Monday, November 9, 2009

PROMOSI Sambutan Aidil Adha Anjuran PERUBATAN

BERSEMPENA DENGAN KEHADIRAN BULAN ZULHIJJAH PADA TAHUN INI, PERUBATAN sekali lagi membawa Program Sambutan AIDUL ADHA 1430 H. SELURUH WARGA PERUBATAN DIJEMPUT MEMERIAHKANNYA..



"PENGORBANAN MANIFESTASI KEHAMBAAN, KEBERSAMAAN PEMANGKIN KEKUATAN"




NOTA KAKI:

Sekali imbas, bunyi TEMA kali ini bagaikan mega alam garapan maksudnya. Barangkali juga membawa satu harapan. Mungkin ini jugalah yang cuba diketengahkan oleh warga barisan pimpinan persatuan PERUBATAN, satu-satunya organisasi yang menghimpunkan ribuan mahasiswa dalam lapangan perubatan, farmasi dan juga pergigian di seluruh ceruk dan pelusuk di Mesir,Ardil Kinanah. Sebetulnya, inilah tema yang disepakati pelancarannya sempena Sambutan Aidul Adha pada kali ini. Dengan penjenamaan dan penyegaran semula tema pada tahun sebelumnya, PERUBATAN cuba menyeru seluruh warga PERUBATAN untuk kembali merenung dan seterusnya bersama-sama bergandingan bahu mengorak langkah dengan lebih gagah. Segagah dan semegah jumlah keahlian yang kian bercambah. AYUH SAHUT SERUAN INI! TIADA DISKRIMINASI DALAM PERPADUAN!

Layari http://aidiladha.perubatan.org

No comments: