Untunglah,
masih ada sekolah ini,
untuk mereka yang mahu mengisi,
untuk mereka yang mahu mencari,
inilah tempat membina semula rasa abdi,
malah merintis untuk kesaksamaan yang abadi.

Kembalilah ke sekolah,
kembalilah menjadi murid,
untuk kenal kembali erti dihidupkan,
untuk arif makna sebenar pengabdian.

Kembalilah ke Sekolah Ramadhan..

Ramadhan-The_Zikr

No comments: